Berlian Thought Skip to main content

Posts

Minyak Naik Lagi!? Harga Petrol Terkini 23hb Feb - 1 Mac 2019

Dijangkakan ada sedikit kenaikan harga untuk Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel. Apapun sila tunggu pengumuman rasmi dari  KPDNHEP   pada petang ini. "akan dikemaskini pada setiap hari Jumaat, jam 6.00 petang" Ramalan Harga minyak 23 Februari - 1 Mac 2019 RON95:  RM 2.08 (naik 10 sen ) RON97:  RM 2.38 (naik 10 sen) DIESEL:  RM 2.18 (kekal) P/s : Peniaga jangan berani menaikkan harga guna alasan minyak naik ye, hari tu minyak turun tak de pun turunkan harga kan... *Amaran keras! 

Trip Krabi 2019 Bajet Bawah RM700, Siap Villa Ada Pool dan Tiket Flight Lagi

Antara destinasi percutian bajet yang korang boleh pergi tentulah Krabi Thailand. Walaupun luar negara tetapi bagi aku bajet perbelanjaannya lebih kurang je dengan percutiaan dalam Malaysia. Ini bukan bermaksud aku tak sokong 'Cuti-Cuti Malaysia' hurm ikut bajet dan citarasa masing-masing la ye.. Tak nak cakap lebih aku kongsikan itenari sepanjang 4H 3M aku kat sana. TIKET FLIGHT Aku plan tak da la awal sangat untuk dapat harga RM105 pergi-balik ke Krabi kira rezeki la kot. lagipun murah mungkin sebab timing flight yang tak berapa cun.  Aku terbang 10hb Feb jam 1700, balik 13 Feb jam 0825 . So sebab tu la kot murah masa pergi je dah rugi sebab cek in hotel lambat balik pulak kena cek out awal kan... Terpulang lah mana 'preferences' uolz. AIRPORT SHUTTLE Hasil daripada bacaan ku di blog-blog travel krabi terjumpa lah aku laman book teksi airport secara online. www.krabishuttle.com... harga lebih kurang je kalau book dari airport pun 500-600 BAHT . Kalau...

Harga Petrol Terkini Minggu ke-2 Feb 2019

Walaupun bertukar nya tampuk kepimpinan negara kita. Namun kerajaan PH memilih untuk mengekalkan mekanisme pengumuman harga petrol di Malaysia secara mingguan cuma hari perlaksanaan sahaja yang bertukar Yang mana sebelum ini diumumkan pada setiap hari Rabu. Tetapi sekarang ianya bertukar pada setiap Hari Jumaat. Kerajaan mana pun yang memimpin negara kita admin pasti harapan rakyat Kerajaan dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dan mengutamakan kesejahteraan rakyat melebihi kepentingan sendiri atau politik. Setuju? Dijangkakan ada sedikit kenaikan harga untuk Petrol RON 95, RON 97 dan Diesel. Apapun sila tunggu pengumuman rasmi dari  KPDNHEP   pada petang ini. "akan dikemaskini pada setiap hari Jumaat, jam 5.00 petang" Ramalan Harga minyak 9-15 Februari 2019 RON95:  RM 1.97 (naik 4 sen ) RON97:  RM 2.27 (naik 4 sen) DIESEL:  RM 2.17(kekal) P/s : Peniaga jangan berani menaikkan harga guna alasan minyak naik ye, hari tu minyak tur...

Tukar Dekorder Astro Anda Kepada Njoi Pada Harga RM15.90 sahaja Seumur Hidup!!

Kos sara hidup yang makin meningkat sekarang ni buat bayaran bil Astro dah jadi membebankan. Walhal atas kekangan waktu kerja kebanyakkan kita hanya tonton tv pada belah malam sahaja. Lagi lagi dengan perkembangan teknologi sekarang ini siaran tv juga boleh di tonton melalui telefon pintar masing-masing je kan. So bayar Astro buat apa? Saja amal jariah ek.. marah pulak Astro dengan aku nanti Ya betul paling paling jimat potong Astro dan pakai aerial tv biasa je. Ok tapi ni bagi mereka yang masih inginkan siaran tv yang cantik tapi pada harga yang sangat berpatutan boleh teruskan baca artikel ni. Bagi mereka yang harddiefan Astro pun dah boleh angkat kaki la. *Disclaimer ini bukan iklan berbayar ye kawan-kawan dan aku juga bukan promoter njoi atau sedare mare aku ada keje njoi ke ape. Aku cuma share info dengan harapan dapat bantu korang semua jimatkan perbelanjaan bulanan. Ok mula cerita pasal njoi sikit. Sebelum ni ada je aku terserempak dengan promoter njoi di shoping mall a...

