Tukar Dekorder Astro Anda Kepada Njoi Pada Harga RM15.90 sahaja Seumur Hidup!! Skip to main content

Tukar Dekorder Astro Anda Kepada Njoi Pada Harga RM15.90 sahaja Seumur Hidup!!


Kos sara hidup yang makin meningkat sekarang ni buat bayaran bil Astro dah jadi membebankan.

Walhal atas kekangan waktu kerja kebanyakkan kita hanya tonton tv pada belah malam sahaja. Lagi lagi dengan perkembangan teknologi sekarang ini siaran tv juga boleh di tonton melalui telefon pintar masing-masing je kan.

So bayar Astro buat apa? Saja amal jariah ek.. marah pulak Astro dengan aku nanti
Ya betul paling paling jimat potong Astro dan pakai aerial tv biasa je. Ok tapi ni bagi mereka yang masih inginkan siaran tv yang cantik tapi pada harga yang sangat berpatutan boleh teruskan baca artikel ni. Bagi mereka yang harddiefan Astro pun dah boleh angkat kaki la.

*Disclaimer ini bukan iklan berbayar ye kawan-kawan dan aku juga bukan promoter njoi atau sedare mare aku ada keje njoi ke ape. Aku cuma share info dengan harapan dapat bantu korang semua jimatkan perbelanjaan bulanan.

Ok mula cerita pasal njoi sikit. Sebelum ni ada je aku terserempak dengan promoter njoi di shoping mall atau mana-mana booth tapi macam biasa mereka hulurkan flyers aku ambil pun macam angin lalu je. Jumpa next tong sampah aku masukkan. Aku yang kejam ke promoter dia yang tak cukup skill entah la. 



 
Tapi tiba-tiba aku dapat info yang boleh dipercayai iaitu TUKAR DEKORDER ASTRO ANDA DENGAN NJOI SECARA PERCUMA??

Bayaran RM15.90 tu untuk langganan channel basic njoi SEUMUR HIDUP ok aku repeat seumur hidup tau.. 



dan channel basic dia kira ok la tak da cikai sangat takat tv1,2,3 jer ada Oasis ada Bernama News Channel ada channel pendidikan tu pun ada banyak gak la kan. Kalau nak tambah channel boleh tambah lain harga tapi bagi aku basic je dah cukup.




Menarik kan. Nak tahu macam mana?


Cara nak tukar Astro ke Njoi....
1- Make sure dah bayar dulu bil korang tuk bulan lepas. Makna takde current charges ke apa, senang kata takde outstanding.

Ni ko PM aje kat FB Astro nak tanya bill korang bape tak pon ko sms aja

   ASTRO<>BAL<>IC NUM send 66688
   ASTRO<>BAL<>NUM ACC send 66688
   <> - space / jarak


Kalau nak kol terus pun boleh.

2- Dah dapat details, ko kene ready ngan kertas complete dengan details dibawah

   - Number Akaun, IC Num
   - Number serial Dekoder
   - Number Smart Kad

** Untuk call tukar njoi make sure tarikh call tu tak lebih dari tarikh new billing cycle (tarikh matang charge baru)

3- FYI - Astro dah takde lagi conversion fee RM99.00 UFN. So, kesempatan ini sila ambil peluang nak tukar without any charges. Now, dah boleh call astro Njoi hotline - 03-9543 8100. Aku cadang call waktu non-peak seperti sblm jam 8.00 am and sebelum magrib.
 
Call 03-95438100 then terus tekan 1 and tekan 1 lagi. Aku wat gini sebab malas nak tunggu iklan, operator diorang membebel. Aku pakai fon bil yang unlimited kol so tak da masalah la nak bergayut dengan dorang. Kalau pakai prepaid pandai-pandai bajet masa dan kredit ya.

Dapat cakap ngan operator cakap nak tukar..bla ...bla - kat sini dia minta nombor smart kad ngan dekoder, make sure betul jangan silap karang leceh nak call balik dan terakhir ambil nombor report & nama operator untuk tuk rujukan esok lusa.

4- Kalo ada isu teknikal, dekoder takde waranti dah so kalo technician datang kene bayar biase RM85.00.Korang leh tuka balik ke astro berbayar dengan dail bahagian marketing 1300 82 9888

** Lepas bayar RM15.90 biasanya amik 48 jam tuk dia tukar. Ari tu aku call sabtu pagi by next monday, mak pak aku kata dah ada siaran but with symbolic said "tapi rancangan binatang takda da long" hahahaha

** Pastikan bil Astro anda betul-betul dah clear ya kalau tak mereka akan tangguh so masa nak tunggu pasang akan jadi lagi lama. Sementara tunggu penukaran dari Astro ke NJOI selama 48jam tu pakai la aerial tv yang biasa atau rumah yang bortingkek-tingkek guna aerial bangunan je dulu.

** Kalau tengok website njoi sure korang kata aku tipu sebab dia tulis ada bayaran RM405. Itu bayaran untuk pemasangan dekorder baru tau bukan TUKAR Astro ke Njoi. Mestilah njoi tak promote tukar ni lebih-lebih since nak 'laku' kan dekorder dorang. Logik kan.. 


promosi ini juga bukan untuk mereka yang tak da langsung piring Astro atau sebarang piring di luar tingkap rumah anda ya! 

Selamat berNJOI!

Comments

Popular posts from this blog

bawaku terbang....

dear diary.... u guys must think im going to post d lyrics or anything related to d fabulous cats song rite??..haha actuly rite now im counting out the time to go to sarawak ...weeee ^_^ my flight is going to b tomoro subuh but i will move from segamat at 2a.m tonite ...so i will not b able to post any blog for dis coming 4 days ...doakan saya selamat pergi dan balik ye kwn2!...insyallah

Lelaki Bangsat!

sekadar gambar hiasan bace dulu ni true story.... Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. FAIZUL, seorang doktor pakar jiwa...... ; Gadis : " Doktor , saya > merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya > memanggilnya lelaki > bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan > ada kalanya pula saya rasa > memang patut saya memanggil dia seperti > itu..." > > Doktor : "Hmm. > panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk > > seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab > tersendiri memangilnya > demikian. Ceritakanlah kpd > saya agar saya dapat membantu.." > > Gadis : "Ya memang > ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta > di tepi pantai.Dia pegang > tangan saya." > > Doktor : "Dia pegang > tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh. > > > Gadis : "Ya. seperti > yg doktor lakukan" ...
Lazada Malaysia