Berlian Thought Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Nforceteam

PENCERAHAN! Tular Isu Beras Jenama Jasmine Tak Cukup Berat Timbangan... Baca selanjutnya~

Tular di media sosial isu timbangan beras yang dikatakan tidak mencukupi. Bertindak pantas isu viral tersebut Penguatkuasa KPDNKK cawangan Shah Alam telah melakukan siasatan ke atas syarikat pengeluar beras tersebut. Dan berikut hasil siasatan admin kongsikan sumber daripada laman rasmi Penguatkuasa KPDNKK :  SIASATAN ISU VIRAL: BERAS JENAMA JASMINE 3.1.2018(Rabu)- KPDNKK melalui cawangan Shah Alam telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan berkenaan Aduan mengenai berat timbangan beras Jenama Jasmine Super Special Tempatan 10 kg yang dikeluarkan oleh syarikat Jasmine Food Corporation Sdn Bhd dikatakan timbangan kuantiti beras yang dibeli kurang daripada 10kg tidak seperti yang dipamerikan pada pembungkusan. Berdasarkan kenyataan daripada Pihak Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, kedua-dua pihak yang telah menularkan video tersebut membeli beras daripada penjual yang sama iaitu bukan pengedar sah daripada Pihak Jasmine Food Corporation Sdn Bhd. Pihak Jasm...

Bukan Daging Babi, Tapi Daging Kerbau la "Lembu"!

KPDNKK Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis berhubung dakwaan seorang suri rumah bahawa daging yang dibeli suaminya dikhuatiri daging babi. Ketua penguatkuasaannya, Wan Mohd Yusof Taib berkata pemeriksaan di Selayang itu dibuat oleh empat pegawainya yang turut disertai pengadu pagi sehingga tengah hari rabu. Katanya keterangan peniaga dan pengadu telah dirakamkan dan sampel daging di premis tersebut diambil untuk pemeriksaan. “Bagaimanapun, sampel daging yang diambil di gerai peniaga itu bukan daging babi tapi daging kerbau. Menurut keterangan peniaga daging yang dijual di premis itu adalah daging kerbau beku yang diimport dari india. Peniaga turut mengemukakan resit pembelian daging yang dibeli daripada pemborong. Sampel daging di premis peniaga akan dihantar untuk pemeriksaan pakar bagi mengesahkan sama ada Ia mengandungi kandungan atau campuran daging babi” katanya. Kisah ini tular apabila pengadu, Mazliana Abdul Manap. 35 pada...
Lazada Malaysia