Berlian Thought Skip to main content

Posts

Showing posts with the label KPDNKK

PENCERAHAN! Tular Isu Beras Jenama Jasmine Tak Cukup Berat Timbangan... Baca selanjutnya~

Tular di media sosial isu timbangan beras yang dikatakan tidak mencukupi. Bertindak pantas isu viral tersebut Penguatkuasa KPDNKK cawangan Shah Alam telah melakukan siasatan ke atas syarikat pengeluar beras tersebut. Dan berikut hasil siasatan admin kongsikan sumber daripada laman rasmi Penguatkuasa KPDNKK :  SIASATAN ISU VIRAL: BERAS JENAMA JASMINE 3.1.2018(Rabu)- KPDNKK melalui cawangan Shah Alam telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan berkenaan Aduan mengenai berat timbangan beras Jenama Jasmine Super Special Tempatan 10 kg yang dikeluarkan oleh syarikat Jasmine Food Corporation Sdn Bhd dikatakan timbangan kuantiti beras yang dibeli kurang daripada 10kg tidak seperti yang dipamerikan pada pembungkusan. Berdasarkan kenyataan daripada Pihak Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, kedua-dua pihak yang telah menularkan video tersebut membeli beras daripada penjual yang sama iaitu bukan pengedar sah daripada Pihak Jasmine Food Corporation Sdn Bhd. Pihak Jasm...

[ALERT!] 16 Lagi Susu PALSU Dikesan Di Johor!... Ibubapa Tolong Alert

KPDNKK Johor menerima 16 aduan baru susulan daripada pendedahan rampasan susu rumusan bayi berjenama yang disyaki tiruan pada 10 Disember lalu. Pengarah KPDNKK Johor, Khairul Anwar Bachok berkata, aduan terbabit adalah berkaitan keraguan dan kecurigaan ibu bapa atau pengguna tentang produk susu jenama berkenaan yang dibeli mereka selepas pendedahan itu dibuat. Beliau berkata, semua aduan itu diterima sehingga semalam membabitkan sembilan aduan di Johor Bahru, enam di Pontian dan satu di Batu Pahat. "Kita menerima aduan daripada ibu bapa yang mungkin meragui pek susu yang dibeli kerana sebelum ini kita juga sudah mendedahkan perbezaan pek asli dan tiruan. "Ada juga ibu bapa yang membuat aduan apabila anak mereka menunjukkan simptom tidak sihat selepas penggunaan susu jenama berkenaan. "Susulan aduan yang diterima, kita sudah menjalankan siasatan dan membuat 16 pemeriksaan di pelbagai jenis premis berdasarkan aduan yang dibuat. "Tiada sebarang rampasan d...

Ibu Bapa Yang Susu kan Anak Mereka Dengan Susu Jenama Enfalac A+, Baca Amaran Ibu Malang Ini!...

ENFALAC A+ TIRUAN Semalam Allah bagi petunjuk kepada persoalan saya selama 2 bulan lebih. Ini bukan silap Mead Johnson, saya faham.  Saya telah pon melaporkan kejadian anak saya kepada mereka hari ini. Tapi saya harap; Mead Johnson Malaysia dan pihak KPDNKK telus untuk membanteras sekaligus menyalurkan maklumat untuk membezakan susu tiruan ni sebab ini untuk mendidik kita sebagai ibu bapa supaya tidak terus ditipu. Sedia untuk berkongsi maklumat keputusan kandungan susu tiruan dari jabatan kimia nanti. Oktober 2017, Anak saya, Mikael keluar masuk hospital, ingat lagi kan? Warded lebih 2 minggu. Punca masih tidak diketahui sehinggalah berita tentang susu tiruan semalam. Mikael bermula dengan muntah-muntah sehingga 9 kali dalam sehari. Kenapa sampai 9 kali, saya biar sahaja ke? Saya monitor dari rumah (kalau boleh nak elakkan ke hospital), dengan harapan & doa, Mikael akan reda dari muntah tapi tidak. *Saya bersyukur saya rekod & ambil gambar, sebab nak u...

Nak Jimat Poket Ke Nak Tayang Jenama?.... Walhal Tag Jenama Tu Terlindung Belakang Tengkuk Anak Kita Je Pun.. Fikir-Fikir kan lah

saja nak share.. kot mana tau bermanfaat untuk dikongsi bersama buat rakan-rakan yang anak ramai nak beli kelengkapan sekolah.. kami dah siap beli.. memang dari anak darjah 2 dulu sampai la sekarang kedai ini yang selalu kami pilih.. sebab bukan saja harga berbaloi dan murah, tapi kualiti pun bagus setanding jenama Cang**h tak pun Ki*o tak pun Pro*****r.. Cuma bezanya yang ni jenama Ure** jer.. so dah bertahun-tahun anak pakai baju uniform ni takde pulak badan anak naik kurap ker.. ruam ker.. sebab ada jugak yg tanya.. "pakai baju skolah yg murah ni elok kerrr??🙄" "tak gatal ker badan anak pakai kain baju skolah tu??? 🙄🙄🙄" well... ni nak cakap.. kain-kain ni adalah jenis cotton, sama jer pun dengan jenama Cang**h tak pun Pro**esor tu.. bezanya cuma jenama jer.. Dan lagi baju skolah ni sebenarnya tengok atas kelasakan anak korang pakai macam mana.. Kalau jenis lasak, pakai sehari pun dah boleh comot satu baju.. dah comot tu balik ruma...

