Macam Mana Nak Kenal Susu Enfalac ORIGINAL atau PALSU?... Baca selanjutnya... Skip to main content

Macam Mana Nak Kenal Susu Enfalac ORIGINAL atau PALSU?... Baca selanjutnya...

Belum pun reda isu viral mengenai susu formula bayi Enfalac A+ yang dikatakan tiruan dan membawa kemudaratan kepada bayi yang mengkonsumi susu tersebut, laman media sosial Enfagrow A+ Malaysia terus dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen.

Kebanyakannya mempersoalkan bagaimana susu tiruan tersebut dapat dikenal pasti agar mereka tidak tersalah bagi kepada bayi mereka. Dan pihak Enfagrow A+ Malaysia dengan rasa tanggungjawab memberi kenyataan rasmi mereka melalui laman rasmi FB Enfagrow A+ Malaysia seperti berikut :


Kepada ibu bapa sekalian,
Mead Johnson Nutrition bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat laporan susu formula palsu di Johor Bahru. Pemeriksaan yang di buat di pasaran yang dijalankan minggu lalu ini adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh MJN dari hasil siasatan syarikat.
Hasil pemeriksaan telah mengenalpasti sebilangan kecil produk yang disyaki di segelintir kedai runcit dalam kawasan geografi yang terhad di Skudai, Johor Bahru. Produk yang terlibat ialah Enfalac A+ Langkah 1 pek 1.8 kg (tiga pek foil dalam setiap kotak) - dan hanya dijual dalam sebilangan kecil kedai di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari. Pemeriksaan yang luas dalam pasaran telah mengesahkan bahawa produk palsu hanyalah di dapati dalam format pembungkusan 1.8 kg dan hanya di kesan dalam kawasan geografi yang terhad ini.
Dalam kerjasama yang kami jayakan bersama pihak berkuasa Malaysia, pemeriksaan di pasaran setakat ini hanya mendapati 210 pek tiruan, tetapi siasatan lanjut masih berterusan bertujuan menghapuskan produk tiruan sepenuhnya. Pihak berkuasa Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan siasatan secara aktif dalam operasi penghapusan susu tiruan dan memastikan pihak yang berkaitan akan didakwa dan dihukum sekeras-kerasnya oleh pihak yang berwajib.
Penyiasatan kami - dan pemeriksaan runcit baru-baru ini - menunjukkan bahawa insiden produk tiruan ini sangat rendah, tetapi kami ingin memastikan pengguna yakin dengan pek produk yang di beli. Cara paling mudah untuk mengenal pasti produk tiruan adalah memeriksa pek foil individu. Bungkusan Enfalac A+ Langkah 1 yang tulen kelihatan mempunyai lebih udara dalam pek. Manakala pek foil tiruan pula mempunyai udara yang kurang dan serbuknya lebih mampat. Bungkusan mempunyai lipatan tajam yang ketara di kedua-dua belah bahagian sisi nya, manakala lipatan tidak ada pada pek foil tulen, seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Sekiranya pengguna menemui pek Enfalac A+ Langkah 1 1.8 kg dengan lipatan tajam pada sisi bungkusan foil dalam produk yang dibeli, sila hubungi talian pelanggan careline Mead Johnson di talian 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad 9.00 pagi -9.00 malam) dengan segera untuk mendapat sokongan dan menerima produk gantian.
Sekiranya pengguna mempunyai produk Enfalac A+ Langkah 1 1.8 kg yang tidak lagi dalam bungkusan asal, mereka juga boleh menghubungi kami untuk mendapatkan produk gantian.

Walaupun telah diberi kenyataan dan penjelasan oleh pihak Enfagrow A+ Malaysia, Masih ramai ibu bapa yang ragu-ragu dan mempersoalkan ketulenan susu Enfalac A+ yang telah mereka beli di ruangan komen laman FB tersebut.

Admin kongsikan lagi beberapa gambar untuk kepastian dan pengesahan ketulenan susu Enfalac A+ yang mungkin anda miliki atau untuk rujukan anda sebelum melakukan pembelian di pasaraya atau kedai-kedai pengeluar susu tersebut. ( sumber daripada laman FB rasmi Enfagrow A+ Malaysia sendiri)

Cara paling mudah mengenal pasti samada susu tersebut ORI atau PALSU


tanda paling jelas adalah dengan lihat pembungkusan aluminium susu tersebut. Jika yang ORI (kanan) pembungkusannya jelas menunjukkan tiada garisan tajam di kedua-dua belah sisi pembungkus itu. Dan kandungannya sedikit kembung atau mengandungi udara manakala yang PALSU pembungkusan lebih leper.

