Konstabel Polis "BAPAK AYAM" Antara Dalang Dalam Sindiket Pelacuran! Sesuai lah Dengan Pepatah Seekor Kerbau Membawa Lumpur Semuanya Terpalit Skip to main content

Konstabel Polis "BAPAK AYAM" Antara Dalang Dalam Sindiket Pelacuran! Sesuai lah Dengan Pepatah Seekor Kerbau Membawa Lumpur Semuanya Terpalit


Sumber gambar My Metro


Seorang anggota polis dan enam individu yang dipercayai 'bapa ayam' dalam sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp ditahan dalam serbuah di sebuah hotel dan kondominium di Klang dan Setia Alam, malam semalam, lapor Harian Metro. 

Anggota polis berusia 26 tahun itu bertugas di cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Serdang itu ditahan ketika cuba bersembunyi  di kondominium berkenaan. 

Ketika serbuan dilakukan, polis juga menemui pakaian seragam anggota berkenaan serta peralatan menghisap syabu. 

"Seorang wanita Indonesia yang juga pelacur dan mengaku teman wanita anggota polis itu turut ditahan di kondominium sama," katanya. 

Difahamkan, sindiket itu mengiklankan pelacur sebagai gadis dari negara ini bagi menarik minat pelanggan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan mengesahkan kes itu dan berkata, operasi polis bermula jam 6.15 petang kelmarin berjaya menahan tiga wanita warga Indonesia dan dua lelaki warga tempatan ditahan di sebuah hotel, manakala dua lagi individu masing-masing lelaki warga tempatan dan wanita warga Indonesia ditahan di sebuah kondominium di Setia Alam. 

Serbuan yang dilakukan bersama pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut menyerbu tiga bilik di hotel berkenaan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan, manakala JAIS menjalankan siasatan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 untuk kes tangkapan kedua itu. 

Warga tempatan yang ditahan itu direman selama empat hari mulai hari ini, manakala warga asing 14 hari bagi membantu siasatan. 


Sumber : The Reporter

p/s : Bagi admin ni bukan spesis kerbau lagi dah ni, ni namanya LEMBU. Amanah yang rakyat berikan jangan lah disalah guna. Ni la dia orang yang cemerlang masa interview kerja dapat masuk polis tapi tak reti hargai peluang yang dah dapat (erkkk tiber!....) Menjawab la kat akhirat nanti kalau kalau tak reti taubat dan insaf lagi... Buat rakyat hilang respek jer nanti ni.....Kesian dekat abam Polis lain yang JUJUR dan AMANAH. Tapi tak pe asalkan kita sentiasa lakukan tugas kita dengan amanah, #kipidap

Comments

Popular posts from this blog

bawaku terbang....

dear diary.... u guys must think im going to post d lyrics or anything related to d fabulous cats song rite??..haha actuly rite now im counting out the time to go to sarawak ...weeee ^_^ my flight is going to b tomoro subuh but i will move from segamat at 2a.m tonite ...so i will not b able to post any blog for dis coming 4 days ...doakan saya selamat pergi dan balik ye kwn2!...insyallah

Lelaki Bangsat!

sekadar gambar hiasan bace dulu ni true story.... Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. FAIZUL, seorang doktor pakar jiwa...... ; Gadis : " Doktor , saya > merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya > memanggilnya lelaki > bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan > ada kalanya pula saya rasa > memang patut saya memanggil dia seperti > itu..." > > Doktor : "Hmm. > panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk > > seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab > tersendiri memangilnya > demikian. Ceritakanlah kpd > saya agar saya dapat membantu.." > > Gadis : "Ya memang > ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta > di tepi pantai.Dia pegang > tangan saya." > > Doktor : "Dia pegang > tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh. > > > Gadis : "Ya. seperti > yg doktor lakukan" ...
Lazada Malaysia