KPDNKK Serbu Restoran Mamak Cekik Darah Caj Harga Kepala Ikan RM600! Skip to main content

KPDNKK Serbu Restoran Mamak Cekik Darah Caj Harga Kepala Ikan RM600!

Gambar sekadar hiasan





KUALA LUMPUR: Sebuah restoran mamak terkenal di Kuala Lumpur yang tular dengan kisah harga kari kepala ikan yang didakwa 'cekik darah', diserbu pihak berkuasa, Rabu.

Semakan mendapati, semangkuk kari kepala ikan yang dijual di premis tersebut berharga dari RM50 ke RM150 mengikut saiz.

Penolong Pengarah Unit Anti Pencatutan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Fredlee Sintau berkata, pemeriksaan dibuat mengikut Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Katanya, satu notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 kepada peniaga bagi mendapatkan maklumat berhubung butiran lanjut mengenai hidangan kegemaran ramai itu.

"Berdasarkan pemeriksaan, premis tersebut menunjukkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk kari kepala ikan.

"Bagaimanapun, kita menasihatkan peniaga supaya memaklumkan dengan lebih jelas penandaan harga dari segi saiz kepala ikan.

"Sebagai contoh, berapa harga untuk kari kepala ikan saiz kecil, sederhana dan besar. Penandaan harga lebih khusus ini untuk mengelakkan kekeliruan pengguna," katanya ketika ditemui mStar Online di premis berkenaan, Rabu.

Pemeriksaan sejak tengah hari Rabu itu melibatkan tujuh pegawai ibu pejabat KPDNKK di Putrajaya dan cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Fredlee berkata, siasatan masih dijalankan sementara menunggu maklum balas daripada peniaga kepada Bahagian Penguatkuasa KPDNKK.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan, untuk mengelakkan masalah itu daripada berlaku.

Selasa, mStar Online melaporkan makan malam dua buah keluarga di sebuah restoran mamak terkenal di Kuala Lumpur, hujung minggu lalu dikejutkan dengan harga kari kepala ikan yang didakwa terlalu mahal.


Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial pada Isnin, empat mangkuk kari kepala ikan merah yang dipesannya berjumlah RM600.

Ini bermakna setiap ketul kepala ikan berharga lebih kurang RM150, dan ia belum termasuk hidangan makanan dan minuman lain, menjadikan keseluruhan bil hampir RM1,000.

"Saya rasa caj yang dikenakan berlebihan. Saya ambil keputusan untuk tidak lagi ke restoran tu. Anda semua, sila berhati-hati," menurut ‘posting’ itu yang kini tular.

Pengadu, Faudzy Asrafudeen Sayed Mohamed, 56, ketika dihubungi mStar Online berkata, dia tidak menyangka harga makanan di restoran mamak tersebut semahal itu.

Katanya, ini bukan pertama kali dia makan kari kepala ikan di restoran mamak dan menjelaskan harga yang biasa dikenakan kepada pelanggan adalah antara RM50 dan RM80 semangkuk.

"Saya memang tak tengok menu sebab biasanya tahu purata harga yang nak dibayar. Walaupun dah ada bajet, tapi terkejut bila tengok harga kepala ikan macam tu," katanya.

Rata- rata netizen melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan oleh restoran tersebut.



ARTIKEL BERKAITAN: Kepala Ikan RM600: “Lain Kali Tengok Harga Dulu!”

Sumber : MStar

Comments

Popular posts from this blog

bawaku terbang....

dear diary.... u guys must think im going to post d lyrics or anything related to d fabulous cats song rite??..haha actuly rite now im counting out the time to go to sarawak ...weeee ^_^ my flight is going to b tomoro subuh but i will move from segamat at 2a.m tonite ...so i will not b able to post any blog for dis coming 4 days ...doakan saya selamat pergi dan balik ye kwn2!...insyallah

Lelaki Bangsat!

sekadar gambar hiasan bace dulu ni true story.... Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. FAIZUL, seorang doktor pakar jiwa...... ; Gadis : " Doktor , saya > merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya > memanggilnya lelaki > bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan > ada kalanya pula saya rasa > memang patut saya memanggil dia seperti > itu..." > > Doktor : "Hmm. > panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk > > seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab > tersendiri memangilnya > demikian. Ceritakanlah kpd > saya agar saya dapat membantu.." > > Gadis : "Ya memang > ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta > di tepi pantai.Dia pegang > tangan saya." > > Doktor : "Dia pegang > tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh. > > > Gadis : "Ya. seperti > yg doktor lakukan" ...
Lazada Malaysia