[Video] Mak Iqram Dinzly Penjelaskan Tentang Video 'Pelik' Iqram Dinzly,Ohh Padanlah Dah Lama Tak Nampak Dia Di TV Rupanya....
PELAKON Iqram Dinzly tidak mahu mengambil peduli tentang pandangan orang terhadap dirinya yang dikatakan tidak waras. Kini ingin dikenali sebagai Prinzchic Dinzly Iqram atau Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 36, berkata dia hanya melakukan sesuatu perkara mengikut gerak hatinya. Isu itu timbul apabila aksi peliknya yang sering berkongsi gambar di Instagram termasuklah swafoto bersama bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said ketika sakit serta turut berkongsi gambar di tanah perkuburan arwah bapanya sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif. Selain itu, timbul desas-desus pula dalam industri bahawa Iqram berperangai pelik. "Saya Tak Tahu Itu Laluan Kereta" - Iqram Ulas Terima Nota Kecaman Apa sebenarnya Iqram Dinzly ini? mStar mengemukakan beberapa soalan untuk mendapatkan jawapannya. Apa Komen Iqram apabila ada segelintir pihak yang mengatakan Iqram sekarang seperti kurang waras? Saya tak ambil peduli apa kata orang luar. Sekiranya saya gila pun...
