Berlian Thought Skip to main content

Posts

Demi Mencari Rezeki, Pemandu Grab Meninggal Dunia Di Dalam Kereta.

Tular pagi ini berita kematian seorang pemandu e-hailing atau lebih spesifiknya pemandu Grab meninggal dunia di dalam kereta. Kejadian di percayai berlaku berpunca daripada arwah yang dikhabarkan keletihan dan tertidur di dalam kereta yang berhawa dingin. Dikhabarkan Isteri beliau telah mencari sejak malam tadi melalui laman media sosial dan whatssap. Walaubagaimanapun penantian isterinya berakhir dengan tragis sekali apabila suaminya dijumpai telah meninggal dunia di dalam kereta beliau yang di parkir berhampiran Lapangan Terbang KLIA dan dipercayai kejadian ini mungkin juga berpunca daripada serangan jantung.  Namun kesahihan berita ini atau laporan lengkap kes ini masih belum dapat pengesahan daripada pihak polis. Jika benar kejadian ini berlaku admin doakan ahli keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini. Al-fatihah 

Kes Terbaru ‘Lady Driver’ Grab Dirompak dan Dicabul!! 😱😱😱

Tular di group Whatssap pagi ini kejadian terbaru Pemandu Grab Wanita dirompak dan dicabul oleh penumpang.  Kejadian yang menimpa gadis malang tersebut berlaku apabila beliau menerima tempahan penumpang Grab di RnR Awan Besar seawal jam 0530 pagi. Suspek menempah perjalanan ke Taman Mas walau bagaimanapun ketika menghampiri tempat yang dituju suspek mengacukan pisau ke perut mangsa supaya mangsa mendiamkan diri.  Suspek dengan serta merta melompat ke tempat duduk hadapan penumpang sambil mengacukan pisau ke leher mangsa dan menekup mulut mangsa dari bersuara. Suspek sempat memasukkan tangan ke dalam baju mangsa dan meraba dada mangsa.  Apabila suspek cuba membuka seluar untuk merogol mangsa, mangsa mengambil peluang meronta dan melepaskan diri dari suspek dengan lari keluar daripada kereta. Dan mangsa bernasib baik kerana ketika itu lalu sebuah teksi pemandu india yang datang menghampiri kereta mangsa apabila terdengar jeritan mangsa.Su...

Minyak Naik Lagi!? Harga Petrol Terkini 23hb Feb - 1 Mac 2019

Dijangkakan ada sedikit kenaikan harga untuk Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel. Apapun sila tunggu pengumuman rasmi dari  KPDNHEP   pada petang ini. "akan dikemaskini pada setiap hari Jumaat, jam 6.00 petang" Ramalan Harga minyak 23 Februari - 1 Mac 2019 RON95:  RM 2.08 (naik 10 sen ) RON97:  RM 2.38 (naik 10 sen) DIESEL:  RM 2.18 (kekal) P/s : Peniaga jangan berani menaikkan harga guna alasan minyak naik ye, hari tu minyak turun tak de pun turunkan harga kan... *Amaran keras! 

Trip Krabi 2019 Bajet Bawah RM700, Siap Villa Ada Pool dan Tiket Flight Lagi

Antara destinasi percutian bajet yang korang boleh pergi tentulah Krabi Thailand. Walaupun luar negara tetapi bagi aku bajet perbelanjaannya lebih kurang je dengan percutiaan dalam Malaysia. Ini bukan bermaksud aku tak sokong 'Cuti-Cuti Malaysia' hurm ikut bajet dan citarasa masing-masing la ye.. Tak nak cakap lebih aku kongsikan itenari sepanjang 4H 3M aku kat sana. TIKET FLIGHT Aku plan tak da la awal sangat untuk dapat harga RM105 pergi-balik ke Krabi kira rezeki la kot. lagipun murah mungkin sebab timing flight yang tak berapa cun.  Aku terbang 10hb Feb jam 1700, balik 13 Feb jam 0825 . So sebab tu la kot murah masa pergi je dah rugi sebab cek in hotel lambat balik pulak kena cek out awal kan... Terpulang lah mana 'preferences' uolz. AIRPORT SHUTTLE Hasil daripada bacaan ku di blog-blog travel krabi terjumpa lah aku laman book teksi airport secara online. www.krabishuttle.com... harga lebih kurang je kalau book dari airport pun 500-600 BAHT . Kalau...

