KPDNKK Buat Hal Lagi!... Apa Citer Pulak Kali Ni? Skip to main content

KPDNKK Buat Hal Lagi!... Apa Citer Pulak Kali Ni?




Rajin pulak la KPDNKK ni pergi serbu pusat beli-belah jual barangan tiruan!... adoiyai bukan ke public kata KPDNKK tak buat kerja apa cerita ni?....

Jom kita  terjah! (ala ala melodi la pulak)


KUALA LUMPUR – Aktiviti menyimpan dan menjual kasut serta selipar berjenama disyaki tiruan dibongkar lagi oleh  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Pembongkaran itu dibuat dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Wan Mhd Yusof W Taib berkata, serbuan melibatkan dua premis iaitu kedai dan stor.

Menurutnya, 1,255 pasang kasut berjenama dan 233 pasang selipar melibatkan jenama Adidas dan Reebok disyaki tiruan bernilai kira-kira RM31,825 dirampas ketika serbuan.

"Dalam serbuan pertama, 1,050 pasang kasut dan 233 pasang selipar telah dirampas, manakala dalam serbuan kedua, 205 pasang kasut,” katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati kedua-dua premis itu milik individu sama.

Katanya, modus operandi premis itu adalah membekalkan barangan tersebut di uptown dan pasar malam sekitar Lembah Klang. Menurutnya, barang disyaki tiruan itu diperoleh dari luar negara sebelum dijual secara borong.

“Kita telah merekod keterangan pemilik premis terbabit yang merupakan warga tempatan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Sumber :Sinar Harian 



Oh ada tindakan rupanya selama ni admin sendiri rasa kenapa lah banyak sangat barang tiruan kat pasaran. Penguatkuasa KPDNKK tak buat kerja ke

Kita tak tau KPDNKK ambil tindakan kalau media tak war-warkan kot... tapi tu tak bermakna mereka tak lakukan tugas mereka... ye dopp... ye la tak kan la semua operasi atau tindakan yang mereka ambil nak bagitau media ...jenuh la pulak..

pasal isu barang ori ke fake ni...Admin prefer beli barang ori kalau berkemampuan sebab kualiti memang jauh beza la....tapi kalau ada pilihan jenama tempatan comfirm admin support punya! #cintaibaranganbuatanmalaysia


P/s: Jika anda punyai sebarang aduan berkaitan kepenggunaan sila laporkan ke eaduan.kpdnkk.gov.my atau kini lebih mudah dengan muatturun aplikasi 'EZ ADU KPDNKK' di telefon pintar anda (pesanan penaja)

Comments

Popular posts from this blog

bawaku terbang....

dear diary.... u guys must think im going to post d lyrics or anything related to d fabulous cats song rite??..haha actuly rite now im counting out the time to go to sarawak ...weeee ^_^ my flight is going to b tomoro subuh but i will move from segamat at 2a.m tonite ...so i will not b able to post any blog for dis coming 4 days ...doakan saya selamat pergi dan balik ye kwn2!...insyallah

Lelaki Bangsat!

sekadar gambar hiasan bace dulu ni true story.... Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. FAIZUL, seorang doktor pakar jiwa...... ; Gadis : " Doktor , saya > merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya > memanggilnya lelaki > bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan > ada kalanya pula saya rasa > memang patut saya memanggil dia seperti > itu..." > > Doktor : "Hmm. > panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk > > seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab > tersendiri memangilnya > demikian. Ceritakanlah kpd > saya agar saya dapat membantu.." > > Gadis : "Ya memang > ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta > di tepi pantai.Dia pegang > tangan saya." > > Doktor : "Dia pegang > tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh. > > > Gadis : "Ya. seperti > yg doktor lakukan" ...
Lazada Malaysia