Berlian Thought Skip to main content

Posts

Macam Mana Nak Kenal Susu Enfalac ORIGINAL atau PALSU?... Baca selanjutnya...

Belum pun reda isu viral mengenai susu formula bayi Enfalac A+ yang dikatakan tiruan dan membawa kemudaratan kepada bayi yang mengkonsumi susu tersebut, laman media sosial Enfagrow A+ Malaysia terus dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Kebanyakannya mempersoalkan bagaimana susu tiruan tersebut dapat dikenal pasti agar mereka tidak tersalah bagi kepada bayi mereka. Dan pihak Enfagrow A+ Malaysia dengan rasa tanggungjawab memberi kenyataan rasmi mereka melalui laman rasmi FB Enfagrow A+ Malaysia seperti berikut : Kepada ibu bapa sekalian, Mead Johnson Nutrition bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat laporan susu formula palsu di Johor Bahru. Pemeriksaan yang di buat di pasaran yang dijalankan minggu lalu ini adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh MJN dari hasil siasatan syarikat. Hasil pemeriksaan telah mengenalpasti sebilangan kecil produk yang disyaki di segelintir kedai runcit dalam kawasan geografi yang terhad di Skudai, Johor Bah...

Bijaknya Budak Ni... Makan Apa Agaknya Mak Dia Masa Mengandungkan Dia

Antara rancangan tv kegemaran ramai, tapi sejak bertukar pengacara yang perempuan tu jadi tak minat sangat...Macam admin je bijaknya adik ni...hihihi perasan pulak kan... #jangankecam

Ibu Bapa Yang Susu kan Anak Mereka Dengan Susu Jenama Enfalac A+, Baca Amaran Ibu Malang Ini!...

ENFALAC A+ TIRUAN Semalam Allah bagi petunjuk kepada persoalan saya selama 2 bulan lebih. Ini bukan silap Mead Johnson, saya faham.  Saya telah pon melaporkan kejadian anak saya kepada mereka hari ini. Tapi saya harap; Mead Johnson Malaysia dan pihak KPDNKK telus untuk membanteras sekaligus menyalurkan maklumat untuk membezakan susu tiruan ni sebab ini untuk mendidik kita sebagai ibu bapa supaya tidak terus ditipu. Sedia untuk berkongsi maklumat keputusan kandungan susu tiruan dari jabatan kimia nanti. Oktober 2017, Anak saya, Mikael keluar masuk hospital, ingat lagi kan? Warded lebih 2 minggu. Punca masih tidak diketahui sehinggalah berita tentang susu tiruan semalam. Mikael bermula dengan muntah-muntah sehingga 9 kali dalam sehari. Kenapa sampai 9 kali, saya biar sahaja ke? Saya monitor dari rumah (kalau boleh nak elakkan ke hospital), dengan harapan & doa, Mikael akan reda dari muntah tapi tidak. *Saya bersyukur saya rekod & ambil gambar, sebab nak u...

Cara Mudah Nak Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Tanpa Kad (Cardless Withdrawal)

Baru-baru ini kejadian seluk saku telah berlaku. Leka sangat sampai tak perasaan entah bila la purse di seluk oleh pencopet durjana. Syukur lah admin bukan jenis bawa duit cash banyak-banyak dalam tangan jadi kerugian yang ditanggung adalah pada kadar minima. Kehilangan cuma lesen memandu dan bank-bank kad (kemain, macam byk duit :P). Tindakan pertama sekali admin buat sudah tentu lah call customer servis bank secepat mungkin untuk blok sebarang transaksi dan melaporkan kecurian kad. Yela risau sebab kan teknologi baru kad bank sekarang boleh buat pembayaran melalui 'wave' sahaja.  So, selamat dah call CIMB dan Maybank untuk blok transaksi  kad. Bagi admin Maybank bagus sebab bila kita call dan mintak blok mereka hanya akan blok transaksi kad jadi transaksi secara online atau dalam internet masih kita boleh gunakan. So pandai-pandai la korang fikir nak transfer duit tu ke mana bagi membolehkan korang 'withdraw' duit tu. manakala CIMB pula, bila dah call m...

10 Cara Mengatasi Rakan Sekerja yang Tikam Belakang!... Anda Ada Tak Ciri-Ciri tu? jom baca selanjutnya

Dalam zaman serba moden sekarang ini, dikhianati rakan sekerja atau politik di pejabat menjadi perkara biasa. Dimana sahaja atau apa jua bidang pekerjaan mereka berkata buruk di belakang korang atau mengkhianati kepercayaan yang telah korang berikan. Situasi paling teruk mereka mungkin menyebarkan gosip mengenai korang tentang sesuatu yang peribadi korang kongsikan dengan mereka. 'Back-stabbing Co-workers' atau Si Kaki Gosip adalah realiti dalam semua jenis bidang pekerjaan. Tak boleh lari. Lebih menonjolnya korang di tempat kerja atau lebih ramai yang menyenangi korang lebih ramai jugak lah yang akan menikam di belakang. Tindakan yang boleh korang ambil jika terkena perkara ini ialah pakai baju kalis tikaman pisau atau baju besi ehh gurau....tindakan paling bijaksana yang boleh korang lakukan sebenarnya ialah dengan tidak berbalah dengan mereka terlalu kerap dan penting untuk mengawal diri dan kemarahan korang dengan baik. Berikut 10 Cara Mengatasi Rakan Sekerja yang ...

Penjara atau Denda RM10,000 Jika Jual Air Zam-Zam di Malaysia!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu mengenai Kedutaan Kerajaan Arab Saudi yang melarang penjualan air zam-zam di mana-mana kedai termasuklah kedai-kedai buku di sekitar Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia. Air zam zam diperolehi dari bawah tanah dan dikategorikan sebagai air mineral semulajadi seperti termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Pengimportan air mineral semulajadi memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport. Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad semasa berlepas dari Arab Saudi. Sehubungan itu, penjualan air zam zam tidak dibenarkan di Malaysia. Dalam hal ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah bersetuju s...

Najib Kecam Trump, Ikhlas Tak? Hipokrit Ke Apa ni?.. Baca Artikel atau Lihat Video Sampai Habis Sebelum Kecam!

Tindakan Presiden Amerika Syarikat mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel mendapat pelbagai reaksi di seluruh dunia. Isu ini bukan hanya melibatkan keagamaan malah keamanan dan keadilan yang jelas dituntut oleh undang-undang di seluruh dunia. Negara kita sendiri tanpa mengira latar belakang politik, bangsa, agama atau kerjaya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Presiden Amerika Syarikat itu.  Beberapa fakta ringkas mengenai sengketa dan konflik antara Palestin dan Israel yang telah berlanjutan sejak berkurun lamanya lagi yang mungkin menjadi persoalan anda admin kongsi kan bawah ni Bagi yang tak berapa gemar membaca artikel yang panjang admin kongsikan juga video yang diterbitkan oleh orang Jepun mengenai konflik ini tetapi diterjemahkan dalam lakonan yang santai dan bersahaja di penghujung artikel. FAQ  (1) "So sekarang Jerusalem/Baitulmqadis tu Israel punya kah?" TIDAK. Bila Trump kata Jerusalem itu ibu negara Israel, bukan bermaks...
Lazada Malaysia