Berlian Thought Skip to main content

Posts

Showing posts with the label hak pengguna

[ALERT!] 16 Lagi Susu PALSU Dikesan Di Johor!... Ibubapa Tolong Alert

KPDNKK Johor menerima 16 aduan baru susulan daripada pendedahan rampasan susu rumusan bayi berjenama yang disyaki tiruan pada 10 Disember lalu. Pengarah KPDNKK Johor, Khairul Anwar Bachok berkata, aduan terbabit adalah berkaitan keraguan dan kecurigaan ibu bapa atau pengguna tentang produk susu jenama berkenaan yang dibeli mereka selepas pendedahan itu dibuat. Beliau berkata, semua aduan itu diterima sehingga semalam membabitkan sembilan aduan di Johor Bahru, enam di Pontian dan satu di Batu Pahat. "Kita menerima aduan daripada ibu bapa yang mungkin meragui pek susu yang dibeli kerana sebelum ini kita juga sudah mendedahkan perbezaan pek asli dan tiruan. "Ada juga ibu bapa yang membuat aduan apabila anak mereka menunjukkan simptom tidak sihat selepas penggunaan susu jenama berkenaan. "Susulan aduan yang diterima, kita sudah menjalankan siasatan dan membuat 16 pemeriksaan di pelbagai jenis premis berdasarkan aduan yang dibuat. "Tiada sebarang rampasan d...

Ibu Bapa Yang Susu kan Anak Mereka Dengan Susu Jenama Enfalac A+, Baca Amaran Ibu Malang Ini!...

ENFALAC A+ TIRUAN Semalam Allah bagi petunjuk kepada persoalan saya selama 2 bulan lebih. Ini bukan silap Mead Johnson, saya faham.  Saya telah pon melaporkan kejadian anak saya kepada mereka hari ini. Tapi saya harap; Mead Johnson Malaysia dan pihak KPDNKK telus untuk membanteras sekaligus menyalurkan maklumat untuk membezakan susu tiruan ni sebab ini untuk mendidik kita sebagai ibu bapa supaya tidak terus ditipu. Sedia untuk berkongsi maklumat keputusan kandungan susu tiruan dari jabatan kimia nanti. Oktober 2017, Anak saya, Mikael keluar masuk hospital, ingat lagi kan? Warded lebih 2 minggu. Punca masih tidak diketahui sehinggalah berita tentang susu tiruan semalam. Mikael bermula dengan muntah-muntah sehingga 9 kali dalam sehari. Kenapa sampai 9 kali, saya biar sahaja ke? Saya monitor dari rumah (kalau boleh nak elakkan ke hospital), dengan harapan & doa, Mikael akan reda dari muntah tapi tidak. *Saya bersyukur saya rekod & ambil gambar, sebab nak u...

"Bodoh Bangla.. Berani Dia Kata Apa2 Saman Pun Dia Boleh Bayar, Celaka Betul" - Pengadu

Viral di media beberapa rakaman video bukti bahawa sebuah kedai runcit didakwa menjual banyak barangan yang sudah tamat tempoh kepada pelanggan.  Video yang dimuat naik oleh  Ragu Sambath  sejak Jumaat lalu menunjukkan kedai runcit yang dimilik lelaki yang didakwa warganegara Bangladesh di Taman Bukit Pelangi Batu Tiga, Shah Alam itu, menjual barang-barang yang sudah tamat yang tertera 2014, 2016 dan tahun semasa yang juga didapati sudah tamat tempoh.  Antara barang-barang yang dikenalpasti adalah seperti produk acar, tin susu pekat, sos cili, mee segera dan lain-lain.  Berdasarkan video tersebut, seorang lelaki memaklumkan mereka telah mengadu perkara itu kepada pemilik kedai runcit, namun mereka pula dimarahi olehnya.  "Bangla cakap lebih. Apa saman pun dia boleh bayar. Tolong viralkan video ini, kena tutup kedai bangla ini," tulis Ragu Sambath yang meminta orang ramai membantunya melaporkan perkara itu kepada pegawai...

KPDNKK Serbu Restoran Mamak Cekik Darah Caj Harga Kepala Ikan RM600!

Gambar sekadar hiasan KUALA LUMPUR:  Sebuah restoran mamak terkenal di Kuala Lumpur yang tular dengan kisah harga kari kepala ikan yang didakwa 'cekik darah', diserbu pihak berkuasa, Rabu. Semakan mendapati, semangkuk kari kepala ikan yang dijual di premis tersebut berharga dari RM50 ke RM150 mengikut saiz. Penolong Pengarah Unit Anti Pencatutan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Fredlee Sintau berkata, pemeriksaan dibuat mengikut Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011. Katanya, satu notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 kepada peniaga bagi mendapatkan maklumat berhubung butiran lanjut mengenai hidangan kegemaran ramai itu. "Berdasarkan pemeriksaan, premis tersebut menunjukkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk kari kepala ikan. "Bagaimanapun, kita menasihatkan peniaga supaya memaklumkan dengan lebih jelas penan...
Lazada Malaysia