Berlian Thought Skip to main content

Posts

Showing posts with the label isu viral

[VIDEO] Iqram Dinzly 'MURTAD' Komen Seorang Ustaz Bila Dia Gelar Rasulullah s.a.w 'Che Mat'!

PELAKON Iqram Dinzly membuat permohonan maaf selepas terlepas cakap memanggil Nabi Muhammad SAW dengan gelaran Che Mat. Video Iqram menggunakan gelaran itu dirakam ketika menjadi tetamu sebuah rancangan hiburan yang disiarkan di sebuah stesen televisyen pada Ahad, dan pantas menjadi buah mulut netizen. Ia juga dikritik seorang ustaz, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary, yang melalui satu entri di Facebook, meminta agar Jabatan Agama Islam mengambil tindakan ke atas Iqram kerana gelaran itu boleh dianggap satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW. Dalam satu temu bual yang disiarkan menerusi sesi  Facebook Live  portal  Sinar Harian  selepas kejadian itu, Iqram meminta maaf sambil menjelaskan dia tidak pernah terniat untuk merendahkan apatah lagi menghina Nabi Muhammad SAW. Apa yang terjadi, kata Iqram, berpunca daripada kelalaiannya akibat kurang tidur, selain rasa gementar apabila muncul dalam program yang disiarkan secara langsung. "Sebelum program itu bermula, ...

PENCERAHAN! Tular Isu Beras Jenama Jasmine Tak Cukup Berat Timbangan... Baca selanjutnya~

Tular di media sosial isu timbangan beras yang dikatakan tidak mencukupi. Bertindak pantas isu viral tersebut Penguatkuasa KPDNKK cawangan Shah Alam telah melakukan siasatan ke atas syarikat pengeluar beras tersebut. Dan berikut hasil siasatan admin kongsikan sumber daripada laman rasmi Penguatkuasa KPDNKK :  SIASATAN ISU VIRAL: BERAS JENAMA JASMINE 3.1.2018(Rabu)- KPDNKK melalui cawangan Shah Alam telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan berkenaan Aduan mengenai berat timbangan beras Jenama Jasmine Super Special Tempatan 10 kg yang dikeluarkan oleh syarikat Jasmine Food Corporation Sdn Bhd dikatakan timbangan kuantiti beras yang dibeli kurang daripada 10kg tidak seperti yang dipamerikan pada pembungkusan. Berdasarkan kenyataan daripada Pihak Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, kedua-dua pihak yang telah menularkan video tersebut membeli beras daripada penjual yang sama iaitu bukan pengedar sah daripada Pihak Jasmine Food Corporation Sdn Bhd. Pihak Jasm...

[ALERT!] 16 Lagi Susu PALSU Dikesan Di Johor!... Ibubapa Tolong Alert

KPDNKK Johor menerima 16 aduan baru susulan daripada pendedahan rampasan susu rumusan bayi berjenama yang disyaki tiruan pada 10 Disember lalu. Pengarah KPDNKK Johor, Khairul Anwar Bachok berkata, aduan terbabit adalah berkaitan keraguan dan kecurigaan ibu bapa atau pengguna tentang produk susu jenama berkenaan yang dibeli mereka selepas pendedahan itu dibuat. Beliau berkata, semua aduan itu diterima sehingga semalam membabitkan sembilan aduan di Johor Bahru, enam di Pontian dan satu di Batu Pahat. "Kita menerima aduan daripada ibu bapa yang mungkin meragui pek susu yang dibeli kerana sebelum ini kita juga sudah mendedahkan perbezaan pek asli dan tiruan. "Ada juga ibu bapa yang membuat aduan apabila anak mereka menunjukkan simptom tidak sihat selepas penggunaan susu jenama berkenaan. "Susulan aduan yang diterima, kita sudah menjalankan siasatan dan membuat 16 pemeriksaan di pelbagai jenis premis berdasarkan aduan yang dibuat. "Tiada sebarang rampasan d...

Macam Mana Nak Kenal Susu Enfalac ORIGINAL atau PALSU?... Baca selanjutnya...

Belum pun reda isu viral mengenai susu formula bayi Enfalac A+ yang dikatakan tiruan dan membawa kemudaratan kepada bayi yang mengkonsumi susu tersebut, laman media sosial Enfagrow A+ Malaysia terus dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Kebanyakannya mempersoalkan bagaimana susu tiruan tersebut dapat dikenal pasti agar mereka tidak tersalah bagi kepada bayi mereka. Dan pihak Enfagrow A+ Malaysia dengan rasa tanggungjawab memberi kenyataan rasmi mereka melalui laman rasmi FB Enfagrow A+ Malaysia seperti berikut : Kepada ibu bapa sekalian, Mead Johnson Nutrition bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat laporan susu formula palsu di Johor Bahru. Pemeriksaan yang di buat di pasaran yang dijalankan minggu lalu ini adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh MJN dari hasil siasatan syarikat. Hasil pemeriksaan telah mengenalpasti sebilangan kecil produk yang disyaki di segelintir kedai runcit dalam kawasan geografi yang terhad di Skudai, Johor Bah...

