Trik Nak Dapat Luggage Baru FREE! 😉 Skip to main content

Trik Nak Dapat Luggage Baru FREE! 😉


Pernah hadapi situasi bila anda sampai ke suatu destinasi anda dapati luggage yang anda check in di cargo pecah? atau hilang? atau mengalamai kecacatan yang lain contoh macam tali bagasi terputus?...

Kalau jawapan anda YA teruskan membaca entri ini dan jika TIDAK anda boleh kongsikan posting ini mana tahu kan berguna di masa hadapan.

















Jika berdepan dengan situasi ini ada 2 kategori penumpang sahaja sama ada dia akan tuntut balik ganti rugi atau yang jenis xpeduli sebab banyak sangat duit so anytime dia boleh beli baru xpun dah berderet luggage tersebut di rumahnya.

Malangnya situasi ni jadi kat aku dan aku dalam kategori penumpang yang pertama tu jadi aku pun tuntut la ganti rugi.

Situasi ni jadi dalam 2 minggu lepas kot kalau tak silap aku. Beg luggage aku pecah bila aku balik outstation dari Penang. Yang lebih dramatiknya aku perasan luggage aku pecah bila aku dah sampai di rumah... haaa frust kan 

mulanya aku nak redho dah sebab dah sampai umah tak yakin boleh tuntut ganti rugi balik tapi cut story short korang baca la dari awal macam mana cerita ni kat bawah... malas nak taip 


pendek cerita aku cuba jugak tuntut ganti rugi keesokkan harinya walaupun x berapa nak mengharap sebab ada kawan aku yang kata tak dapat balik ganti. Aku redho kalau dapat kira rezeki kalau tak dapat pun tak pe..

Mula aku ada call call center MAS tapi dia advise suruh aku call spesifik number yang handle lost or damage baggage. Payah sangat nak dapat orang pickup aku personal emel kat emel bawah ni. Macam biasa la jangan lupa attachkan sekali gambar flight tiket, gambar beg yang pecah dan slip check in luggage.

Malaysia Airlines
Level 3, Main Terminal Building
Kuala Lumpur International Airport
64000 Sepang
Selangor, Malaysia
Tel: +603 8776 3747
Fax: +603 8787 4670
Email: mhlbag@malaysiaairlines.com
Opening times: (Mon – Fri) 9 am – 9 pm, (Sat) 9.30 am – 12 pm, (Sun) Closed
Beberapa hari lepas tu baru dorang respond dalam emel mintak aku isi form ni. 
 
dah isi form ni keesokkan harinya ada orang whatssap nombor aku mintak lagi sekali gambar beg. Lepas dia tengok gambar bag dia cakap mereka akan ganti kan dengan yang baru dalam masa 7-14 hari. tak sampai 7 hari ada orang call cakap nak hantar bag baru... then taraaaaa




Tak sangka masih rezeki aku rupanya. So mudah je kan nak tuntut balik ganti rugi..just emel sahaja... ada juga kawan aku yang cerita jika beg yang rosak tu spesifik jenama mungkin mereka akan gantikan dengan duit jika tiada stok dalam simpanan mereka. Bergantung pada keadaan. Okay la kan daripada tak de
Ni aku cerita kan kalau korang hadapi situasi sama macam aku dah sampai rumah baru perasan jika korang perasan sebelum keluar airport, lagi bagus dan mudah sebab just pergi ke kaunter Lost & Found baggage dorang akan ganti kan serta merta samaada guna beg baru atau pampasan duit.
Trivia 
Tak ramai yang tahu walaupun anda tidak beli insurans penerbangan anda masih berhak mendapat ganti rugi dan jika anda tidak berpuas hati dengan jalan penyelesaian yang syarikat penerbangan tersebut bagi anda boleh laporkan aduan kepada MAVCOM. 
Dan untuk pengetahuan anda juga anda berhak membuat mengemukakan aduan bertulis kepada syarikat penerbangan dalam tempoh berikut:-
  • semasa ketibaan atau dalam tempoh 7 hari dari tarikh ketibaan jika beg anda rosak; atau
  • semasa ketibaan atau dalam tempoh 21 hari dari tarikh ketibaan jika beg anda terlewat sampai.
P/s : Gunakan hak anda sebagai pengguna, jadi pengguna bijak! oh ya walaupun tajuk post ni trik tapi jangan lak korang sesaje pecahkan beg semate nak dapat beg baru yer... tak baekk tauuu 

Comments

Popular posts from this blog

bawaku terbang....

dear diary.... u guys must think im going to post d lyrics or anything related to d fabulous cats song rite??..haha actuly rite now im counting out the time to go to sarawak ...weeee ^_^ my flight is going to b tomoro subuh but i will move from segamat at 2a.m tonite ...so i will not b able to post any blog for dis coming 4 days ...doakan saya selamat pergi dan balik ye kwn2!...insyallah

Lelaki Bangsat!

sekadar gambar hiasan bace dulu ni true story.... Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. FAIZUL, seorang doktor pakar jiwa...... ; Gadis : " Doktor , saya > merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya > memanggilnya lelaki > bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan > ada kalanya pula saya rasa > memang patut saya memanggil dia seperti > itu..." > > Doktor : "Hmm. > panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk > > seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab > tersendiri memangilnya > demikian. Ceritakanlah kpd > saya agar saya dapat membantu.." > > Gadis : "Ya memang > ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta > di tepi pantai.Dia pegang > tangan saya." > > Doktor : "Dia pegang > tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh. > > > Gadis : "Ya. seperti > yg doktor lakukan" ...
Lazada Malaysia