Tiket penerbangan Cathay Pacific bernilai AS$16,000 dijual pada harga AS$675?? O.M.G!! Skip to main content

Tiket penerbangan Cathay Pacific bernilai AS$16,000 dijual pada harga AS$675?? O.M.G!!

SYARIKAT penerbangan antarabangsa Cathay Pacific mungkin secara tidak sengaja telah membuat 'amal jariah' pada jualan murah tahun baru yang lepas apabila menjual tiket penerbangan kelas pertamanya dari Vietnam ke New York pada harga AS$675 (RM2,794).

Harga sebenar bagi tiket berkenaan difahamkan sepatutnya berharga AS$16,000 (RM66,224), tetapi oleh kerana kesilapan teknikal ia menjadi 30 kali ganda lebih murah.


Cathay Pacific dalam twit terbarunya menganggap kesilapan itu sebagai kejutan terbaik buat pelanggan yang telah membelinya, serta mengalu-alukan kehadiran mereka di penerbangan berkenaan.

"Ya, kami membuat kesilapan, tetapi kami tidak sabar untuk meraikan anda dalam penerbangan kami. Semoga ia menjadi tahun '2019' yang istimewa buat anda juga!” tulis Cathay Pacific dalam twit tersebut


Lapor portal berita The Guardian, berita mengenai tawaran murah berkenaan pada mulanya disebarkan oleh beberapa blog pelancongan seperti Gary Leff dan One Mile at a Time yang turut mendapati harga tiket dari Hanoi ke Vancouver hanya berharga AS$988 (RM4,089).

Cathay Pacific bagaimanapun tidak memberi respons kepada permintaan The Guardian untuk mengulas mengenai bilangan penerbangan yang terjual pada harga yang jatuuh menjunam itu.

Cathay Pacific juga dilihat telah menutup penjualan semua penerbangan kelas perniagaan dan kelas pertama untuk bulan Ogos dari laman webnya, tetapi penerbangan yang sama pada bulan September disenaraikan pada harga AS$16,000.


Sumber : Astro awani

P/s : Untung lah sape yang dapat beli tiket tu, rezeki kot.... ada tak memana syarikat penerbangan atau travel agensi nak sponsor iols buat travelog?? :P #siscuba nak copy paste jgn lupa credit tawwwww 

Comments

Popular posts from this blog

bawaku terbang....

dear diary.... u guys must think im going to post d lyrics or anything related to d fabulous cats song rite??..haha actuly rite now im counting out the time to go to sarawak ...weeee ^_^ my flight is going to b tomoro subuh but i will move from segamat at 2a.m tonite ...so i will not b able to post any blog for dis coming 4 days ...doakan saya selamat pergi dan balik ye kwn2!...insyallah

Lelaki Bangsat!

sekadar gambar hiasan bace dulu ni true story.... Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. FAIZUL, seorang doktor pakar jiwa...... ; Gadis : " Doktor , saya > merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya > memanggilnya lelaki > bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan > ada kalanya pula saya rasa > memang patut saya memanggil dia seperti > itu..." > > Doktor : "Hmm. > panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk > > seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab > tersendiri memangilnya > demikian. Ceritakanlah kpd > saya agar saya dapat membantu.." > > Gadis : "Ya memang > ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta > di tepi pantai.Dia pegang > tangan saya." > > Doktor : "Dia pegang > tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh. > > > Gadis : "Ya. seperti > yg doktor lakukan" ...
Lazada Malaysia