Ibu Bapa Yang Susu kan Anak Mereka Dengan Susu Jenama Enfalac A+, Baca Amaran Ibu Malang Ini!... Skip to main content

Ibu Bapa Yang Susu kan Anak Mereka Dengan Susu Jenama Enfalac A+, Baca Amaran Ibu Malang Ini!...


ENFALAC A+ TIRUAN
Semalam Allah bagi petunjuk kepada persoalan saya selama 2 bulan lebih.
Ini bukan silap Mead Johnson, saya faham. Saya telah pon melaporkan kejadian anak saya kepada mereka hari ini. Tapi saya harap;

Mead Johnson Malaysia dan pihak KPDNKK telus untuk membanteras sekaligus menyalurkan maklumat untuk membezakan susu tiruan ni sebab ini untuk mendidik kita sebagai ibu bapa supaya tidak terus ditipu.

Sedia untuk berkongsi maklumat keputusan kandungan susu tiruan dari jabatan kimia nanti.
Oktober 2017, Anak saya, Mikael keluar masuk hospital, ingat lagi kan? Warded lebih 2 minggu. Punca masih tidak diketahui sehinggalah berita tentang susu tiruan semalam.
Mikael bermula dengan muntah-muntah sehingga 9 kali dalam sehari. Kenapa sampai 9 kali, saya biar sahaja ke? Saya monitor dari rumah (kalau boleh nak elakkan ke hospital), dengan harapan & doa, Mikael akan reda dari muntah tapi tidak.
*Saya bersyukur saya rekod & ambil gambar, sebab nak update husband saya yang jauh dari kami*
Tengahari tu, muka & badan Mikael dah start kemerah-merahan & panas. Setiap kali keluar merah2 tu, saya mandikan dia. Demam on off.
Menjelang jam 3pm, Mikael dah lembik, terbaring, susu pon dia taknak minum. Jadi, saya tak fikir panjang, terus bergegas ke hospital terdekat.
Wallahi, langsung tak suspect disebabkan susu, doktor pon interview saya, hanya bertanya apa makanan tambahan (solid food) yang saya bagi pada Mikael, atau ada tak Mikael termakan apa2 sahaja dari persekitaran dalam rumah (since dia dah merangkak ke sana sini-puas fikir, saya takde jawapan).
Doktor terpaksa tahan Mikael di wad, sebab dehydration dan untuk pemeriksaan lanjut.
Masuk ke wad, dah drip, Mikael langsung taknak susu atau makan.
Next, Mikael dah start cirit-birit. Najisnya, seumur hidup saya, itu yang paling busuk saya pernah hidu. Sangat busuk sehingga nurse tak dapat tahan baunya sewaktu proses nak ambil sampel najis untuk ujian makmal. Mikael cirit-birit 11 kali pada haritu.
Pelbagai ujian dibuat, termasuk alergik test, result semua ok utk Mikael, takde apa-apa alergik.
Setiap najis diambil untuk ujian, namun doktor masih tiada jawapan utk punca.
Selama di hospital, Mikael masih cirit-birit dan demam on off, merah-merah di seluruh muka & badan sekejap ada sekejap hilang.
Kemuncaknya, selepas seminggu, Mikael dah mula berak berdarah. Doktor decide dgn prosedur antibiotik. Saya sebagai ibu akur, walaupun berat hati ni, nak masukkan macam2 ubat dekat Mikael yang masih baby.
Oh ya, sepanjang di hospital, saya tak bagi Mikael apa-apa solid food (ye lah, doktor suspect mungkin alergik dari makanan tambahan) TAPI Mikael still minum susu Enfalac😭
Yelah, siapa sangka susu ada yang tiruan, lagipon Mikael bukan baru minum susu tu, dah beberapa bulan sebelum tu.
Selepas 2 minggu lebih, sebab punca masih tak diketahui, Mikael dah nampak sedikit aktif, saya minta untuk discharged.
Balik rumah, dah ada perubahan pada Mikael, way more better (sebab susu Enfalac pon dah beli pack baru (beli dari kedai lain), yang beli sebelum tu dah habis-HABIS saya bagi dia minum😩).
Yang tanya, saya beli dari mana, saya tak dapat nak nyatakan kat sini, sebab pihak Mead Johnson sedang menyiasat rangkaian kedai serbaneka berkenaan di sekitar Selangor ni. Kita tunggu jawapan dari mereka nanti.
Cuma nasihat saya, ibu2 yang masih nak teruskan anak dengan susu ni, boleh beli dari AEON & TESCO dulu, elakkan beli dari kedai-kedai ubat atau kedai rangkaian serbaneka buat sementara waktu sehingga mereka istiharkan isu ini selesai.


Untuk saya, saya dah tukarkan Mikael dgn susu lain selepas pengalaman pahit ni. Untuk parents, kalau anak-anak kita ada tanda-tanda macam saya sebutkan di atas, cepat-cepat bawak anak anda ke hospital. Saya doakan anak2 kita dielakkan dari terus menjadi mangsa.
Kesan dari susu tiruan ini, Mikael masih recover dari kemerahan di muka & badan. Saya yakin ada bahan aktif dalam susu tiruan yang belum betul-betul discharge dari badan dia. InshaaAllah slowly. Mohon doa dari semua jugak untuk Mikael.

p/s : Semoga adik Mikael cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala. Kita harap pihak KKM atau KPDNKK ambil tindakan secepat mungkin sebelum lebih ramai lagi bayi yang menjadi mangsa susu TIRUAN.
Sumber : FB Seila Nawi

Comments

Popular posts from this blog

bawaku terbang....

dear diary.... u guys must think im going to post d lyrics or anything related to d fabulous cats song rite??..haha actuly rite now im counting out the time to go to sarawak ...weeee ^_^ my flight is going to b tomoro subuh but i will move from segamat at 2a.m tonite ...so i will not b able to post any blog for dis coming 4 days ...doakan saya selamat pergi dan balik ye kwn2!...insyallah

Lelaki Bangsat!

sekadar gambar hiasan bace dulu ni true story.... Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. FAIZUL, seorang doktor pakar jiwa...... ; Gadis : " Doktor , saya > merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya > memanggilnya lelaki > bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan > ada kalanya pula saya rasa > memang patut saya memanggil dia seperti > itu..." > > Doktor : "Hmm. > panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk > > seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab > tersendiri memangilnya > demikian. Ceritakanlah kpd > saya agar saya dapat membantu.." > > Gadis : "Ya memang > ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta > di tepi pantai.Dia pegang > tangan saya." > > Doktor : "Dia pegang > tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh. > > > Gadis : "Ya. seperti > yg doktor lakukan" ...
Lazada Malaysia