BNM Kemaskini Senarai Laman Sesawang atau Syarikat Yang Tidak Diberikan Kebenaran atau Kelulusan! Jadi JANGAN buat Sebarang PELABURAN Sewenang-Wenangnya
Pendapatan pasif atau dengan kata lain duit tepi menjadi buruan semua orang zaman sekarang ini dalam menghadapi kos sara hidup yang makin meningkat. Kalau ada yang menyalahkan kerajaan semata admin tak berapa setuju, sebab bila fikirkan logik negara mana la kat ceruk dunia ini yang kos sara hidup nya makin menurun sudah tentu tiada bukan?... dalam usaha mencari pendapatan pasif atau 'Duit Tepi' jangan kita jadi terlalu ghairah sehinggakan ada pihak yang boleh ambil kesempatan atas kesempitan kita dengan mudah sahaja. Pelbagai tawaran pelaburan yang dijanjikan jangan diambil ringan jika tidak mahu menanggung kerugian di kemudian hari. Malahan jika seseorang mencari pekerjaan juga perlu mengenal latar belakang dan kesahihan kewujudan syarikat tersebut agar dapat membina kerjaya yang lebih stabil dan menjamin masa depan. Bank Negara Malaysia telah mengemaskini senarai syarikat dan laman sesawang yang telah dikenal pasti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah ...
