Dah Men'cekik' 17 Orang Hindangan 4 Mangkuk Kari Kepala Ikan, Tak Nak Bayar Ker? #tanyajer Skip to main content

Dah Men'cekik' 17 Orang Hindangan 4 Mangkuk Kari Kepala Ikan, Tak Nak Bayar Ker? #tanyajer


Foto NSTP

Kuala Lumpur : Harga kari kepala ikan RM600 yang didakwa ‘cekik darah’ di sebuah restoran nasi kandar terkenal di ibu kota yang tular sebelum ini adalah hidangan empat kepala ikan bersaiz XL untuk dihidangkan kepada 17 orang.

Ia berdasarkan siasatan awal sepasukan pegawai Unit Anti Pencatutan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di restoran nasi kandar terbabit selepas menerima laporan.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Datuk Roslan Mahyuddin berkata, semakan mendapati semangkuk kari kepala ikan yang dijual di restoran nasi kandar terbabit berharga dari RM50 ke RM150 mengikut saiz iaitu S, M, L dan XL.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan, pihaknya mendapati premis berkenaan meletakkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk kari kepala ikan.

“Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai (harga mengikut) saiz kepala ikan atau gambar yang jelas menunjukkan perbezaan antara harga setiap saiz kepala ikan itu.



“Dengan gambar yang jelas, pelanggan tidak akan keliru ketika membuat pembelian,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya, pihaknya turut mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kepada restoran itu bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai hidangan itu.

“Mereka diberi tempoh 10 hari untuk menghantar maklumat lanjut itu kepada kami.

“Mengenai gambar yang tular itu, saya kesal kerana pelanggan berkenaan hanya memuat naik gambar resit untuk hidangan empat kepala ikan yang dicaj RM600. Ia seolah- olah hidangan untuk seorang saja sebaliknya dalam keadaan sebenar, ia hidangan untuk 17 orang,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga dipamerkan sebelum mengambil makanan bagi mengelakkan masalah sama berlaku.

Sebelum ini media melaporkan, makan malam dua keluarga di sebuah restoran nasi kandar terkenal, di sini, hujung minggu lalu dikejutkan dengan harga kari kepala ikan yang didakwa terlalu mahal.

Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, Isnin lalu, empat mangkuk kari kepala ikan merah yang dipesannya berjumlah RM600.

Sumber : Harian Metro


P/s  : Dah men'cekik' 17 orang  hindangan untuk 4 mangkuk Kari Kepala Ikan, tak nak bayar habis tu siapa yang nak bayar? Abah kau? ke ada share dlm syarikat?... huhu bagi admin senang je, sebelum masuk memane restoran pastikan dulu harga nya sebelum ceduk lauk... tak pun paling mudah tak yah gatal nak masuk makan kat restoran memahal la kalau rasa tak mampu... kann?

Comments

Popular posts from this blog

bawaku terbang....

dear diary.... u guys must think im going to post d lyrics or anything related to d fabulous cats song rite??..haha actuly rite now im counting out the time to go to sarawak ...weeee ^_^ my flight is going to b tomoro subuh but i will move from segamat at 2a.m tonite ...so i will not b able to post any blog for dis coming 4 days ...doakan saya selamat pergi dan balik ye kwn2!...insyallah

Lelaki Bangsat!

sekadar gambar hiasan bace dulu ni true story.... Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. FAIZUL, seorang doktor pakar jiwa...... ; Gadis : " Doktor , saya > merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya > memanggilnya lelaki > bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan > ada kalanya pula saya rasa > memang patut saya memanggil dia seperti > itu..." > > Doktor : "Hmm. > panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk > > seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab > tersendiri memangilnya > demikian. Ceritakanlah kpd > saya agar saya dapat membantu.." > > Gadis : "Ya memang > ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta > di tepi pantai.Dia pegang > tangan saya." > > Doktor : "Dia pegang > tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh. > > > Gadis : "Ya. seperti > yg doktor lakukan" ...
Lazada Malaysia