have u ever??... Skip to main content

have u ever??...

dear diary....

Pernah Tak? Korang penah ker alami........??

Pernah tak anda rasa nak kentut sgt masa tengah lepak ngan kawan
berlainan spesis/jantina, anda tahan sgt sampai terkulat muka?


Pernah tak masa anda tengah jenjalan kat depan khayalak ramai,
tetiba tu seluar spender/panties cam terselit kat celah bontot, rasa cam tak
selesa sgt, ikutkan hati nak aje tarik spender/panties itu?


Pernah tak masa tengah dalam jam, anda korek hidung, lepas tu
tengok tahi hidung itu, kemudian gentel dan jentik?


Pernah tak anda mengalami situasi di mana celah bontot amatla
gatal yang amat, di depan khalayak ramai, menyebabkan terpaksalah anda
menahan kegatalan itu dengan tabah?
Pernah tak anda tunggu kawan anda di suatu tempat contohnya di
hartamas,lepas tu anda jadi resah dan kesah sebab semua orang kelihatan cam
memandang anda sbb anda satu-satunya makhluk yang berdiri, lalu anda pun
buat-buat aksi yang menunjukkan anda sedang menunggu orang,
contohnya melihat-lihat jam tangan?

Pernah tak anda memandu kereta manual, lepas tu disebabkan kesilapan teknikal kereta anda terjerk macam kuda dan mati, sekali lagi dikhalayak ramai contohnya di depan kedai makan, lalu anda pun membatalkan
niat hendak ke kedai itu untuk menutup kemaluan yang amat?


Pernah tak di bulan puasa di waktu siang, anda berpura-pura kononnye membelikan makanan untuk kawan bukan Islam anda, dan mengadakan perbualan palsu di telefon contohnya, 'haa helo Mike, aku dah belikan bigmac kau! Kau nak air ape siot?'


Sekiranya anda pernah melakukan satu atau dua atau lebih perkara
diatas, tahniah diucapkan! Kerana anda telah berjaya menjadi manusia normal!'.....

whuawhuawhua ^_^

Comments

wakakaka..
amat tertarik dengan fakta kentut di atas...
hahaha harun din...

""rajin2 lawatlah blog saya :)"

Popular posts from this blog

'Jaan Punching Bag'.. Kisah Realiti atau Fantasi?? Jom Rungkaikan Misteri

Ramai sangat lah yang kongsikan cerita 'Jaan Punching Bag' lately ni. Aku antara yang terawal baca kisah ni tetapi tak habis baca pun. Baca mula-mula macam semangat jugak lah tetapi makin lama aku rasa makin mengarut jer kisah dia.   Disebabkan aku ni kaki novel aku rasa cara penceritaan budak ni macam rekaan je pun ada macam fiksyen jer pun ada. Sebab macam tak boleh diterima akal jer ada ke wujud binatang bertopeng kan manusia seperti bapa Alisha dan bekas-bekas suami Alisha tu.. hurmmm So aku decide tak habiskan pembacaan aku sebab rasa mengarut sangat kot.  Sudahnya aku tutup je lah sebab macam tak menarik untuk ambil tahu. Lagipun ada 15 part untuk cerita ini sahaja. Part 1 pun dah panjang, inikan nak habis baca sampai part 15. Memang tak lah kan. Kagum dengan mereka yang gigih membaca sampai habis cerita ni. Ada yang kata tak logik, ada juga yang menangis selepas membacanya. Tetapi pagi ni masuk je ofis buka FB-ku viral lagi rupanya kisah ni ...

'Jaan Punching Bag' Kisah Penuh! (Full Story)

Penangan 'Jaan Punching Bag' hampir menengelamkan ke-suspen-an menunggu PC FatZura. Okay hari itu aku review pasal cerita ni yang aku rasa nonsense ada berlaku kat realiti kan.  Tapi sekarang aku rasa macam tak mustahil lak semua ni berlaku cuma ofcourse lah ditokok tambah sikit oleh penulis dan di olah sesedap rasa kan. Mana lah kita tau nasib semua orang kat dunia ni, mungkin ada yang tak bernasib baik macam dalam jalan cerita ni.  Cerita ni jadi viral sangat pun aku rasa sebab penulis guna modal 'Based On True Story' kalau dia tak mention gitu atau just post sebagai satu karya novel atau cerpen mampuih lah orang tak berminat pun nak baca pun. Agaknya la kot Btw posting ni aku share Full Story yang tak berapa nak full sebab start dari Ep. 3 tapi boleh la kan sebab ramai kata cerita sebenar dari penulis telah di delete. Nak bagi credit untuk penulis pun tak jumpa dah FB nya.  So harap penulisnya halalkan la perkongsian aku ni. Aku malas nak ...

Pergi Langkawi Naik Train ETS??.. Jom Cuti-Cuti Malaysia

Macam mana nak pergi trip ke Langkawi by Train ETS?. Actually sumber info daripada salah seorang kawan admin di FB, i like to share her experience tetapi dia buat posting itu for friends only so i have to re-write to share it...I pun pernah pergi Langkawi tetapi biasanya by flight so sesiapa nak cuba pengalaman baru (yang mana admin pun berminat nak) boleh lah share artikel ni tau. In the making i tengah buat travelog to East Malaysia so sementara tu kita baca perkongsian kawan FB i ok..  Ramai yang tahu Langkawi antara pulau percutian yang sangat sesuai untuk seisi keluarga, Pulau-pulau lain di Malaysia ni best jugak cuma Langkawi sinonim dengan tempat shopping jadi, kalau kita bawa isteri atau mak comfirm lah sampai ke telinga senyum mereka. Kalau dah biasa pergi Langkawi naik kapal terbang kita boleh cuba naik ETS pulak lepas ni. Jom follow macam mana  nak pi sana naik ETS!. 1.  Tambang ETS Dari KL Sentral ke Arau hanya RM73 sahaja. Jangan lupa tempah sebul...
Lazada Malaysia