6 Tip 'Travel Bajet' ke China Skip to main content

6 Tip 'Travel Bajet' ke China

Sempena cuti perayaan dan hujung tahun ni admin nak share sikit tip khas untuk anak-anak muda atau sesiapa sahaja yang suka mengembara. Sebelum ni berangan-angan admin nak buat video ala-ala travelog tetapi disebabkan sport camera aku ada masalah teknikal so aku jamu mata uolz dengan gambar-gambar yang tak seberapa pro ni jela yer.

Travel ke China dah jadi bukan perkara yang asing lagi untuk rakyat Malaysia terutamanya sejak kebelakangan ini pertumbuhan produk-produk keluaran China makin banyak di pasaran. Ada yang pergi ke China untuk melancong dan ramai jugak yang pergi untuk membeli terus barangan jualan dari pengeluar produk mereka (jangan mengaku ada kilang kt China macam abam sejat udah ler.)

1. Tiket Kapal Terbang

Angaran harga paling murah boleh dapat RM700-RM1000 (AirAsia) tambang pergi balik. Standard harga RM800 tapi kalau beli time promo boleh dapat lagi murah dari tu cepat-cepat booking ok. 

Ehhh sebelum booking pastikan tarikh yang uolz pilih tu tarikh yang bersesuaian yer. 

Contohnya dah kata nak pergi China jangan la pergi time Cuti Tahun Baru China, sebab comfirm la kebanyakannya rakyat mereka cuti. so lambakan pelancong tempatan akan terjadi lah kesesakan yang ter amat sangat... tahu kan berapa juta rakyat China.. 

dah memasing cuti of course la mostly kedai pun tutup.. mereka cuti bukan sehari dua je diknon...sebulan kaw!... 

pandai-pandai lah ejas date nak pergi hokay...2 minggu sebelum 2 minggu selepas tu kalau boleh elakkan la yer... Dan begitu juga date- date cuti umum China yang lain (sila google, jangan malas)

Teknologi imbasan cap jari mereka juga dah semaju negara kita.. Negara kita buat dulu kalau tak silap admin. tetapi apa yang menariknya mesin yang digunakan untuk imbas cap jari kita mengeluarkan arahan dalam 'BAHASA MALAYSIA' weii tak da 'command langguage' english pun... menarik kan... 

2. Visa

Perkara basic je ni.. pergi kedutaan China buat visa atleast 2 minggu sebelum berangkat bayar RM100 untuk single entry (multiple entry lain harga) bila visa dah siap untuk di collect. 

kalau urgent case nak siap cepat dalam masa sehari kena bayar RM300

standard siap 3-4 hari. Jangan lupa bawa sekali surat beranak untuk yang nak bawak baby. Tiket kapal terbang dan booking hotel kita siap-siap ya. 

3.Makan

Makanan halal nak cari kat China of coure la tak semudah di Malaysia atau mana-mana negara islam yang lain kan. Tetapi aku perasan makin lama makin senang nak cari makanan halal. Maybe kerajaan China pun sedar makin ramai pelancong islam yang berkunjung ke negara mereka.

Untuk orang yang tekak macam aku tak cerewet sangat bab makanan boleh cuba makanan ni. bagi aku sedap la. kalau balik malaysia boleh buat kau terkenang-kenang


ni macam ada jual kat mee tarik restoran kat Malaysia tapi rasa tak pior la orang kata.
sebab kt sane depa guna kambing jadi bahan rencah uihh sedap ngat2 baq ang harga RMB25 yuan

jangan tanya nama makanan la. sebab tulis dalam bahasa cina mana aku nak paham.
 tapi rasanya panggil chicken rice je RMB17 

lebih kurang macam yang pertama tu tapi versi ada kuah. ni boleh order kat restoran Albaik (macam fast food concept restoren)
Paling win aku rasa makanan 'street food' dia sate kambing boleh dapat dengan harga RMB3 sahaja. Sedap sampai menjilat jari... ehh
Biase gerai ada tulis halal pada signboard warna hijau

Untuk tekak yang agak cerewet dan kalau nak jimat bawak la meggi atau sambal cili padi atau sambal cili mak masak letak dalam plastik (masak kering-kering dan kurangkan pengunaan bawang untuk tahan lama) yela tak kan nak makan meggi hari-hari mau kembang tekak wei. 

4. Penginapan

Penginapan ni bagi yang pergi back pack atau orang bujang tak memilih sangat boleh je book hotel-hotel murah atau guesthouse yang ada. RMB50 boleh dapat.