"Bodoh Bangla.. Berani Dia Kata Apa2 Saman Pun Dia Boleh Bayar, Celaka Betul" - Pengadu

Viral di media beberapa rakaman video bukti bahawa sebuah kedai runcit didakwa menjual banyak barangan yang sudah tamat tempoh kepada pelanggan.  Video yang dimuat naik oleh  Ragu Sambath  sejak Jumaat lalu menunjukkan kedai runcit yang dimilik lelaki yang didakwa warganegara Bangladesh di Taman Bukit Pelangi Batu Tiga, Shah Alam itu, menjual barang-barang yang sudah tamat yang tertera 2014, 2016 dan tahun semasa yang juga didapati sudah tamat tempoh.  Antara barang-barang yang dikenalpasti adalah seperti produk acar, tin susu pekat, sos cili, mee segera dan lain-lain.  Berdasarkan video tersebut, seorang lelaki memaklumkan mereka telah mengadu perkara itu kepada pemilik kedai runcit, namun mereka pula dimarahi olehnya.  "Bangla cakap lebih. Apa saman pun dia boleh bayar. Tolong viralkan video ini, kena tutup kedai bangla ini," tulis Ragu Sambath yang meminta orang ramai membantunya melaporkan perkara itu kepada pegawai...

"Biar Hodoh Jangan Bodoh!' - Netizen..... Ouchh!

Tak rajin admin nak komen atau update pasal artis biasanya. Tapi bila ada artis yang mengundang kita layankan jela ye.. mungkin ni cara beliau nak dapatkan perhatian dari public sebab kebelakangan ni dah sendu kot... bak kata orang jawa 'Controversy is always a good publicity'... kan Untuk pengetahuan Cik Fathiya dan semua negara kita mengamalkan ' Laissez Faire'  iaitu kebebasan ekonomi atau simple word 'Free Market'. Walaupun free market atau campur tangan yang minima oleh kerajaan dalam menentukan harga barangan namun terdapat beberapa barangan kawalan yang di letak bawah pemantauan Penguatkuasa KPDNKK. Contoh seperti harga gula dan minyak paket. Harga tetap seluruh negara. Ada barangan kawalan lain mengikut masa dan tarikh tertentu bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan. Selain daripada itu pula peniaga atau sesebuah organisasi masih tertakluk bawah undang- undang Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang mana peniaga-peniaga tidak boleh men...

KPDNKK Buat Hal Lagi!... Apa Citer Pulak Kali Ni?

Rajin pulak la KPDNKK ni pergi serbu pusat beli-belah jual barangan tiruan!... adoiyai bukan ke public kata KPDNKK tak buat kerja apa cerita ni?.... Jom kita  terjah! (ala ala melodi la pulak) KUALA LUMPUR – Aktiviti menyimpan dan menjual kasut serta selipar berjenama disyaki tiruan dibongkar lagi oleh    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL). Pembongkaran itu dibuat dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam. Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Wan Mhd Yusof W Taib berkata, serbuan melibatkan dua premis iaitu kedai dan stor. Menurutnya, 1,255 pasang kasut berjenama dan 233 pasang selipar melibatkan jenama Adidas dan Reebok disyaki tiruan bernilai kira-kira RM31,825 dirampas ketika serbuan. "Dalam serbuan pertama, 1,050 pasang kasut dan 233 pasang selipar telah dirampas, manakala dalam serbuan kedua, 205 pasang kasut,” katanya. ...

KRONOLOGI Konflik Antara Haji Caltex dan Chevron Malaysia. Apa Yang Sebenarnya Berlaku??

Alkisahnya, kebelakangan ni KPDNKK teruk di kecam berkaitan konflik antara Hj F dan Syarikat C****** Malaysia. KPDNKK diselar tidak mengambil tindakan untuk membela nasib pengusaha minyak ini... So tengah lepak-lepak.. Aku tanya pendapat seorang sahabat aku dari tanah seberang... aku tanya sebab dia ada tanah dan bangunan yang disewa oleh syarikat luar (kat kampung dia)..so dia maybe familiar dengan kes seumpama ni... Aku tanya la pasal isu viral ni, betul ke KPDNKK salah sebab tak dapat bantu pengusaha-pengusaha ni...aku kesian dekat mereka sebab baya mak-abah kita je kan...  Boleh ke kerajaan seberang ambil apa-apa tindakan jika situasi ni berlaku kat negara seberang.. Dia jawab jika isu ini berlaku kat Negara Pasir Berdengung pun, isu ni memang hanya melibatkan PERJANJIAN yang dah dibuat antara Pengusaha Stesen Minyak dan Syarikat C****** Malaysia je. Keputusan mahkamah pun berdasarkan perjanjian yang mereka dah SETUJU dan sign...macam m...

Bukan Daging Babi, Tapi Daging Kerbau la "Lembu"!

KPDNKK Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis berhubung dakwaan seorang suri rumah bahawa daging yang dibeli suaminya dikhuatiri daging babi. Ketua penguatkuasaannya, Wan Mohd Yusof Taib berkata pemeriksaan di Selayang itu dibuat oleh empat pegawainya yang turut disertai pengadu pagi sehingga tengah hari rabu. Katanya keterangan peniaga dan pengadu telah dirakamkan dan sampel daging di premis tersebut diambil untuk pemeriksaan. “Bagaimanapun, sampel daging yang diambil di gerai peniaga itu bukan daging babi tapi daging kerbau. Menurut keterangan peniaga daging yang dijual di premis itu adalah daging kerbau beku yang diimport dari india. Peniaga turut mengemukakan resit pembelian daging yang dibeli daripada pemborong. Sampel daging di premis peniaga akan dihantar untuk pemeriksaan pakar bagi mengesahkan sama ada Ia mengandungi kandungan atau campuran daging babi” katanya. Kisah ini tular apabila pengadu, Mazliana Abdul Manap. 35 pada...
Lazada Malaysia