Najib Kecam Trump, Ikhlas Tak? Hipokrit Ke Apa ni?.. Baca Artikel atau Lihat Video Sampai Habis Sebelum Kecam!

Tindakan Presiden Amerika Syarikat mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel mendapat pelbagai reaksi di seluruh dunia. Isu ini bukan hanya melibatkan keagamaan malah keamanan dan keadilan yang jelas dituntut oleh undang-undang di seluruh dunia. Negara kita sendiri tanpa mengira latar belakang politik, bangsa, agama atau kerjaya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Presiden Amerika Syarikat itu.  Beberapa fakta ringkas mengenai sengketa dan konflik antara Palestin dan Israel yang telah berlanjutan sejak berkurun lamanya lagi yang mungkin menjadi persoalan anda admin kongsi kan bawah ni Bagi yang tak berapa gemar membaca artikel yang panjang admin kongsikan juga video yang diterbitkan oleh orang Jepun mengenai konflik ini tetapi diterjemahkan dalam lakonan yang santai dan bersahaja di penghujung artikel. FAQ  (1) "So sekarang Jerusalem/Baitulmqadis tu Israel punya kah?" TIDAK. Bila Trump kata Jerusalem itu ibu negara Israel, bukan bermaks...

"Bodoh Bangla.. Berani Dia Kata Apa2 Saman Pun Dia Boleh Bayar, Celaka Betul" - Pengadu

Viral di media beberapa rakaman video bukti bahawa sebuah kedai runcit didakwa menjual banyak barangan yang sudah tamat tempoh kepada pelanggan.  Video yang dimuat naik oleh  Ragu Sambath  sejak Jumaat lalu menunjukkan kedai runcit yang dimilik lelaki yang didakwa warganegara Bangladesh di Taman Bukit Pelangi Batu Tiga, Shah Alam itu, menjual barang-barang yang sudah tamat yang tertera 2014, 2016 dan tahun semasa yang juga didapati sudah tamat tempoh.  Antara barang-barang yang dikenalpasti adalah seperti produk acar, tin susu pekat, sos cili, mee segera dan lain-lain.  Berdasarkan video tersebut, seorang lelaki memaklumkan mereka telah mengadu perkara itu kepada pemilik kedai runcit, namun mereka pula dimarahi olehnya.  "Bangla cakap lebih. Apa saman pun dia boleh bayar. Tolong viralkan video ini, kena tutup kedai bangla ini," tulis Ragu Sambath yang meminta orang ramai membantunya melaporkan perkara itu kepada pegawai...

Dah Men'cekik' 17 Orang Hindangan 4 Mangkuk Kari Kepala Ikan, Tak Nak Bayar Ker? #tanyajer

Foto NSTP Kuala Lumpur : Harga kari kepala ikan RM600 yang didakwa ‘cekik darah’ di sebuah restoran nasi kandar terkenal di ibu kota yang tular sebelum ini adalah hidangan empat kepala ikan bersaiz XL untuk dihidangkan kepada 17 orang. Ia berdasarkan siasatan awal sepasukan pegawai Unit Anti Pencatutan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di restoran nasi kandar terbabit selepas menerima laporan. Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Datuk Roslan Mahyuddin berkata, semakan mendapati semangkuk kari kepala ikan yang dijual di restoran nasi kandar terbabit berharga dari RM50 ke RM150 mengikut saiz iaitu S, M, L dan XL. Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan, pihaknya mendapati premis berkenaan meletakkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk kari kepala ikan. “Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai (harga mengikut) saiz kepala ikan atau gambar yang jelas menunjukkan perb...

KPDNKK Serbu Restoran Mamak Cekik Darah Caj Harga Kepala Ikan RM600!

Gambar sekadar hiasan KUALA LUMPUR:  Sebuah restoran mamak terkenal di Kuala Lumpur yang tular dengan kisah harga kari kepala ikan yang didakwa 'cekik darah', diserbu pihak berkuasa, Rabu. Semakan mendapati, semangkuk kari kepala ikan yang dijual di premis tersebut berharga dari RM50 ke RM150 mengikut saiz. Penolong Pengarah Unit Anti Pencatutan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Fredlee Sintau berkata, pemeriksaan dibuat mengikut Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011. Katanya, satu notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 kepada peniaga bagi mendapatkan maklumat berhubung butiran lanjut mengenai hidangan kegemaran ramai itu. "Berdasarkan pemeriksaan, premis tersebut menunjukkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk kari kepala ikan. "Bagaimanapun, kita menasihatkan peniaga supaya memaklumkan dengan lebih jelas penan...
Lazada Malaysia