Pergi Langkawi Naik Train ETS??.. Jom Cuti-Cuti Malaysia Skip to main content

Pergi Langkawi Naik Train ETS??.. Jom Cuti-Cuti Malaysia

Macam mana nak pergi trip ke Langkawi by Train ETS?. Actually sumber info daripada salah seorang kawan admin di FB, i like to share her experience tetapi dia buat posting itu for friends only so i have to re-write to share it...I pun pernah pergi Langkawi tetapi biasanya by flight so sesiapa nak cuba pengalaman baru (yang mana admin pun berminat nak) boleh lah share artikel ni tau.

In the making i tengah buat travelog to East Malaysia so sementara tu kita baca perkongsian kawan FB i ok.. 

Ramai yang tahu Langkawi antara pulau percutian yang sangat sesuai untuk seisi keluarga, Pulau-pulau lain di Malaysia ni best jugak cuma Langkawi sinonim dengan tempat shopping jadi, kalau kita bawa isteri atau mak comfirm lah sampai ke telinga senyum mereka.

Kalau dah biasa pergi Langkawi naik kapal terbang kita boleh cuba naik ETS pulak lepas ni. Jom follow macam mana  nak pi sana naik ETS!.

1. 
Tambang ETS Dari KL Sentral ke Arau hanya RM73 sahaja. Jangan lupa tempah sebulan lebih awal dan beli tiket pergi balik.

2.

Macam ETS KL-KLIA pilihan tempat duduk ada yang facing satu sama lain atau yang kerusi sehala kalau tak nak pening kepala pilih kerusi facing sehala dan menghadap arah train itu bergerak. 5jam perjalanan tau so jangan aneh-aneh la, 
lagi-lagi untuk yang ada anak kecil nanti kalau mereka tak selesa mereka buat hal korang jugak yang hangin nanti. dah spoil mood travel
ni paling best..bawah kerusi semua ada plag so tak payah risau bateri fon mati..


3.
Sampai je Stesen Arau ambil teksi atau sekarang dah ada Grab/UBER ke Jeti Feri Kuala Perlis dengan anggaran tambang teksi/Grab/UBER RM22-RM27. 
Pastu sampai jeti feri bayar tambang feri pulak.

4. Sampai je di jeti feri Langkawi dah boleh call orang kereta sewa di sana yang korang dah tempah awal-awal, kalau tak tempah awal pun tak da masalah rasanya sebab banyak je pilihan yang korang boleh dapat di sekitar kawasan jeti tuh.

5. Taraa sampai dah Langkawi, kemudian dengan kereta sewa tu korang pergi lah mana-mana tempat menarik kat Langkawi tu.. 

6. Pilihan hotel kat sana memang sangat banyak la kan tetapi kalau macam admin suka malam yang meriah korang pilih la hotel di pantai chenang, kebanyakkannya tepi pantai dan harga pun berpatutan.

7. Tempat menarik yang korang boleh lawati di sana ialah :
  • Dataran Helang (tempat helang besaq tuh kalau pi langkawi tak singgah sini tak lengkap kot rasanya)
  • Pulau Beras Basah (salah satu destinasi untuk aktiviti island hoping)
  • Makam Mahsuri (admin lalu je sebab masuk kena bayar so macam tak berapa minat sangat lah nak pergi kubur yang berbayar)
  • Perusahaan Gamat (yang ni best sebab boleh tengok secara live macam mana dorang proses dan masak gamak tu)
  • Dinner cruise (kalau ada bajet lebih boleh la tempah naik cruise private yang ada di sekitar kawasan tu)
    tak pasal acu jadi model..hehe
  • Kalau ada bajet lebih lagi nak ke Pulau Koh Samui ke Phuket ke Koh Lipe ke yang kat Thailand tu pun boleh pergi daripada Langkawi.
  • Pantai Cenang
    pantai cenang
  • Kabel Car (yang ni mesti menarik sebab boleh nampak pemandangan seluruh pulau tetapi disebabkan gayat admin tak terfikir pun nak naik)
  • Tasik Dayang Bunting (Nak sangat pergi ni tetapi asyik tak sempat je, maybe next time)


the last but not least tempat wajib pergi ialah tempat shopping choclate dan periuk belanga la kan. Betul ke murah kat sana?..bagi admin ada benda yang murah ada yang sama je harga dengan kat KL tu so korang kena bijak lah buat pilihan. Macam Cokelat Ritter Spot fevret admin kat Langkawi baru RM5 sahaja kat KL Tesco jual RM11 beb..double dah tuh harganya. kalau beli online lagi lah mahal kan sekali postage lagi menangis...

8. Eh tempat menarik banyak lagi tau tetapi admin tak sempat explore semua lagi, so kalau dah sampai sana rajin-rajin la jalan... Macam-macam aktiviti menarik ada, island hoping ada snorkeling pakej ada (mahal sikit dari Pulau Perhentian) abseling ada, manrouve tour ada.. macam-macam la ada.

