apa ada pada name... Skip to main content

apa ada pada name...

huruf pertama dlm name kamu memberi maksud.....
A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah.Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan.Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja.Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang,tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi.Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain.Suka menangis.
J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas
K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan.Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak.Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N Baik hati dan rapi dalam berpakaian.Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan.Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain.Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif.Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita.Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan.Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain.Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur,tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial.Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri.Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik.Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan.Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
p/s : name ak start ngn 's' so cm btul jer kot bende ni except 1st part hehe kurang tepat sket klu nick name ak plak start ngn i pon cm btul tp las part plak yg xtepat...kihkihkih

Comments

Anonymous said…
N is owez the best..
haha...

Popular posts from this blog

'Jaan Punching Bag'.. Kisah Realiti atau Fantasi?? Jom Rungkaikan Misteri

Ramai sangat lah yang kongsikan cerita 'Jaan Punching Bag' lately ni. Aku antara yang terawal baca kisah ni tetapi tak habis baca pun. Baca mula-mula macam semangat jugak lah tetapi makin lama aku rasa makin mengarut jer kisah dia.   Disebabkan aku ni kaki novel aku rasa cara penceritaan budak ni macam rekaan je pun ada macam fiksyen jer pun ada. Sebab macam tak boleh diterima akal jer ada ke wujud binatang bertopeng kan manusia seperti bapa Alisha dan bekas-bekas suami Alisha tu.. hurmmm So aku decide tak habiskan pembacaan aku sebab rasa mengarut sangat kot.  Sudahnya aku tutup je lah sebab macam tak menarik untuk ambil tahu. Lagipun ada 15 part untuk cerita ini sahaja. Part 1 pun dah panjang, inikan nak habis baca sampai part 15. Memang tak lah kan. Kagum dengan mereka yang gigih membaca sampai habis cerita ni. Ada yang kata tak logik, ada juga yang menangis selepas membacanya. Tetapi pagi ni masuk je ofis buka FB-ku viral lagi rupanya kisah ni ...

'Jaan Punching Bag' Kisah Penuh! (Full Story)

Penangan 'Jaan Punching Bag' hampir menengelamkan ke-suspen-an menunggu PC FatZura. Okay hari itu aku review pasal cerita ni yang aku rasa nonsense ada berlaku kat realiti kan.  Tapi sekarang aku rasa macam tak mustahil lak semua ni berlaku cuma ofcourse lah ditokok tambah sikit oleh penulis dan di olah sesedap rasa kan. Mana lah kita tau nasib semua orang kat dunia ni, mungkin ada yang tak bernasib baik macam dalam jalan cerita ni.  Cerita ni jadi viral sangat pun aku rasa sebab penulis guna modal 'Based On True Story' kalau dia tak mention gitu atau just post sebagai satu karya novel atau cerpen mampuih lah orang tak berminat pun nak baca pun. Agaknya la kot Btw posting ni aku share Full Story yang tak berapa nak full sebab start dari Ep. 3 tapi boleh la kan sebab ramai kata cerita sebenar dari penulis telah di delete. Nak bagi credit untuk penulis pun tak jumpa dah FB nya.  So harap penulisnya halalkan la perkongsian aku ni. Aku malas nak ...

[TERKINI] Menara Bergoyang Akibat kejadian Gempa Bumi yang berlaku di Indonesia pagi tadi

JAKARTA : Gempa bumi dengan kekuatan 6.5 skala Richter telah menggegarkan Jakarta Selatan, Indonesia hari ini,  CNN Indonesia  melaporkan. Gegaran selama 40 saat itu dirasai di Gedung Transmedia, Jalan Tendean, menyebabkan orang ramai yang berada di gedung berkenaan bertindak keluar untuk menyelamatkan diri Walau bagaimanapun tiada kerosakan mahupun kehilangan nyawa dilaporkan susulan gegaran berkenaan. Menurut laporan  Detik News , tiada amaran tsunami di sekitar Banten meskipun pusat gegaran itu berada 10 kilometer dari permukaan laut. Sumber :  Astro Awani
Lazada Malaysia