Arte Plus Penginapan Ala Avatar Atau Ala Kadar? Skip to main content

Arte Plus Penginapan Ala Avatar Atau Ala Kadar?


Hari minggu yang lepas tiba-tiba tergerak hati aku nak bawak 'syurga' aku (my parent) untuk short vacay. Abah pernah complaint aku asyik kerja sahaja so aku pun bawak la mereka ke Arte Plus (betul-betul short ni haha ni je termampu dulu :P)...Amaran Pengunaan bahasa posting kali ni 'rojak' hokay dan disclaimer this is unpaid review so korang akan dapat review yang tulus ikhlas dari hati ku ini.. gittew~

Ok cut story short, aku cerita dari mula macam mana pengalaman 2H 1M kat sana. 

Aku datang check in jam 3.20 petang booking melalui booking.com terpaksa tunggu 20 minit sebab aku request untuk Upper Level kalau aku tak kisah Level 4 actually boleh je check in awal sikit. But for the sake of the view aku rela je tunggu, sementara bilik siap kami pergi lunch dulu yang mana berhampiran je dengan Arte Plus. 

Restaurant makan berhampiran. Tengok Kuehtiau Goreng aku tuh macam untuk 3 orang makan kot. RM5 je perli ke apa tukang masak ni tengok badan aku lol
Lobi check in Level GF. Ada beberapa hos pastikan hos anda betul.Kalau kaunter OYO disebalik tirai luar pintu tu. Aku guna hos FIFI ok la not bad sebab paling affordable

Proses check in tiada masalah sangat, akan ada sesi penerangan sedikit mengenai fasiliti dan macam mana nak naik lift untuk ke suite yang korang dah tempah. Sebut tang lift yes ni la part paling tricky dan korang kena dengar betul-betul penerangan tu kalau tak nak kompius dan mengagau cari lift. Isu lift jugak yang biasa buat Arte Plus dapat bad review dari para penyewa.

via GIPHY
Bagi aku kalau datang pertama kali memang agak confius dan kalau bawak baby kecik maybe akan kalut sikit la. Tapi setiap masalah kan ada solusinya, kalau tak jumpa lift yang betul sila lah jangan malu bertanya dan kalau tak jumpa orang boleh call nombor yang tertera di resit. Just follow instruction di Key Card. Cari lift tengok nombor lift di atas pintu lift jangan tengok yang tertera di hadapan pintu lift sahaja ok. 
boleh parking kereta kat sini sebelah lobi checkin (GF Floor)
Paling senang request siap-siap suite yang tak perlukan lift transit. Lagi satu masalah lift ni maybe waiting time agak lama kalau korang pergi waktu weekend sebab peak hour dan kondisi lift yang special tuh tapi tunggu lama pun aku pasti tak de la sampai berjam kot. Aku pergi hari ahad still okay la 5 minit jer pun.

Dari lift carpark korang perlu transit lift di Level R untuk ke suite atau Lobi yang menghubung kan ketiga-tiga Tower dan Level R ni jugak la ada Floating Fantasy Garden, Organic Shaped Pool dan Cloud Podium.
Floating Fantasy Garden ni venue untuk private event. BBQ or Birthday Party boleh buat kat sini

Kolam dia agak kecik tapi kolam dewasa agak dalam tau untuk kanak-kanak jadi jangan lepas kan anak anda dalam kolam dewasa tanpa pelampung atau pengawasan okay. Pool kanak-kanak ada je kat sebelah nun
Organic Shaped Pool

Pool bukak 8.00pagi- 10.00 malam

Cloud Podium waktu malam cantik gila!

Bonda di Cloud Podium

My niece. Cloud Podium di waktu malam
Selain di Level R ada Swedish Garden di Level 17 Tower 3. Yang ini aku tak sempat explore sebab badan dah letih swimming malas nak berjalan lelebih pulak. Tapi dari sumber gambar google cantik gak tempat ni. Tak pe next time ada rezeki kalau repeat lagi boleh pergi.


Swedish Garden
Macam cantik jer.. rugi lak aku tak pergi

Aku impress la dengan architecture design Arte Plus ni memang cantik dan sooo instaworthy. Selain taman-taman fantasi yang cantik decoration lobi setiap tower juga berlainan.
Lobby Tower 1
Ala-ala dalam gua ada stalagmite


Lobby Tower 2

Lobby Tower 3
Cantik kan. Dan ini pulak deco bilik Studio Suite kami
Studio Suite

Comfortably can fit 3-4 people

Ada Washing Machine dan Dapur Letrik sebenarnya belah kiri ni. So boleh la nak masak ke membasuh ke

Studio Suite ni paling kecik tak silap aku. Ada 1BR dan 2BR Suite. Aku sure lebih besar dan selesa tapi Studio Suite ni nak sumbat berapa orang pun boleh ikut keselesaan korang jela. Penginapan Airbnb ni tak berapa strict sangat dengan jumlah pax yang check in. Just kereta la dorang boleh cam kan dan boleh park satu je kat dalam bangunan. Kalau ada kereta lebih parking kat luar atas risiko sendiri then pickup naik atas by registered car je la ye. 