PALSU
PALSU
PALSU

Yang ⬆ ni ciri-ciri dalam kotak. Mesti ada yang cakap tak kan kita nak kena beli dulu baru boleh pastikan susu tu tulen ke palsu kan,. Mana ada peniaga atau pekedai yang membenarkan pelanggan buka bungkusan sebelum kita bayar, betul tak... Okay tahu dah korang akan persoalkan benda ni.. admin kongsikan pula ciri-ciri yang boleh kita lihat sebelum beli atau sebelum kita bayar..

yang bertanda merah PALSU
Lihat pada gambar harimau di kotak itu terdapat perbezaan antara pembungkusan yang ORI dan PALSU. 


Contoh yang betul original ⬇

Lebih kembung dan kotaknya berilustrasi lebih simple dan straight fowerd

Walaupun dihujani dengan kecaman dan pelbagai reaksi panik netizen tetapi masih ada netizen yang berfikiran terbuka dan memahami situasi yang berlaku bukan salah Enfagrow A+ Malaysia sepenuhnya. 

Kesempatan ini diambil oleh penipu mungkin kerana harga susu tersebut yang agak tinggi di pasaran jadi ada pihak yang cuba mengaut keuntungan tanpa memikirkan isu keselamatan kepada pelanggan atau bayi yang minum susu tersebut khususnya.

Perkara ini boleh berlaku di mana sahaja atau pada apa jenama sekalipun selagi ada manusia yang mementingkan diri sendiri sahaja. Jika menurut kenyataan rasmi syarikat Enfagrow A+ Malaysia pelanggan tidak perlu risau kerana isu tersebut berlaku hanya di lokasi tertentu yang telah mereka kenal pastui sahaja. 

Namun jika anda dapati susu yang telah anda beli terdahulu adalah palsu anda boleh hubungi terus pihak Enfagrow A+ Malaysia untuk dapatkan produk gantian semula melalui talian pelanggan careline Mead Johnson di talian 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad 9.00 pagi -9.00 malam)

p/s : KPDNKK perlukan kerjasama syarikat pengeluar produk susu rumusan bayi bagi mengenal pasti barangan mereka dipalsukan melalui aduan - quoted from IG KPDNKK




















Comments

Popular posts from this blog

alwaysandforever~

dear diary.... i cant wait to finish the exam and back to kl... this 10th May he's going back to his country so i will send him to the airport,i was so touching by him because he willing to delay his flight ticket which suposely on 7th May (my last paper exam) just to meet me before he back to his home country bt actuly he already finish his exam today.. i know im gonna miss him a lot eventhough he just my history but he treat (dah btulkn spelling eror) me so good and give me so many unforgetable memories... p/s : thanxforbeingsuchagudfrenhubby.... i miss mr.A so much :(

shooting 4 drama + diner PGN

dear diary.... hi diary!!...long time didnt update the latest posting rite...hurm so ni aku nak cite la pasal even terbaru yg berlaku dlm idup ku selain hati pecah ...huhuhu las few days i was inviting to b an extra actress in the drama by my sis boy..woww! i was so excited cz it is opportunity 4 me to gain a new experience eventho dis not my thing actuly...the location were stated at lim kok wing U cyberjaya n it was my first time there and the place its absolutely great!! lots of hot n sexy guys n girl tho~fuhhh... i meet liyana jasmay, kamal(xkenal tp damn hot),zarina AF, hairi othman n few girl yg xtau name...actuly im 1 of liyana jasmay fan but since that day i do FUCK her..whuahuahua siyesly gedix lor pompuan ni sombong giler klu dgn crew2 lain mmg la die terggedix2 tp ngn other extra actor pandang pon x bkn nk kate senyum aisshhhh xbaek taw! i think maybe she underestimated people like 'us' o die bajet pemes(tp mmg pemes pon)hehe,1 of d extra actor degree holder ko...
Lazada Malaysia