Berlian Thought Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2019

Demi Mencari Rezeki, Pemandu Grab Meninggal Dunia Di Dalam Kereta.

Tular pagi ini berita kematian seorang pemandu e-hailing atau lebih spesifiknya pemandu Grab meninggal dunia di dalam kereta. Kejadian di percayai berlaku berpunca daripada arwah yang dikhabarkan keletihan dan tertidur di dalam kereta yang berhawa dingin. Dikhabarkan Isteri beliau telah mencari sejak malam tadi melalui laman media sosial dan whatssap. Walaubagaimanapun penantian isterinya berakhir dengan tragis sekali apabila suaminya dijumpai telah meninggal dunia di dalam kereta beliau yang di parkir berhampiran Lapangan Terbang KLIA dan dipercayai kejadian ini mungkin juga berpunca daripada serangan jantung.  Namun kesahihan berita ini atau laporan lengkap kes ini masih belum dapat pengesahan daripada pihak polis. Jika benar kejadian ini berlaku admin doakan ahli keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini. Al-fatihah 

Kes Terbaru ‘Lady Driver’ Grab Dirompak dan Dicabul!! 😱😱😱

Tular di group Whatssap pagi ini kejadian terbaru Pemandu Grab Wanita dirompak dan dicabul oleh penumpang.  Kejadian yang menimpa gadis malang tersebut berlaku apabila beliau menerima tempahan penumpang Grab di RnR Awan Besar seawal jam 0530 pagi. Suspek menempah perjalanan ke Taman Mas walau bagaimanapun ketika menghampiri tempat yang dituju suspek mengacukan pisau ke perut mangsa supaya mangsa mendiamkan diri.  Suspek dengan serta merta melompat ke tempat duduk hadapan penumpang sambil mengacukan pisau ke leher mangsa dan menekup mulut mangsa dari bersuara. Suspek sempat memasukkan tangan ke dalam baju mangsa dan meraba dada mangsa.  Apabila suspek cuba membuka seluar untuk merogol mangsa, mangsa mengambil peluang meronta dan melepaskan diri dari suspek dengan lari keluar daripada kereta. Dan mangsa bernasib baik kerana ketika itu lalu sebuah teksi pemandu india yang datang menghampiri kereta mangsa apabila terdengar jeritan mangsa.Su...
Lazada Malaysia