[VIDEO] Bagaimana Lepaskan Diri Anda Daripada Kereta Yang Menjunam Ke Dalam Air??. Skip to main content

[VIDEO] Bagaimana Lepaskan Diri Anda Daripada Kereta Yang Menjunam Ke Dalam Air??.



Baru-baru ini negara kita di gemparkan dengan kemalangan maut yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang.  Dalam kejadian jam 2.40 pagi Ahad lalu, pemandu SUV putih, Moey Yun PENG 20 maut selepas kenderaan dipandunya terjunam ke dalam laut akibat kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang. 

Selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan, mayat mangsa dan kenderaannya berjaya dinaikkan menggunakan kren jam 5.50 petang 22 haribulan yang lepas.

Kejadian ini mungkin dapat dielakkan jika pemandu mempunyai ilmu bagaimana ingin melepaskan diri ketika kenderaan yang dinaiki terjunam ke dalam air. Dengan masa yang amat singkat anda perlu fikir dengan cepat tindakan yang perlu diambil bagi menyelamatkan diri anda.

Berikut antara langkah mudah yang boleh anda ambil jika mengahadapi situasi kecemasan tersebut :-



1. Sebaik sahaja kereta terjunam ke dalam air, lepaskan tali pinggang keledar yang anda pakai secepat mungkin.


2. Bergerak ke bahagian kereta yang belum ditengelami air dan rapatkan diri anda dengan tingkap. Jangan cuba buka pintu kerana tekanan dari air lebih kuat dan jika anda mampu buka pun ianya hanya menambahkan masa air memenuhi kereta anda dan mencepatkan kereta tenggelam ke dalam air.

3. Buka tingkap pintu kereta anda yang paling hampir. Jika gagal cuba sedaya upaya untuk pecahkan cermin tersebut. Jangan cuba pecahkan cermin hadapan kerana binaannya lebih kukuh.

4. Setelah itu keluar melalui tingkap secepat mungkin. Jika terdapat kanak-kanak pastikan mereka keluar dahulu dan hanya selepas anda melepaskan tali pinggang keledar anda dan turunkan tingkap terlebih dahulu... selamat kan anak-anak anda mengikut turutan yang paling tua dilepaskan dahulu.

5. Jika anda tidak dapat melepasi tingkap atau tidak dapat memecahkan tingkap tersebut tunggu sehingga air memenuhi kereta kemudian buka pintu.

6. Dalam waktu kecemasan tidak mudah anda mencari permukaan untuk berenang jadi ikut buih-buih menghilang.

Tonton video ringkas di bawah tentang cara bagaimana melepaskan diri jika kereta anda terjunam kedalam air.

2 Langkah mudah yang paling penting untuk anda ingat!
lepaskan tali pinggang kelendar anda

turunkan tingkap dan keluar secepat mungkin melaluinya
Sumber : Brightside
p/s : tak reti berenang?...tak dapek la den nak nolongnyer...

Comments

Popular posts from this blog

bawaku terbang....

dear diary.... u guys must think im going to post d lyrics or anything related to d fabulous cats song rite??..haha actuly rite now im counting out the time to go to sarawak ...weeee ^_^ my flight is going to b tomoro subuh but i will move from segamat at 2a.m tonite ...so i will not b able to post any blog for dis coming 4 days ...doakan saya selamat pergi dan balik ye kwn2!...insyallah

Lelaki Bangsat!

sekadar gambar hiasan bace dulu ni true story.... Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. FAIZUL, seorang doktor pakar jiwa...... ; Gadis : " Doktor , saya > merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya > memanggilnya lelaki > bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan > ada kalanya pula saya rasa > memang patut saya memanggil dia seperti > itu..." > > Doktor : "Hmm. > panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk > > seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab > tersendiri memangilnya > demikian. Ceritakanlah kpd > saya agar saya dapat membantu.." > > Gadis : "Ya memang > ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta > di tepi pantai.Dia pegang > tangan saya." > > Doktor : "Dia pegang > tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh. > > > Gadis : "Ya. seperti > yg doktor lakukan" ...
Lazada Malaysia