Harga Petrol Terkini Minggu ke-2 Feb 2019

Walaupun bertukar nya tampuk kepimpinan negara kita. Namun kerajaan PH memilih untuk mengekalkan mekanisme pengumuman harga petrol di Malaysia secara mingguan cuma hari perlaksanaan sahaja yang bertukar Yang mana sebelum ini diumumkan pada setiap hari Rabu. Tetapi sekarang ianya bertukar pada setiap Hari Jumaat. Kerajaan mana pun yang memimpin negara kita admin pasti harapan rakyat Kerajaan dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dan mengutamakan kesejahteraan rakyat melebihi kepentingan sendiri atau politik. Setuju? Dijangkakan ada sedikit kenaikan harga untuk Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel. Apapun sila tunggu pengumuman rasmi dari  KPDNHEP   pada petang ini. "akan dikemaskini pada setiap hari Jumaat, jam 5.00 petang" Ramalan Harga minyak 9-15 Februari 2019 RON95:  RM 1.97 (naik 4 sen ) RON97:  RM 2.27 (naik 4 sen) DIESEL:  RM 2.17(kekal) P/s : Peniaga jangan berani menaikkan harga guna alasan minyak naik ye, hari tu minyak tur...

Tukar Dekorder Astro Anda Kepada Njoi Pada Harga RM15.90 sahaja Seumur Hidup!!

Kos sara hidup yang makin meningkat sekarang ni buat bayaran bil Astro dah jadi membebankan. Walhal atas kekangan waktu kerja kebanyakkan kita hanya tonton tv pada belah malam sahaja. Lagi lagi dengan perkembangan teknologi sekarang ini siaran tv juga boleh di tonton melalui telefon pintar masing-masing je kan. So bayar Astro buat apa? Saja amal jariah ek.. marah pulak Astro dengan aku nanti Ya betul paling paling jimat potong Astro dan pakai aerial tv biasa je. Ok tapi ni bagi mereka yang masih inginkan siaran tv yang cantik tapi pada harga yang sangat berpatutan boleh teruskan baca artikel ni. Bagi mereka yang harddiefan Astro pun dah boleh angkat kaki la. *Disclaimer ini bukan iklan berbayar ye kawan-kawan dan aku juga bukan promoter njoi atau sedare mare aku ada keje njoi ke ape. Aku cuma share info dengan harapan dapat bantu korang semua jimatkan perbelanjaan bulanan. Ok mula cerita pasal njoi sikit. Sebelum ni ada je aku terserempak dengan promoter njoi di shoping mall a...

"Tiada Gadis 'Hot' Sepertinya!" - kata Teman Lelaki Lisa si Lipas Afrika

Kebiasaanya kita tahu ada orang di sesetengah negara lain yang jenis makan makanan eksotik atau serangga kan?... Tu tak pelik sangat  Apa yang peliknya jadi di negara Jepun Yuma Shinohara, 25 tahun membuat pengakuan yang dia telah menjalankan hubungan bersama seekor lipas.  Malah dia juga mengakui yang serangga itu adalah cinta pertamanya. Menerusi temuramah bersama Asian Boss, Yuma membeli seekor lipas ternakan dari Afrika yang kemudian  menamakannya Lisa. Yuma berkata hubungannya bersama 'Lisa bersifat platonik yang membuatkan dia mempunyai fantasi untuk mengadakan hubungan intim bersama, sama ada Lisa yang bersaiz kecil ataupun bersaiz manusia. Malah menurutnya tiada gadis lain yang lebih 'hot' seperti Lisa dan hubungan dengannya adalah 100% serious. Namun tak tahu bagaimana definasi cinta bagu Yuma kerana dia juga mengakui dia adalah seorang entomophagist. Ia adalah satu kelaziman untuk memakan lisa sebaik haiwan itu mati. Dia turut melahi...
Lazada Malaysia