Jimat Tol Balik Kampung 20% Guna Cara Ni! Skip to main content

Jimat Tol Balik Kampung 20% Guna Cara Ni!



Perbelanjaan ketika musim perayaan pasti lebih meningkat daripada biasa. Persiapan baju raya, kuih raya, langsir raya, perabot raya, kasut raya, handphone raya ehh dan macam-macam lagi la. Belum masuk persiapan duit raya yang nak kena standby bagi kat sanak saudara kan. 


Bagi yang pulang ke kampung menaiki kenderaan awam tak kisah la bas atau flight comfirm dah bajet beli tiket siap-siap. Jika tak naik kenderaan awam naik kenderaan sendiri bajet untuk minyak dan tol dah boleh asingkan dalam gaji bulan ni kot.

Sebenarnya aku cuma nak share ada 1 cara macam mana anda boleh jimat duit tol yang mana aku sendiri baru dapat tau kebelakangan ini. Baca sampai habis hokay..

Pernah tak anda didatangi oleh sesorang yang mempromosikan aplikasi Touch n Go ewallet? ( ini bukan posting berbayar) .. 

Kadang mereka ada buka booth kadang mereka promot di tol-tol sahaja.. mesti ada kan..tetapi macam aku biasa je jumpa mereka promo aplikasi Touch n Go ewallet ni aku ignore jer kalau berminat download pun sebab kadang mereka ada bagi merchandise FREE yang menarik.

Kebelakangan ini baru tergerak hati aku nak cuba aplikasi ni yang mana sebenarnya dah berkurun pun ada dalam phone aku sebab aku ternampak seorang makcik bayar barangan yang dia beli di K* Supermart mengunakan aplikasi ni senang je cuma scan tak payah guna cash pun. Nampak mudah sangat. and in fact makcik2 kot nampak lagi up to date dari korang... 

Sebab tu aku godek-godek apps ni, baru lah aku terjumpa fungsi dia yang paling cool aku rasa sebab boleh link kan kad Touch n Go yang anda ada sekarang ni dengan aplikasi ni so lepas dah link tak perlu lagi nak pergi kaunter mana-mana kedai untuk topup atau beratur panjang di tol yang hujung sekali semata sebab tak cukup baki. 


Yang lagi parah tak pasal kena undurkan kereta sebab anda terlupa berapa baki yang tinggal atau tebal muka keluar kereta sebab nak topup kad ni. 

Tak perlu lagi dah hadapi situasi memalukan sebegitu sebab anda dah boleh topup kad tersebut melalui apps tu jer. Senang giler wei. Boleh topup guna debit/credit kad atau online banking je. ( for sure pastikan ada duit la dalam bank anda )

Dan faedah paling best lepas anda link kan kad Touch n Go anda lepas ni dah boleh nikmati diskaun untuk harga bayaran tol tau. Contoh macam tol MEX biasa RM3.50 kan lepas dah link kan kad Touch N Go aku bayar RM2.90 je beb itu dah jimat 18% kot. haa menarik kan... ( tawaran terhad mengikut terma dan syarat )

Touch n Go ewallet yang dah di-link-kan dengan kad touch n go sedia ada
Sebab tu aku share dengan anda semua. Benda boleh JIMAT buat apa bayar MAHAL kan.. (ya ya paling jimat raya duduk rumah tengok tv sampai lebam ehh nanti bil letrik la pulok naik adoiyai duduk rumah diam-diam jela pakai lampu minyak tanah lol)


p/s : pastu bising kat laman media sosial kos sara hidup tinggi la kerajaan tak bantu rakyat la bla bla bla... sebenarnya kita yang perlu BIJAK cari altenatif langkah penjimatan perbelanjaan kita sebab dari pemerhatian aku la kan kalau tukar kerajaan pasir berdengung pun kos sara hidup masih meninggi belum pernah jumpa lagi yang menurun.. ke korang ada jumpa negara pasola yang menurun cer bagitau aku sikit... share artikel ni kalau anda rasa boleh memanfaatkan ramai orang, bulan puasa bulan mulia untuk kita beramal jariah kan...eh tiberr . nak rewrite credit my blog please!

Comments

Popular posts from this blog

bawaku terbang....

dear diary.... u guys must think im going to post d lyrics or anything related to d fabulous cats song rite??..haha actuly rite now im counting out the time to go to sarawak ...weeee ^_^ my flight is going to b tomoro subuh but i will move from segamat at 2a.m tonite ...so i will not b able to post any blog for dis coming 4 days ...doakan saya selamat pergi dan balik ye kwn2!...insyallah

Lelaki Bangsat!

sekadar gambar hiasan bace dulu ni true story.... Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. FAIZUL, seorang doktor pakar jiwa...... ; Gadis : " Doktor , saya > merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya > memanggilnya lelaki > bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan > ada kalanya pula saya rasa > memang patut saya memanggil dia seperti > itu..." > > Doktor : "Hmm. > panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk > > seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab > tersendiri memangilnya > demikian. Ceritakanlah kpd > saya agar saya dapat membantu.." > > Gadis : "Ya memang > ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta > di tepi pantai.Dia pegang > tangan saya." > > Doktor : "Dia pegang > tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh. > > > Gadis : "Ya. seperti > yg doktor lakukan" ...
Lazada Malaysia