Tak nak cakap lebih aku kongsikan itenari sepanjang 4H 3M aku kat sana.
TIKET FLIGHT
Aku plan tak da la awal sangat untuk dapat harga RM105 pergi-balik ke Krabi kira rezeki la kot. lagipun murah mungkin sebab timing flight yang tak berapa cun.
Aku terbang 10hb Feb jam 1700, balik 13 Feb jam 0825 . So sebab tu la kot murah masa pergi je dah rugi sebab cek in hotel lambat balik pulak kena cek out awal kan... Terpulang lah mana 'preferences' uolz.
AIRPORT SHUTTLE
Hasil daripada bacaan ku di blog-blog travel krabi terjumpa lah aku laman book teksi airport secara online. www.krabishuttle.com... harga lebih kurang je kalau book dari airport pun 500-600 BAHT. Kalau nak jimat naik shuttle bas 150 Baht sahaja.
![]() |
| siap ada wifi tau |
Oh yer salah satu sebab aku pilih laman web ni sebab dia siap tunggu kita kat depan pintu ketibaan dan mention nama kita. Aku ambil peluang ni tulis nama blog aku instead of bagi nama betul. hehe marketing
HOTEL
Bila kawan aku dah setuju untuk pergi trip ni, aku la yang uruskan book tiket dan hotel sebab aku memang jenis suka planning lagu ni. Kami book hotel penginapan yang tak berapa dekat dengan pantai Aonang sebab kami memang aim penginapan yang agak selesa.
Dapat lah aku menginap di satu hotel yang aku rasa sangat berbaloi dengan harga. Pada harga 4,725 Baht atau bersamaan dengan RM 611 untuk 3 malam jatuh 1 kepala kami hanya perlu bayar RM70 sahaja lebih kurang untuk satu malam.
![]() |
| lobi Oscar Villa |
Plus point aku bagi untuk villa ni ialah pool dia walaupun aku tak sempat pun nak mandi tapi view memang cantik giler baqhang.
Lokasi hotel satu-satunya kekurangan hotel ini sebab korang tak boleh jalan kaki je untuk ke pantai Aonang. Tapi tak gaduh kot sebab dorang ada sediakan shuttle bas ke pantai Aonang 3 kali sehari secara percuma.
![]() |
| tak nak naik shuttle boleh sewa skuter 200 Baht je sehari |
KRABI NIGHT MARKET
Pasar Malam Krabi yang terletak di bandar Krabi ni sebenarnya buka hanya pada hari Jumaat Sabtu dan Ahad. Disebabkan kami terbang dari Kuala Lumpur pada hari Ahad dan agak lewat petang so aku pun mencadangkan kami terus pergi ke pasar malam tersebut dari airport tanpa cek in hotel lagi. For the sake nak jimat 1 hala tambang teksi kalau dah cek in dulu pergi balik dari hotel dah berapa kan. Dan nak jimat masa punya pasal.
Tapi cadangan dan tindakan kami tu sangat lah tak bijak sebab kau terpaksa tolak beg luggage korang dalam pasar malam yang sesak dengan orang ramai tu, memang agak mencabar la jadinya.
So next time siapa yang nak pergi tu korang bayar jela lebih kat teksi (even straight pergi kalau nak simpan beg korang dalam teksi dan teksi hantar korang gi hotel dorang stil akan caj macam dorang hantar korang cek in dulu) airport ----> Night Market---> Hotel =1500 Baht.
Disebabkan nak jimat tambang tapi tak jimat tenaga kami hanya perlu bayar airpot---> Night Market ---> Hotel = RM1000
Pasar Malam Krabi ni amat popular untuk pelancong kalau nak cari makanan signature Thailand dan cenderahati untuk kawan atau keluarga. Lebih kurang macam Downtown Danau Kota jer.. harga? biasa lah ada yang murah ada yang lebih mahal. yang penting kena pandai tawar harga!
ISLAND HOPING
Hari kedua bangun agak lewat jadi pakej island hoping yang tinggal hanyalah pakej 7 Island siap dinner tengok sunset dan peralatan snorkeling.Chicken Island, Tanming Island, Poda Island dan pemende lagi ntah aku tak ingat. Snorkeling aktiviti tak yah cerita lah memang terbaik la..
![]() |
| kami ambil pakej dari hotel je sebab rasa lebih berbaloi sebab siap dia pickup kat bilik kami so tak perlu la pergi ke pantai aonang lagi kan. |
![]() |
| ada snorkeling waktu malam juga tapi tak boleh ambil gambar sebab terlalu gelap. Boleh nampak macam kelip2 tu dalam air tau |
![]() |
| siap sunset diner kat pantai pulau ni |
Kami decide ambil tour Emerald Pool dan Hotstream. 2000 Baht untuk sebuah mini van yang besar untuk kami bertiga jadi kami pelawa la kawan baru kami kenal jiran sebelah villa Allison dan keluarga untuk join tour kami. Entrance fee Emerald pool 200 Baht Hotstream
Pasangan dari USA ni tersangat lah peramah termasuk anak dorang yang jadi rapat dengan kami sepanjang tour tersebut.
![]() |
| sienna |
![]() |
| Blue pool ni tutup jam 3 dan lebih jauh dari entrance...so siap sediakan fizikal korang yer |
TOTAL BAJET
Tiket Flight RM105/pax pergi balik
Aiport transfer di Krabi 1200 Baht = RM160 pergi dan balik = RM50/pax
Hotel 3x malam = RM660 = RM220/pax 3 malam = RM70+ 1 malam
Island Hoping 7 island pakej RM160/pax (termasuk diner)
Emerald Pool & Hotstream Tour 2000 Baht (minivan boleh masuk 10 orang tapi kami ber 3 je) so sorang RM90/pax
Tiket masuk Emeralad pool 200 Baht = RM26
Tiket masuk Hotstream 180 Baht = RM24
Makan bajet RM100/pax
Cenderahati RM50
TOTAL DUIT HANGUS = RM625++
*ni tentulah tak termasuk belanja geli-geli yang lain macam massage ke shoping ke kan... dan untuk pakej island hoping yang lain macam phi phi island ke hong island ke lain harga ye kengkawan. kalau nak kaver semua tuh xcukup duduk 4h 3m je kene duduk 6h 5malam baru sempat kaver semua tempat tuh... n bagi aku pasar malam boleh skip je kot sebab macam downtown danau kota je lebih kurang... Bawah ni ringkasan itenari aku
HARI PERTAMA
1. Bertolak dari KL ke Krabi jam 1800 sampai
2. 1800 - 2100 = Dari airport terus ke Pasar Malam Krabi di tengah bandar Krabi
3. 2200 = Check in hotel
4. 2330 = Lepak di sekitar kawasan villa kemudian tidurrrr
HARI KEDUA
1000 = Bangun dan sarapan pagi
1300 = 7 island hoping tour sekali sunset diner dan snorkeling waktu malam
2230 = Balik hotel dan rest
HARI KETIGA
1000 = Bangun dan sarapan pagi
1200 = Emerald pool dan hotspring tour
2000 = balik hotel
2100 = diner
2200 = Balik villa dan rest
HARI KEEMPAT
630 = Bertolak ke airport
1100 = Sampai di Kuala Lumpur
p/s : i will try later to write this article in english just in case some of my friends who do not know how to read malay.



























Comments