[ALERT!] 16 Lagi Susu PALSU Dikesan Di Johor!... Ibubapa Tolong Alert Skip to main content

[ALERT!] 16 Lagi Susu PALSU Dikesan Di Johor!... Ibubapa Tolong Alert

KPDNKK Johor menerima 16 aduan baru susulan daripada pendedahan rampasan susu rumusan bayi berjenama yang disyaki tiruan pada 10 Disember lalu.

Pengarah KPDNKK Johor, Khairul Anwar Bachok berkata, aduan terbabit adalah berkaitan keraguan dan kecurigaan ibu bapa atau pengguna tentang produk susu jenama berkenaan yang dibeli mereka selepas pendedahan itu dibuat.

Beliau berkata, semua aduan itu diterima sehingga semalam membabitkan sembilan aduan di Johor Bahru, enam di Pontian dan satu di Batu Pahat.

"Kita menerima aduan daripada ibu bapa yang mungkin meragui pek susu yang dibeli kerana sebelum ini kita juga sudah mendedahkan perbezaan pek asli dan tiruan.

"Ada juga ibu bapa yang membuat aduan apabila anak mereka menunjukkan simptom tidak sihat selepas penggunaan susu jenama berkenaan.

"Susulan aduan yang diterima, kita sudah menjalankan siasatan dan membuat 16 pemeriksaan di pelbagai jenis premis berdasarkan aduan yang dibuat.

"Tiada sebarang rampasan dibuat, namun semua sampel susu yang disyaki tiruan itu diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika sidang media selepas lawatan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas (SKHMPK) 2017 di Pasaraya Econsave, Senai, Johor, hari ini.

Khairul Anwar berkata, pihaknya menyeru kepada ibu bapa yang meragui susu rumusan jenama berkenaan boleh membuat aduan ke mana-mana pejabat KPDNKK seluruh negeri.

Menurut beliau, KPDNKK akan menjalankan proses siasatan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, manakala pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengambil tindakan mengikut undang-undang yang ada.

"Dari segi peniaga, itu di bawah KPDNKK dan jika didapati bersalah, kita akan mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, manakala dari segi kandungan susu rumusan bayi berkenaan, ia di bawah tindakan KKM.

"Dijangka minggu depan, keputusan makmal berhubung kandungan susu yang dirampas sebelum ini akan dikeluarkan pihak Jabatan Kimia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairul Anwar mengingatkan peniaga supaya mematuhi SKHMPK 2017 yang berlansung selama lima hari sehingga Rabu ini.

Beliau menasihatkan semua peniaga supaya meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas 11 barangan harga kawalan bagi membezakan dengan barangan lain.

p/s :Makin banyak susu tiruan dikesan di pasaran, rasanya pihak pengeluar dah patut ambil langkah bertanggungjawab dengan mendedahkan ciri-ciri susu palsu dengan lebih jelas supaya tidak ada lagi pengguna yang keliru. Betulkah kes ini cuma berlaku di Johor? ibubapa TOLONG ALERT DAN BUAT ADUAN di KPDNKK cepat jika kesan susu palsu!!

Sumber : Berita TV3

MeadJohnson patut ikuti langkah Nestle perkenalkan kepada public perbezaan ketara pada susu FAKE!... 
Harga susu tu bukan murah wei 

Artikel berkaitan : Cara Kenal Susu Enfalac PalsuSeorang Ibu Kongsi Pengalaman Anaknya Minum Susu Palsu

Comments

Popular posts from this blog

alwaysandforever~

dear diary.... i cant wait to finish the exam and back to kl... this 10th May he's going back to his country so i will send him to the airport,i was so touching by him because he willing to delay his flight ticket which suposely on 7th May (my last paper exam) just to meet me before he back to his home country bt actuly he already finish his exam today.. i know im gonna miss him a lot eventhough he just my history but he treat (dah btulkn spelling eror) me so good and give me so many unforgetable memories... p/s : thanxforbeingsuchagudfrenhubby.... i miss mr.A so much :(

shooting 4 drama + diner PGN

dear diary.... hi diary!!...long time didnt update the latest posting rite...hurm so ni aku nak cite la pasal even terbaru yg berlaku dlm idup ku selain hati pecah ...huhuhu las few days i was inviting to b an extra actress in the drama by my sis boy..woww! i was so excited cz it is opportunity 4 me to gain a new experience eventho dis not my thing actuly...the location were stated at lim kok wing U cyberjaya n it was my first time there and the place its absolutely great!! lots of hot n sexy guys n girl tho~fuhhh... i meet liyana jasmay, kamal(xkenal tp damn hot),zarina AF, hairi othman n few girl yg xtau name...actuly im 1 of liyana jasmay fan but since that day i do FUCK her..whuahuahua siyesly gedix lor pompuan ni sombong giler klu dgn crew2 lain mmg la die terggedix2 tp ngn other extra actor pandang pon x bkn nk kate senyum aisshhhh xbaek taw! i think maybe she underestimated people like 'us' o die bajet pemes(tp mmg pemes pon)hehe,1 of d extra actor degree holder ko...
Lazada Malaysia