9. Pasal makan minum kat sini jangan risau sangat bagi admin boleh tahan murah la kalau korang tak demand makan mewah.. Famous kat sini nasi lemak kot sebab merata tempat orang jual nasi lemak. Nasi lemak paling best kat corner jalan apa ntah admin tak tahu nama jalan tapi memang terbaik nasi lemak daging pun RM1 je wei!..

10. Perkhidmatan feri terakhir jam 7 malam jadi pandai-pandai la bajet masa...dan pastikan gerak awal ke jeti feri sebab takut kadang feri lambat tertinggal train la kita nanti #jomcuticutimalaysia.

p/s : Nak affliate web agoda ke booking.com ke kena tulis pasal travel baru lah boleh letak iklan dorang kat blog kita...ntah ape-ape kan, orang nak tolong advertise banyak songeh pulak.. and actually aku re-writing dan copy gambar dalam tren je tau yang lain tuh semua my own pic... btw nanti i share contact number bos kete sewa yang terbaik kat situ eh... i pergi 1 family hari tu dapat sewa 1 avanza 1 vios untuk 4hari 3malam RM600 sahaja..berbaloi sebab kereta cantik dan baru servis owner terbaik!...(i tak dapat komisen pun ni tau) 

Comments

Popular posts from this blog

'Jaan Punching Bag'.. Kisah Realiti atau Fantasi?? Jom Rungkaikan Misteri

Ramai sangat lah yang kongsikan cerita 'Jaan Punching Bag' lately ni. Aku antara yang terawal baca kisah ni tetapi tak habis baca pun. Baca mula-mula macam semangat jugak lah tetapi makin lama aku rasa makin mengarut jer kisah dia.   Disebabkan aku ni kaki novel aku rasa cara penceritaan budak ni macam rekaan je pun ada macam fiksyen jer pun ada. Sebab macam tak boleh diterima akal jer ada ke wujud binatang bertopeng kan manusia seperti bapa Alisha dan bekas-bekas suami Alisha tu.. hurmmm So aku decide tak habiskan pembacaan aku sebab rasa mengarut sangat kot.  Sudahnya aku tutup je lah sebab macam tak menarik untuk ambil tahu. Lagipun ada 15 part untuk cerita ini sahaja. Part 1 pun dah panjang, inikan nak habis baca sampai part 15. Memang tak lah kan. Kagum dengan mereka yang gigih membaca sampai habis cerita ni. Ada yang kata tak logik, ada juga yang menangis selepas membacanya. Tetapi pagi ni masuk je ofis buka FB-ku viral lagi rupanya kisah ni ...

'Jaan Punching Bag' Kisah Penuh! (Full Story)

Penangan 'Jaan Punching Bag' hampir menengelamkan ke-suspen-an menunggu PC FatZura. Okay hari itu aku review pasal cerita ni yang aku rasa nonsense ada berlaku kat realiti kan.  Tapi sekarang aku rasa macam tak mustahil lak semua ni berlaku cuma ofcourse lah ditokok tambah sikit oleh penulis dan di olah sesedap rasa kan. Mana lah kita tau nasib semua orang kat dunia ni, mungkin ada yang tak bernasib baik macam dalam jalan cerita ni.  Cerita ni jadi viral sangat pun aku rasa sebab penulis guna modal 'Based On True Story' kalau dia tak mention gitu atau just post sebagai satu karya novel atau cerpen mampuih lah orang tak berminat pun nak baca pun. Agaknya la kot Btw posting ni aku share Full Story yang tak berapa nak full sebab start dari Ep. 3 tapi boleh la kan sebab ramai kata cerita sebenar dari penulis telah di delete. Nak bagi credit untuk penulis pun tak jumpa dah FB nya.  So harap penulisnya halalkan la perkongsian aku ni. Aku malas nak ...

[TERKINI] Menara Bergoyang Akibat kejadian Gempa Bumi yang berlaku di Indonesia pagi tadi

JAKARTA : Gempa bumi dengan kekuatan 6.5 skala Richter telah menggegarkan Jakarta Selatan, Indonesia hari ini,  CNN Indonesia  melaporkan. Gegaran selama 40 saat itu dirasai di Gedung Transmedia, Jalan Tendean, menyebabkan orang ramai yang berada di gedung berkenaan bertindak keluar untuk menyelamatkan diri Walau bagaimanapun tiada kerosakan mahupun kehilangan nyawa dilaporkan susulan gegaran berkenaan. Menurut laporan  Detik News , tiada amaran tsunami di sekitar Banten meskipun pusat gegaran itu berada 10 kilometer dari permukaan laut. Sumber :  Astro Awani
Lazada Malaysia