Berlian Thought Skip to main content

Posts

Trik Nak Dapat Luggage Baru FREE! 😉

Pernah hadapi situasi bila anda sampai ke suatu destinasi anda dapati luggage yang anda check in di cargo pecah? atau hilang? atau mengalamai kecacatan yang lain contoh macam tali bagasi terputus?... Kalau jawapan anda YA teruskan membaca entri ini dan jika TIDAK anda boleh kongsikan posting ini mana tahu kan berguna di masa hadapan. Jika berdepan dengan situasi ini ada 2 kategori penumpang sahaja sama ada dia akan tuntut balik ganti rugi atau yang jenis xpeduli sebab banyak sangat duit so anytime dia boleh beli baru xpun dah berderet luggage tersebut di rumahnya. Malangnya situasi ni jadi kat aku dan aku dalam kategori penumpang yang pertama tu jadi aku pun tuntut la ganti rugi. Situasi ni jadi dalam 2 minggu lepas kot kalau tak silap aku. Beg luggage aku pecah bila aku balik outstation dari Penang. Yang lebih dramatiknya aku perasan luggage aku pecah bila aku dah sampai di rumah... haaa frust kan  mulanya aku nak redho dah sebab dah sampai um...

Contoh Soalan Exam PSV 2019!

Soalan Ujian PSV JPJ Soalan Ujian JPJ PSV e-hailing dan Teksi 2019. Sila jawab soalan di bawah. Markah lulus 80% Semua soalan adalah seakan sama, cuma jawapan berbeza. Maka digalakkan mengingati apa yang terkandung di dalam Buku Modul PKPA tersebut. Nota Kuiz di bawah ini hanyalah bahan sokongan minit terakhir sebelum masuk dewan peperiksaan 1.Kuadron perniagaan diilhamkan oleh  Robert Kiyosaki Teori yang tepat mengenai 4 kuadron perniagaan ialah: 95% anda bekerja untuk majikan/pekerjaan 5% perniagaan/wang bekerja untuk anda 2. Kategori perniagaan dalam konteks keusahawanan ialah: Majikan, bekerja sendiri, pemilik syarikat dan pelabur Kuadron perniagaan kategori pekerjaan konteks keusahawanan ialah  anda bekerja untuk pekerjaan 3. Apakah aset dan apakah liabiliti. Aset - Alat membantu menjana pendapatan. (Kereta, telefon pintar) Liabiliti - Tanggungan dalam pekerjaan (bil telefon, minyak kereta, penyelenggaraan dll) 4. Bagaimana perkiraan aliran tunai? Tunai + (p...

[Video] Pengakuan Pemuda Yang Dikaitkan Dalam Video Sek* Bersama Mirip Seorang Menteri

Semalam kecoh di media sosial penyebaran video s*ks seorang menteri kabinet di Malaysia. Awal pagi ini pula kecoh video pengakuan berani mati seorang pemuda yang mengaku dirinya terlibat dalam video hubungan sejenis yang dikaitkan dengan lelaki tersebut. Individu itu adalah Haziq Abdul Aziz yang juga setiausaha sulit kanan seorang timbalan menteri. Memetik pengakuan bersumpah di akaun Facebook miliknya, dakwa haziq video tersebut dirakam di sebuah bilik hotel di Sandakan, Sabah pada 11 Mei lalu. "Saya Haziq Aziz dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama..... (lelaki mirip menteri) didalam video yang viral semalam. "Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan di bilik hotel yang diinap individu tersebut' menurut pengakuannya menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman sosial pada awal pagi rabu. tangkapan skrin video pengakuan bersumpah  yang kini tular di media sosial Haziq ...

Jimat Tol Balik Kampung 20% Guna Cara Ni!

Perbelanjaan ketika musim perayaan pasti lebih meningkat daripada biasa. Persiapan baju raya, kuih raya, langsir raya, perabot raya, kasut raya, handphone raya ehh dan macam-macam lagi la. Belum masuk persiapan duit raya yang nak kena standby bagi kat sanak saudara kan.  Bagi yang pulang ke kampung menaiki kenderaan awam tak kisah la bas atau flight comfirm dah bajet beli tiket siap-siap. Jika tak naik kenderaan awam naik kenderaan sendiri bajet untuk minyak dan tol dah boleh asingkan dalam gaji bulan ni kot. Sebenarnya aku cuma nak share ada 1 cara macam mana anda boleh jimat duit tol yang mana aku sendiri baru dapat tau kebelakangan ini. Baca sampai habis hokay.. Pernah tak anda didatangi oleh sesorang yang mempromosikan aplikasi Touch n Go ewallet? ( ini bukan posting berbayar) ..  Kadang mereka ada buka booth kadang mereka promot di tol-tol sahaja.. mesti ada kan..tetapi macam aku biasa je jumpa mereka promo aplikasi Touch n Go ewallet ni aku ...

Demi Mencari Rezeki, Pemandu Grab Meninggal Dunia Di Dalam Kereta.

Tular pagi ini berita kematian seorang pemandu e-hailing atau lebih spesifiknya pemandu Grab meninggal dunia di dalam kereta. Kejadian di percayai berlaku berpunca daripada arwah yang dikhabarkan keletihan dan tertidur di dalam kereta yang berhawa dingin. Dikhabarkan Isteri beliau telah mencari sejak malam tadi melalui laman media sosial dan whatssap. Walaubagaimanapun penantian isterinya berakhir dengan tragis sekali apabila suaminya dijumpai telah meninggal dunia di dalam kereta beliau yang di parkir berhampiran Lapangan Terbang KLIA dan dipercayai kejadian ini mungkin juga berpunca daripada serangan jantung.  Namun kesahihan berita ini atau laporan lengkap kes ini masih belum dapat pengesahan daripada pihak polis. Jika benar kejadian ini berlaku admin doakan ahli keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini. Al-fatihah 

Kes Terbaru ‘Lady Driver’ Grab Dirompak dan Dicabul!! 😱😱😱

Tular di group Whatssap pagi ini kejadian terbaru Pemandu Grab Wanita dirompak dan dicabul oleh penumpang.  Kejadian yang menimpa gadis malang tersebut berlaku apabila beliau menerima tempahan penumpang Grab di RnR Awan Besar seawal jam 0530 pagi. Suspek menempah perjalanan ke Taman Mas walau bagaimanapun ketika menghampiri tempat yang dituju suspek mengacukan pisau ke perut mangsa supaya mangsa mendiamkan diri.  Suspek dengan serta merta melompat ke tempat duduk hadapan penumpang sambil mengacukan pisau ke leher mangsa dan menekup mulut mangsa dari bersuara. Suspek sempat memasukkan tangan ke dalam baju mangsa dan meraba dada mangsa.  Apabila suspek cuba membuka seluar untuk merogol mangsa, mangsa mengambil peluang meronta dan melepaskan diri dari suspek dengan lari keluar daripada kereta. Dan mangsa bernasib baik kerana ketika itu lalu sebuah teksi pemandu india yang datang menghampiri kereta mangsa apabila terdengar jeritan mangsa.Su...
Lazada Malaysia