Berlian Thought Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Penguatkuasa KPDNKK

PENCERAHAN! Tular Isu Beras Jenama Jasmine Tak Cukup Berat Timbangan... Baca selanjutnya~

Tular di media sosial isu timbangan beras yang dikatakan tidak mencukupi. Bertindak pantas isu viral tersebut Penguatkuasa KPDNKK cawangan Shah Alam telah melakukan siasatan ke atas syarikat pengeluar beras tersebut. Dan berikut hasil siasatan admin kongsikan sumber daripada laman rasmi Penguatkuasa KPDNKK :  SIASATAN ISU VIRAL: BERAS JENAMA JASMINE 3.1.2018(Rabu)- KPDNKK melalui cawangan Shah Alam telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan berkenaan Aduan mengenai berat timbangan beras Jenama Jasmine Super Special Tempatan 10 kg yang dikeluarkan oleh syarikat Jasmine Food Corporation Sdn Bhd dikatakan timbangan kuantiti beras yang dibeli kurang daripada 10kg tidak seperti yang dipamerikan pada pembungkusan. Berdasarkan kenyataan daripada Pihak Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, kedua-dua pihak yang telah menularkan video tersebut membeli beras daripada penjual yang sama iaitu bukan pengedar sah daripada Pihak Jasmine Food Corporation Sdn Bhd. Pihak Jasm...

Macam Mana Nak Kenal Susu Enfalac ORIGINAL atau PALSU?... Baca selanjutnya...

Belum pun reda isu viral mengenai susu formula bayi Enfalac A+ yang dikatakan tiruan dan membawa kemudaratan kepada bayi yang mengkonsumi susu tersebut, laman media sosial Enfagrow A+ Malaysia terus dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Kebanyakannya mempersoalkan bagaimana susu tiruan tersebut dapat dikenal pasti agar mereka tidak tersalah bagi kepada bayi mereka. Dan pihak Enfagrow A+ Malaysia dengan rasa tanggungjawab memberi kenyataan rasmi mereka melalui laman rasmi FB Enfagrow A+ Malaysia seperti berikut : Kepada ibu bapa sekalian, Mead Johnson Nutrition bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat laporan susu formula palsu di Johor Bahru. Pemeriksaan yang di buat di pasaran yang dijalankan minggu lalu ini adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh MJN dari hasil siasatan syarikat. Hasil pemeriksaan telah mengenalpasti sebilangan kecil produk yang disyaki di segelintir kedai runcit dalam kawasan geografi yang terhad di Skudai, Johor Bah...

"Bodoh Bangla.. Berani Dia Kata Apa2 Saman Pun Dia Boleh Bayar, Celaka Betul" - Pengadu

Viral di media beberapa rakaman video bukti bahawa sebuah kedai runcit didakwa menjual banyak barangan yang sudah tamat tempoh kepada pelanggan.  Video yang dimuat naik oleh  Ragu Sambath  sejak Jumaat lalu menunjukkan kedai runcit yang dimilik lelaki yang didakwa warganegara Bangladesh di Taman Bukit Pelangi Batu Tiga, Shah Alam itu, menjual barang-barang yang sudah tamat yang tertera 2014, 2016 dan tahun semasa yang juga didapati sudah tamat tempoh.  Antara barang-barang yang dikenalpasti adalah seperti produk acar, tin susu pekat, sos cili, mee segera dan lain-lain.  Berdasarkan video tersebut, seorang lelaki memaklumkan mereka telah mengadu perkara itu kepada pemilik kedai runcit, namun mereka pula dimarahi olehnya.  "Bangla cakap lebih. Apa saman pun dia boleh bayar. Tolong viralkan video ini, kena tutup kedai bangla ini," tulis Ragu Sambath yang meminta orang ramai membantunya melaporkan perkara itu kepada pegawai...

"Biar Hodoh Jangan Bodoh!' - Netizen..... Ouchh!

Tak rajin admin nak komen atau update pasal artis biasanya. Tapi bila ada artis yang mengundang kita layankan jela ye.. mungkin ni cara beliau nak dapatkan perhatian dari public sebab kebelakangan ni dah sendu kot... bak kata orang jawa 'Controversy is always a good publicity'... kan Untuk pengetahuan Cik Fathiya dan semua negara kita mengamalkan ' Laissez Faire'  iaitu kebebasan ekonomi atau simple word 'Free Market'. Walaupun free market atau campur tangan yang minima oleh kerajaan dalam menentukan harga barangan namun terdapat beberapa barangan kawalan yang di letak bawah pemantauan Penguatkuasa KPDNKK. Contoh seperti harga gula dan minyak paket. Harga tetap seluruh negara. Ada barangan kawalan lain mengikut masa dan tarikh tertentu bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan. Selain daripada itu pula peniaga atau sesebuah organisasi masih tertakluk bawah undang- undang Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang mana peniaga-peniaga tidak boleh men...

KPDNKK Buat Hal Lagi!... Apa Citer Pulak Kali Ni?

Rajin pulak la KPDNKK ni pergi serbu pusat beli-belah jual barangan tiruan!... adoiyai bukan ke public kata KPDNKK tak buat kerja apa cerita ni?.... Jom kita  terjah! (ala ala melodi la pulak) KUALA LUMPUR – Aktiviti menyimpan dan menjual kasut serta selipar berjenama disyaki tiruan dibongkar lagi oleh    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL). Pembongkaran itu dibuat dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam. Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Wan Mhd Yusof W Taib berkata, serbuan melibatkan dua premis iaitu kedai dan stor. Menurutnya, 1,255 pasang kasut berjenama dan 233 pasang selipar melibatkan jenama Adidas dan Reebok disyaki tiruan bernilai kira-kira RM31,825 dirampas ketika serbuan. "Dalam serbuan pertama, 1,050 pasang kasut dan 233 pasang selipar telah dirampas, manakala dalam serbuan kedua, 205 pasang kasut,” katanya. ...

Bukan Daging Babi, Tapi Daging Kerbau la "Lembu"!

KPDNKK Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis berhubung dakwaan seorang suri rumah bahawa daging yang dibeli suaminya dikhuatiri daging babi. Ketua penguatkuasaannya, Wan Mohd Yusof Taib berkata pemeriksaan di Selayang itu dibuat oleh empat pegawainya yang turut disertai pengadu pagi sehingga tengah hari rabu. Katanya keterangan peniaga dan pengadu telah dirakamkan dan sampel daging di premis tersebut diambil untuk pemeriksaan. “Bagaimanapun, sampel daging yang diambil di gerai peniaga itu bukan daging babi tapi daging kerbau. Menurut keterangan peniaga daging yang dijual di premis itu adalah daging kerbau beku yang diimport dari india. Peniaga turut mengemukakan resit pembelian daging yang dibeli daripada pemborong. Sampel daging di premis peniaga akan dihantar untuk pemeriksaan pakar bagi mengesahkan sama ada Ia mengandungi kandungan atau campuran daging babi” katanya. Kisah ini tular apabila pengadu, Mazliana Abdul Manap. 35 pada...
Lazada Malaysia