"Tiada Gadis 'Hot' Sepertinya!" - kata Teman Lelaki Lisa si Lipas Afrika

Kebiasaanya kita tahu ada orang di sesetengah negara lain yang jenis makan makanan eksotik atau serangga kan?... Tu tak pelik sangat  Apa yang peliknya jadi di negara Jepun Yuma Shinohara, 25 tahun membuat pengakuan yang dia telah menjalankan hubungan bersama seekor lipas.  Malah dia juga mengakui yang serangga itu adalah cinta pertamanya. Menerusi temuramah bersama Asian Boss, Yuma membeli seekor lipas ternakan dari Afrika yang kemudian  menamakannya Lisa. Yuma berkata hubungannya bersama 'Lisa bersifat platonik yang membuatkan dia mempunyai fantasi untuk mengadakan hubungan intim bersama, sama ada Lisa yang bersaiz kecil ataupun bersaiz manusia. Malah menurutnya tiada gadis lain yang lebih 'hot' seperti Lisa dan hubungan dengannya adalah 100% serious. Namun tak tahu bagaimana definasi cinta bagu Yuma kerana dia juga mengakui dia adalah seorang entomophagist. Ia adalah satu kelaziman untuk memakan lisa sebaik haiwan itu mati. Dia turut melahi...

Wanita Mirip Emma Maembong Di Celah Kangkang Abang Menteri??...

DUNIA hiburan dikejutkan dengan penyebaran imej tidak bertudung mirip dua selebriti popular iaitu Fathia Latiff dan Emma Maembong. Belum reda angin yang bertiup kencang mengenai artis sensasi Fathia Latiff hari ni giliran Emma Maembong pulak jadi perhatian netizen. Ia dimulakan dengan sebuah video pada Ahad apabila individu mirip Fathia sedang berkaraoke di sebuah kafe tersebar di internet. Video berdurasi satu minit memperlihatkan seorang wanita berambut pendek menyanyi bersama seorang lelaki yang juga pelanggan kafe tersebut. Malah beberapa keping foto yang tersebar itu dipercayai Fathia, pelakon telefilem Kipas Belum Mati. Fathia bagaimanapun, enggan mengulas perkara berkenaan. Sementara itu, pada pagi Isnin pula kejutan kedua berlaku apabila dua foto dipercayai pelakon Emma Maembong bersama kekasihnya yang mirip abang kepada Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq Dyed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah menjadi perhatian netizen.Emma Maembong ke tu? Pasangan yang dik...

[VIDEO] Bagaimana Lepaskan Diri Anda Daripada Kereta Yang Menjunam Ke Dalam Air??.

Baru-baru ini negara kita di gemparkan dengan kemalangan maut yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang.  Dalam kejadian jam 2.40 pagi Ahad lalu, pemandu SUV putih, Moey Yun PENG 20 maut selepas kenderaan dipandunya terjunam ke dalam laut akibat kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang.  Selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan, mayat mangsa dan kenderaannya berjaya dinaikkan menggunakan kren jam 5.50 petang 22 haribulan yang lepas. Kejadian ini mungkin dapat dielakkan jika pemandu mempunyai ilmu bagaimana ingin melepaskan diri ketika kenderaan yang dinaiki terjunam ke dalam air. Dengan masa yang amat singkat anda perlu fikir dengan cepat tindakan yang perlu diambil bagi menyelamatkan diri anda. Berikut antara langkah mudah yang boleh anda ambil jika mengahadapi situasi kecemasan tersebut :- 1. Sebaik sahaja kereta terjunam ke dalam air, lepaskan tali pinggang keledar yang anda pakai secepat mungkin. 2. Bergerak ke bah...
Lazada Malaysia