Tetapi untuk selesa sikit cari la hotel yang islamic compliance maksudnya hotel tu nanti ada juga menyediakan saluran paip air dalam tandas di dalam bilik-bilik mereka. Kalau tak sila lah beristinjak atau bertayammum aja la kamu yer...

selain Malaysia aku rasa kalau pergi travel negara lain kita memang kene ready la berhadapan dengan tandas yang tidak ada saluran air paip selain dari air di sinki dan dalam flush. hurmmm

5. Pengangkutan

Turun je dari flight tentukan siap-siap pengangkutan yang bagaimana paling mudah untuk anda naiki sehingga ke hotel. Pengalaman aku kalau ke Guangzhou boleh naik bullet train yang lebih menjimatkan duit berbanding teksi.

Tetapi cabaran dia anda kena fahamkan peta perjalanan tren yang bersimpang siur lebih kurang dengan peta perjalanan map di KL je la.

Kalau Hangzhou better naik teksi atau personal driver (dah ada membe yang kenal kat sini ke kan). sebab lebih menjimatkan masa.

di sarankan pilih hotel yang memerlukan 'walking distance' sahaja ke destinasi yang dituju atau ke tempat makan. Jika nak naik teksi pun boleh juga pilih teksi yang bermeter atau mengunakan meter. Lampu teksi akan berwarna hijau jika pemandu bersedia menerima penumpang. dan berwarna merah jika ada penumpang di dalam atau pemandu dalam perjalanan pulang ke rumah.

teksi meter mereka lebih murah dan jujur berbanding Malaysia. Ehh 

kalau pandai berbahasa mandarin boleh guna e-hailing service mereka. Tetapi tak semua kawasan ada perkhidmatan e-hailing.

Walaupun admin ni takat boleh mengira je dalam bahasa mandarin tetapi selama dah 3/4 kali pergi China tak pernah lagi guna perkhidmatan travel agensi. Sebab memang tak suka terikat dengan intenary. Pertama kali pergi dulu pun berdua jer, tetapi jangan ikut admin kalau anda tak cukup yakin atau tak reti baca peta. 2 benda ni sangat penting

6. Internet

Pengunaan akses internet di China berlainan sikit daripada negara lain sebab kerajaan mereka menyekat akses ke laman-laman sesawang tertentu seperti Facebook, Google, Twitter dan Youtube. Relevannya kerana kerajaan China dah tak nak kompromi dengan sebarang propaganda penganas untuk anti-kerajaan China disebarkan melalui laman-laman media sosial tersebut kepada rakyat mereka sejak berlakunya peristiwa serangan penganas di China pada tahun 2000. (detail boleh google)

dan sebab lain yang lebih positif ialah mereka nak naikkan syarikat-syarikat atas talian hasil ciptaan negara China sendiri untuk bersaing dengan laman-laman dari barat dan fakta ini menampakkan hasil apabila alibaba, wechat dan tencent menajdi persaing terdekat dengan laman Google, Messenger dan Amazon






Terutamanya Wechat pembangunan yang sangat pesat melalui apps ni dapat dilihat apabila walaupun meniaga di tepi jalan anda boleh membayar menggunakan e-wallet di dalam apps tersebut. Haa kelasss kan...

Tak boleh akses langsung ke Facebook dan seangkatan dengannya di China?? Macam biasa lah benda-benda terlarang ni mesti la ramai yang suka dan cuba untuk 'jailbreak' kan. trik dia download jela apps 'betternet' macam aps VPN jugak tetapi di China cuma laku apps 'Betternet' je. Tadaa dah boleh akses.

Eh sebelum tu nak akses internet anda perlu ada simkad China dan topup dengan anggaran kos lebih kurang RM100-150 limited quota tetapi boleh di akses di mana sahaja. Cuma harga yang agak mahal tak berbaloi lah kalau untuk travel yang beberapa hari je.. 

Paling jimat guna wifi di hotel sahaja. nak connect wifi pastikan anda download siap-siap 'Betternet' dari Malaysia hokay. sebab kalau dah kat sane line internet tak kan jalan selagi tak on 'Betternet' Jimat memang super jimat la kan. Tetapi untuk kaki selfie dan suka buat ig story ke whatssap status ke nak upload terus tak boleh la kena tunggu sampai hotel dulu baru boleh upload.

