Bukan Daging Babi, Tapi Daging Kerbau la "Lembu"! Skip to main content

Bukan Daging Babi, Tapi Daging Kerbau la "Lembu"!







KPDNKK Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis berhubung dakwaan seorang suri rumah bahawa daging yang dibeli suaminya dikhuatiri daging babi. Ketua penguatkuasaannya, Wan Mohd Yusof Taib berkata pemeriksaan di Selayang itu dibuat oleh empat pegawainya yang turut disertai pengadu pagi sehingga tengah hari rabu.

Katanya keterangan peniaga dan pengadu telah dirakamkan dan sampel daging di premis tersebut diambil untuk pemeriksaan.

“Bagaimanapun, sampel daging yang diambil di gerai peniaga itu bukan daging babi tapi daging kerbau. Menurut keterangan peniaga daging yang dijual di premis itu adalah daging kerbau beku yang diimport dari india.

Peniaga turut mengemukakan resit pembelian daging yang dibeli daripada pemborong. Sampel daging di premis peniaga akan dihantar untuk pemeriksaan pakar bagi mengesahkan sama ada Ia mengandungi kandungan atau campuran daging babi” katanya.


Kisah ini tular apabila pengadu, Mazliana Abdul Manap. 35 pada Isnin memuat naik posting di FB apabila dia was-was melihat warna dan terkstur daging yang dibeli oleh suaminya di sebuah pasar di Selayang minggu lepas yang dikhuatiri daging babi.

Mengulas lanjut, Wan Mohd Yusof memberitahu sampel daging yang didakwa daging babi itu tidak diambil kerana pengadu telah membuangnya.

“Kita ada minta sampel daging yang didakwa pengadu khuatiri daging babi tapi dia mendakwa telah membuangnya sebab was-was kalua simpan di peti sejuk dan busuk jika diletakkan di tempat lain,” katanya

Dalam pada itu Wan Mohd Yusof berkata, berdasarkan pemeriksaan pemilik premis dan pekerja adalah warga tempatan yang menjual daging kerbau dan ayam proses.

Beliau menambah kes disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan pengesahan daripada pakar dan pihak berkuasa sekiranya was-was tehadap daging atau makanan yang dibeli.

“Janganlah menguar-uarkannya sebagai daging babi terutama di media sosiall sebelum mendapat kesahihannya terlebih dahulu.

“Jika tidak, ia nanti akan menimbulkan kekecohan dan hanya menjadi fitnah sekiranya dakwaan itu tidak benar, “ kata Wan Mohd Yusof.

Sumber : MStar Online

P/s : zaman milenial ni fitnah mudah sangat la tersebar, kan… sebelum nak viralkan sesuatu tolong la ada sikap tabayun (mencari kebenaran) dalam diri tu sikit. Tak pasal-pasal menambah kerja Penguatkuasa KPDNKK satu hal, peniaga tu pun naya jer, tak pasal terlibat. Adoiyai kak kalau kita was-was daging lembu pun boleh jadi haram! kan... Haa lagi satu akak admin nak tanya macam mana akak kenal rupa daging babi yer?... #tanyaje 

"JANGAN KONGSI KALAU TAK PASTI ! "

Comments

Popular posts from this blog

alwaysandforever~

dear diary.... i cant wait to finish the exam and back to kl... this 10th May he's going back to his country so i will send him to the airport,i was so touching by him because he willing to delay his flight ticket which suposely on 7th May (my last paper exam) just to meet me before he back to his home country bt actuly he already finish his exam today.. i know im gonna miss him a lot eventhough he just my history but he treat (dah btulkn spelling eror) me so good and give me so many unforgetable memories... p/s : thanxforbeingsuchagudfrenhubby.... i miss mr.A so much :(

shooting 4 drama + diner PGN

dear diary.... hi diary!!...long time didnt update the latest posting rite...hurm so ni aku nak cite la pasal even terbaru yg berlaku dlm idup ku selain hati pecah ...huhuhu las few days i was inviting to b an extra actress in the drama by my sis boy..woww! i was so excited cz it is opportunity 4 me to gain a new experience eventho dis not my thing actuly...the location were stated at lim kok wing U cyberjaya n it was my first time there and the place its absolutely great!! lots of hot n sexy guys n girl tho~fuhhh... i meet liyana jasmay, kamal(xkenal tp damn hot),zarina AF, hairi othman n few girl yg xtau name...actuly im 1 of liyana jasmay fan but since that day i do FUCK her..whuahuahua siyesly gedix lor pompuan ni sombong giler klu dgn crew2 lain mmg la die terggedix2 tp ngn other extra actor pandang pon x bkn nk kate senyum aisshhhh xbaek taw! i think maybe she underestimated people like 'us' o die bajet pemes(tp mmg pemes pon)hehe,1 of d extra actor degree holder ko...
Lazada Malaysia