Berlian Thought Skip to main content

Posts

Bukan Daging Babi, Tapi Daging Kerbau la "Lembu"!

KPDNKK Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis berhubung dakwaan seorang suri rumah bahawa daging yang dibeli suaminya dikhuatiri daging babi. Ketua penguatkuasaannya, Wan Mohd Yusof Taib berkata pemeriksaan di Selayang itu dibuat oleh empat pegawainya yang turut disertai pengadu pagi sehingga tengah hari rabu. Katanya keterangan peniaga dan pengadu telah dirakamkan dan sampel daging di premis tersebut diambil untuk pemeriksaan. “Bagaimanapun, sampel daging yang diambil di gerai peniaga itu bukan daging babi tapi daging kerbau. Menurut keterangan peniaga daging yang dijual di premis itu adalah daging kerbau beku yang diimport dari india. Peniaga turut mengemukakan resit pembelian daging yang dibeli daripada pemborong. Sampel daging di premis peniaga akan dihantar untuk pemeriksaan pakar bagi mengesahkan sama ada Ia mengandungi kandungan atau campuran daging babi” katanya. Kisah ini tular apabila pengadu, Mazliana Abdul Manap. 35 pada...

Secret Admirer?... #ThePowerofGIVING

Previously from  My ig  post i wanna reveal who gave this present to me yesterday right? Sorry for the late update... ... purposedly done actually, so that u guys can keep visiting my blog.. hehehe (brilliant strategy isnt it) lol jz kidding.. .. Who gave it to me?? .. Guess Who?? lol Actually its present from..... The Boss! (i'm such a drama queen isnt it lol :P )   haha  Why she gave this present to me??  because she said to recognize and appreciate my contribution and commitment on special task that she assigned to me to handle it by my own (some sort of Project Manager role) . and its done SUCCESSFULLY!  so to motivate me doing work excellently in the future she gave me those present. thats it   No i'm not try to embrace myself.. actually i'm telling u this because to show u the Power of GIVING or a.k.a 'SEDEKAH' Early on before...  i bought nasi lemak for all my collegue just for the sake of 'SEDEKAH' a...

Dah Men'cekik' 17 Orang Hindangan 4 Mangkuk Kari Kepala Ikan, Tak Nak Bayar Ker? #tanyajer

Foto NSTP Kuala Lumpur : Harga kari kepala ikan RM600 yang didakwa ‘cekik darah’ di sebuah restoran nasi kandar terkenal di ibu kota yang tular sebelum ini adalah hidangan empat kepala ikan bersaiz XL untuk dihidangkan kepada 17 orang. Ia berdasarkan siasatan awal sepasukan pegawai Unit Anti Pencatutan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di restoran nasi kandar terbabit selepas menerima laporan. Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Datuk Roslan Mahyuddin berkata, semakan mendapati semangkuk kari kepala ikan yang dijual di restoran nasi kandar terbabit berharga dari RM50 ke RM150 mengikut saiz iaitu S, M, L dan XL. Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan, pihaknya mendapati premis berkenaan meletakkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk kari kepala ikan. “Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai (harga mengikut) saiz kepala ikan atau gambar yang jelas menunjukkan perb...

'Jaan Punching Bag'.. Kisah Realiti atau Fantasi?? Jom Rungkaikan Misteri

Ramai sangat lah yang kongsikan cerita 'Jaan Punching Bag' lately ni. Aku antara yang terawal baca kisah ni tetapi tak habis baca pun. Baca mula-mula macam semangat jugak lah tetapi makin lama aku rasa makin mengarut jer kisah dia.   Disebabkan aku ni kaki novel aku rasa cara penceritaan budak ni macam rekaan je pun ada macam fiksyen jer pun ada. Sebab macam tak boleh diterima akal jer ada ke wujud binatang bertopeng kan manusia seperti bapa Alisha dan bekas-bekas suami Alisha tu.. hurmmm So aku decide tak habiskan pembacaan aku sebab rasa mengarut sangat kot.  Sudahnya aku tutup je lah sebab macam tak menarik untuk ambil tahu. Lagipun ada 15 part untuk cerita ini sahaja. Part 1 pun dah panjang, inikan nak habis baca sampai part 15. Memang tak lah kan. Kagum dengan mereka yang gigih membaca sampai habis cerita ni. Ada yang kata tak logik, ada juga yang menangis selepas membacanya. Tetapi pagi ni masuk je ofis buka FB-ku viral lagi rupanya kisah ni ...

Konstabel Polis "BAPAK AYAM" Antara Dalang Dalam Sindiket Pelacuran! Sesuai lah Dengan Pepatah Seekor Kerbau Membawa Lumpur Semuanya Terpalit

Sumber gambar  My Metro Seorang anggota polis dan enam individu yang dipercayai 'bapa ayam' dalam sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp ditahan dalam serbuah di sebuah hotel dan kondominium di Klang dan Setia Alam, malam semalam, lapor  Harian Metro .  Anggota polis berusia 26 tahun itu bertugas di cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Serdang itu ditahan ketika cuba bersembunyi  di kondominium berkenaan.  Ketika serbuan dilakukan, polis juga menemui pakaian seragam anggota berkenaan serta peralatan menghisap syabu.  "Seorang wanita Indonesia yang juga pelacur dan mengaku teman wanita anggota polis itu turut ditahan di kondominium sama," katanya.  Difahamkan, sindiket itu mengiklankan pelacur sebagai gadis dari negara ini bagi menarik minat pelanggan.  Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan mengesahkan kes itu dan berkata, operasi polis bermula jam 6...

KPDNKK Serbu Restoran Mamak Cekik Darah Caj Harga Kepala Ikan RM600!

Gambar sekadar hiasan KUALA LUMPUR:  Sebuah restoran mamak terkenal di Kuala Lumpur yang tular dengan kisah harga kari kepala ikan yang didakwa 'cekik darah', diserbu pihak berkuasa, Rabu. Semakan mendapati, semangkuk kari kepala ikan yang dijual di premis tersebut berharga dari RM50 ke RM150 mengikut saiz. Penolong Pengarah Unit Anti Pencatutan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Fredlee Sintau berkata, pemeriksaan dibuat mengikut Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011. Katanya, satu notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 kepada peniaga bagi mendapatkan maklumat berhubung butiran lanjut mengenai hidangan kegemaran ramai itu. "Berdasarkan pemeriksaan, premis tersebut menunjukkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk kari kepala ikan. "Bagaimanapun, kita menasihatkan peniaga supaya memaklumkan dengan lebih jelas penan...

Harga Minyak Terkini RM 2.50 selitre??... OMG!!

KUALA LUMPUR: Kerajaan berjanji akan bertindak jika harga petrol RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter selama 3 bulan berturut-turut. Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan mengenal pasti “tindakan sewajarnya” untuk mengurangkan kesan kenaikan harga bahan api, jika harga runcit RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama 3 bulan. Katanya, langkah itu tidak akan membebankan rakyat, selain memastikan kadar inflasi terkawal dalam jangka sederhana serta panjang. RON95 kini dijual pada harga RM2.38 seliter, selepas kenaikan 7 sen daripada minggu lepas. Harga diesel naik 5 sen kepada RM2.25 seliter. “Kerajaan prihatin dan memahami kesan kenaikan harga minyak mentah global yang kini melebihi AS$60 (RM250) setong. “Pada masa ini, kerajaan sudah melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi produk petroleum mengikut trend kenaikan atau penurunan harga minyak mentah dunia. “Langkah ini berjaya mengurangkan ketirisan dan mema...
Lazada Malaysia