Kira ok jugak pe kita betul-betul fokus dan enjoy dengan trip kita berbanding dengan memasing jadi anti-sosial dan FOMO (Fear of missing out) kan.

Kesimpulannya jom kita total berapa kos keseluruhan untuk travel ke China?

Tiket Flight RM 800 (kita letak harga standard)
Visa RM100
Airport Transfer di China RM400 (angaran untuk pergi balik boleh kongsi 3/4 orang so sorang RM100-150 je)
Makan RM30/hari
Hotel RM100/hari 

Anggaran jumlah kos RM1500 termasuk beli ole-oleh buah tangan ke buah kaki ke untuk kengkawan anda. 

*Ini tidak termasuk kos pembelian barangan stok jualan anda ye, harap maklum

P/s : Siapa yang masih dalam mode bercuti.. pergilah jalan-jalan luaskan pemandangan. bagi yang belum ada bajet lagi tak pe. Tanamkan azam, mulakan menyimpan awal tahun ini, akhir tahun depan kita pergi lagi sesame nak?... (same gender only)

Comments

Popular posts from this blog

'Jaan Punching Bag'.. Kisah Realiti atau Fantasi?? Jom Rungkaikan Misteri

Ramai sangat lah yang kongsikan cerita 'Jaan Punching Bag' lately ni. Aku antara yang terawal baca kisah ni tetapi tak habis baca pun. Baca mula-mula macam semangat jugak lah tetapi makin lama aku rasa makin mengarut jer kisah dia.   Disebabkan aku ni kaki novel aku rasa cara penceritaan budak ni macam rekaan je pun ada macam fiksyen jer pun ada. Sebab macam tak boleh diterima akal jer ada ke wujud binatang bertopeng kan manusia seperti bapa Alisha dan bekas-bekas suami Alisha tu.. hurmmm So aku decide tak habiskan pembacaan aku sebab rasa mengarut sangat kot.  Sudahnya aku tutup je lah sebab macam tak menarik untuk ambil tahu. Lagipun ada 15 part untuk cerita ini sahaja. Part 1 pun dah panjang, inikan nak habis baca sampai part 15. Memang tak lah kan. Kagum dengan mereka yang gigih membaca sampai habis cerita ni. Ada yang kata tak logik, ada juga yang menangis selepas membacanya. Tetapi pagi ni masuk je ofis buka FB-ku viral lagi rupanya kisah ni ...

'Jaan Punching Bag' Kisah Penuh! (Full Story)

Penangan 'Jaan Punching Bag' hampir menengelamkan ke-suspen-an menunggu PC FatZura. Okay hari itu aku review pasal cerita ni yang aku rasa nonsense ada berlaku kat realiti kan.  Tapi sekarang aku rasa macam tak mustahil lak semua ni berlaku cuma ofcourse lah ditokok tambah sikit oleh penulis dan di olah sesedap rasa kan. Mana lah kita tau nasib semua orang kat dunia ni, mungkin ada yang tak bernasib baik macam dalam jalan cerita ni.  Cerita ni jadi viral sangat pun aku rasa sebab penulis guna modal 'Based On True Story' kalau dia tak mention gitu atau just post sebagai satu karya novel atau cerpen mampuih lah orang tak berminat pun nak baca pun. Agaknya la kot Btw posting ni aku share Full Story yang tak berapa nak full sebab start dari Ep. 3 tapi boleh la kan sebab ramai kata cerita sebenar dari penulis telah di delete. Nak bagi credit untuk penulis pun tak jumpa dah FB nya.  So harap penulisnya halalkan la perkongsian aku ni. Aku malas nak ...

[TERKINI] Menara Bergoyang Akibat kejadian Gempa Bumi yang berlaku di Indonesia pagi tadi

JAKARTA : Gempa bumi dengan kekuatan 6.5 skala Richter telah menggegarkan Jakarta Selatan, Indonesia hari ini,  CNN Indonesia  melaporkan. Gegaran selama 40 saat itu dirasai di Gedung Transmedia, Jalan Tendean, menyebabkan orang ramai yang berada di gedung berkenaan bertindak keluar untuk menyelamatkan diri Walau bagaimanapun tiada kerosakan mahupun kehilangan nyawa dilaporkan susulan gegaran berkenaan. Menurut laporan  Detik News , tiada amaran tsunami di sekitar Banten meskipun pusat gegaran itu berada 10 kilometer dari permukaan laut. Sumber :  Astro Awani
Lazada Malaysia