Ada lagi satu tips kalau tak nak kena photobomb atau tunggu lift terlalu lama atau pool terlalu crowded pergi check in hari Weekday jela yer. Lagipun weekday lebih murah kan. Harga kalau korang perasaan di Booking.com atau Agoda.com berlainan mengikut hos atau company yang akan arrangekan penginapan korang.


Aku guna Booking.com under Fifi aku rase ok la harga yang tertera tu korang just add 16% tax je. Kalau melalui Agoda ada extra charge yang lain aku tak sure ada juga hos personal yang lebih murah tetapi make sure tanya pasal extra fee for cleaning dan tax. Ada satu lagi hos OYO kalau tak da discount lagi mahal uii ni aku tak suggest sangat unless korang ada coupun discount sebab aku tengok proses check in n check out die macam hampeh jer..

Comfirm aku akan repeat balik sebab ada 2 spot yang curently tengah tutup sebab under construction iaitu Gym dan Lazy River Spa.

gambar google sebab tutup kan sekarang

credit foto blog staycation

Lazy River Spa
yang ni aku xpasti kat mana. just masukkan sekali sebab cantik lol
Sampai penghujung dah bebelan ku. Bawah ni sumarize review dan total cost aku hokay. So far aku rase berbaloi la especially bila tengok senyuman kat wajah parent dan anak buah ku yang excited gila (datang singgah jap mandi pool sebab dekat kan) huhu.. Doakan aku murah rezeki supaya boleh bawak mereka berjalan dengan lebih kerap dan ke tempat yang lebih jauh dan lebih best yer. ^_^ InshaAllah aminnn..

Total Cost (Check in Sun-Check Out Monday)

Booking melalui booking.com dia akan cuma secured booking korang dengan kad debit/credit  tapi sebenarnya korang kena bayar masa check in tak kisah cash or card.

RM 147 + 16% Tax = RM171 (inclusive cleaning fee)
Depo RM200 (return back masa check out)
Makan : Tak sampai RM50 pun 4pax makan (Lunch + Late Dinner Mc D)
Fuel : RM10 (xsampai sebab dekat giler haha)

Overall Review

Value ⭐⭐⭐⭐⭐
View and Landscape ⭐⭐⭐⭐
Rooms and Cleanliness⭐⭐⭐⭐
Facilities and Location ⭐⭐⭐⭐
Services⭐⭐⭐

Recommended : YES  / NO

via GIPHY

P/s : Sorry gambar campur dengan sumber google sebab aku banyak amik video story je semalam nanti kalau dah compile video aku post kat sini.







Comments

Popular posts from this blog

alwaysandforever~

dear diary.... i cant wait to finish the exam and back to kl... this 10th May he's going back to his country so i will send him to the airport,i was so touching by him because he willing to delay his flight ticket which suposely on 7th May (my last paper exam) just to meet me before he back to his home country bt actuly he already finish his exam today.. i know im gonna miss him a lot eventhough he just my history but he treat (dah btulkn spelling eror) me so good and give me so many unforgetable memories... p/s : thanxforbeingsuchagudfrenhubby.... i miss mr.A so much :(

shooting 4 drama + diner PGN

dear diary.... hi diary!!...long time didnt update the latest posting rite...hurm so ni aku nak cite la pasal even terbaru yg berlaku dlm idup ku selain hati pecah ...huhuhu las few days i was inviting to b an extra actress in the drama by my sis boy..woww! i was so excited cz it is opportunity 4 me to gain a new experience eventho dis not my thing actuly...the location were stated at lim kok wing U cyberjaya n it was my first time there and the place its absolutely great!! lots of hot n sexy guys n girl tho~fuhhh... i meet liyana jasmay, kamal(xkenal tp damn hot),zarina AF, hairi othman n few girl yg xtau name...actuly im 1 of liyana jasmay fan but since that day i do FUCK her..whuahuahua siyesly gedix lor pompuan ni sombong giler klu dgn crew2 lain mmg la die terggedix2 tp ngn other extra actor pandang pon x bkn nk kate senyum aisshhhh xbaek taw! i think maybe she underestimated people like 'us' o die bajet pemes(tp mmg pemes pon)hehe,1 of d extra actor degree holder ko...
Lazada Malaysia