Berlian Thought Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2019

Minyak Naik Lagi!? Harga Petrol Terkini 23hb Feb - 1 Mac 2019

Dijangkakan ada sedikit kenaikan harga untuk Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel. Apapun sila tunggu pengumuman rasmi dari  KPDNHEP   pada petang ini. "akan dikemaskini pada setiap hari Jumaat, jam 6.00 petang" Ramalan Harga minyak 23 Februari - 1 Mac 2019 RON95:  RM 2.08 (naik 10 sen ) RON97:  RM 2.38 (naik 10 sen) DIESEL:  RM 2.18 (kekal) P/s : Peniaga jangan berani menaikkan harga guna alasan minyak naik ye, hari tu minyak turun tak de pun turunkan harga kan... *Amaran keras! 

Trip Krabi 2019 Bajet Bawah RM700, Siap Villa Ada Pool dan Tiket Flight Lagi

Antara destinasi percutian bajet yang korang boleh pergi tentulah Krabi Thailand. Walaupun luar negara tetapi bagi aku bajet perbelanjaannya lebih kurang je dengan percutiaan dalam Malaysia. Ini bukan bermaksud aku tak sokong 'Cuti-Cuti Malaysia' hurm ikut bajet dan citarasa masing-masing la ye.. Tak nak cakap lebih aku kongsikan itenari sepanjang 4H 3M aku kat sana. TIKET FLIGHT Aku plan tak da la awal sangat untuk dapat harga RM105 pergi-balik ke Krabi kira rezeki la kot. lagipun murah mungkin sebab timing flight yang tak berapa cun.  Aku terbang 10hb Feb jam 1700, balik 13 Feb jam 0825 . So sebab tu la kot murah masa pergi je dah rugi sebab cek in hotel lambat balik pulak kena cek out awal kan... Terpulang lah mana 'preferences' uolz. AIRPORT SHUTTLE Hasil daripada bacaan ku di blog-blog travel krabi terjumpa lah aku laman book teksi airport secara online. www.krabishuttle.com... harga lebih kurang je kalau book dari airport pun 500-600 BAHT . Kalau...

Harga Petrol Terkini Minggu ke-2 Feb 2019

Walaupun bertukar nya tampuk kepimpinan negara kita. Namun kerajaan PH memilih untuk mengekalkan mekanisme pengumuman harga petrol di Malaysia secara mingguan cuma hari perlaksanaan sahaja yang bertukar Yang mana sebelum ini diumumkan pada setiap hari Rabu. Tetapi sekarang ianya bertukar pada setiap Hari Jumaat. Kerajaan mana pun yang memimpin negara kita admin pasti harapan rakyat Kerajaan dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dan mengutamakan kesejahteraan rakyat melebihi kepentingan sendiri atau politik. Setuju? Dijangkakan ada sedikit kenaikan harga untuk Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel. Apapun sila tunggu pengumuman rasmi dari  KPDNHEP   pada petang ini. "akan dikemaskini pada setiap hari Jumaat, jam 5.00 petang" Ramalan Harga minyak 9-15 Februari 2019 RON95:  RM 1.97 (naik 4 sen ) RON97:  RM 2.27 (naik 4 sen) DIESEL:  RM 2.17(kekal) P/s : Peniaga jangan berani menaikkan harga guna alasan minyak naik ye, hari tu minyak tur...

Tukar Dekorder Astro Anda Kepada Njoi Pada Harga RM15.90 sahaja Seumur Hidup!!

Kos sara hidup yang makin meningkat sekarang ni buat bayaran bil Astro dah jadi membebankan. Walhal atas kekangan waktu kerja kebanyakkan kita hanya tonton tv pada belah malam sahaja. Lagi lagi dengan perkembangan teknologi sekarang ini siaran tv juga boleh di tonton melalui telefon pintar masing-masing je kan. So bayar Astro buat apa? Saja amal jariah ek.. marah pulak Astro dengan aku nanti Ya betul paling paling jimat potong Astro dan pakai aerial tv biasa je. Ok tapi ni bagi mereka yang masih inginkan siaran tv yang cantik tapi pada harga yang sangat berpatutan boleh teruskan baca artikel ni. Bagi mereka yang harddiefan Astro pun dah boleh angkat kaki la. *Disclaimer ini bukan iklan berbayar ye kawan-kawan dan aku juga bukan promoter njoi atau sedare mare aku ada keje njoi ke ape. Aku cuma share info dengan harapan dapat bantu korang semua jimatkan perbelanjaan bulanan. Ok mula cerita pasal njoi sikit. Sebelum ni ada je aku terserempak dengan promoter njoi di shoping mall a...
Lazada Malaysia