Apa itu eWallet? Sama ke tak dengan ePenjana? Ewallet juga salah satu inisiatif pelaksanaan program e-PENJANA bernilai RM750 juta bermula bulan ini dan ia dijangka memanfaatkan kira-kira 15 juta rakyat. Pada yang masih belum tahu dan bersedia, sila download applikasi MySejahtera untuk menerima bantuan e-dompet RM50 itu. Kerana hanya mereka yang mempunyai applikasi MySejahtera sahaja akan mendapat bantuan tersebut. Harap Maklum! Cara nak claimnya mudah saja cuma di hujung jari dan install menggunakan aplikasi. Download MySejahtera Android & iOS Berikut langkah-langkah pendaftaran MySejahtera: Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery Langkah 2: Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk mendaftar pengguna baru. Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar mengg...
Saintis mendakwa koronavirus mungkin boleh tersebar melalui mata. Seorang doktor pakar paru-paru, Wang Guangfa khuatir dia mungkin terjangkiti virus berkenaan kerana tidak memakai kaca mata pelindung. Pakar virus di Kolej Imperial London, Profesor Paul Kellam berkata hal ini sememangnya boleh berlaku. “Jika anda terkena titisan bersin, ia akan tersebar dari hidung ke mata,” katanya. “Mata anda bersangkutan dengan hidung melalui kelenjar lakrimal (kelenjar yang merembeskan air mata). “Jika anda mengalami alergi dan mata anda berair, hidung anda akan turut berair. Atau jika anda meletakkan ubat di dalam mata, anda akan dapat merasakannya di belakang tekak,” tambahnya. Ia tidak aneh untuk flu dan virus lain dihantar dengan cara ini. Anda juga boleh mendapat jangkitan pernafasan melalui mata.” ”Ini adalah sebab petugas kesihatan perlu memakai perlindungan mata”, katanya. Walaupun topeng muka melindungi hidung dan mulut, ia tidak menutup mata. Selain itu, virus ya...
