Baru-baru ini kejadian seluk saku telah berlaku. Leka sangat sampai tak perasaan entah bila la purse di seluk oleh pencopet durjana. Syukur lah admin bukan jenis bawa duit cash banyak-banyak dalam tangan jadi kerugian yang ditanggung adalah pada kadar minima.
Kehilangan cuma lesen memandu dan bank-bank kad (kemain, macam byk duit :P). Tindakan pertama sekali admin buat sudah tentu lah call customer servis bank secepat mungkin untuk blok sebarang transaksi dan melaporkan kecurian kad. Yela risau sebab kan teknologi baru kad bank sekarang boleh buat pembayaran melalui 'wave' sahaja. So, selamat dah call CIMB dan Maybank untuk blok transaksi kad.
Bagi admin Maybank bagus sebab bila kita call dan mintak blok mereka hanya akan blok transaksi kad jadi transaksi secara online atau dalam internet masih kita boleh gunakan. So pandai-pandai la korang fikir nak transfer duit tu ke mana bagi membolehkan korang 'withdraw' duit tu.
manakala CIMB pula, bila dah call mereka akan blok kesemua transaksi termasuklah transaksi internet. Jadi agak leceh sebenarnya sebab kita tak boleh gunakan wang yang berbaki dalam akaun tersebut. Dan peringatan perlu kan IC untuk permohonan kad yang baru. So kalau hilang sekali sengan IC... hurmm ber hu hu la jawabnya... jadi sebelum report kehilangan kad mungkin korang boleh transfer dulu duit ke akaun lain bagi memudahkan korang bawak kuar duit tu kemudian hari.
Nak cerita macam mana nak keluarkan duit dari bank Maybank tanpa mengunakan kad. Ramai dah kongsikan cara ni sebenarnya di internet tetapi menggunakan laman website Maybank2u. Jadi admin kongsikan cara yang paling mudah dengan mengunakan aplikasi Maybank2u sahaja.
Pertama sekali sudah tentu lah pasti kan akaun korang ada lagi wang berbaki untuk dikeluarkan ya.. kalau baki akaun korang tak da fulus memang alkisah tunggu la sampai kucing bertanduk pun tak kan kuar duit tu.
1. Mula-mula Muatturun dan buka aplikasi Maybank2u di telefon pintar korang.
2. Kemudian pada menu utama pilih icon 'mobile' di bawah sekali dan skrin akan paparkan seperti ini.
3. Pilih menu ‘Pengeluaran tanpa Kad’ atau 'Cardless Withdrawal’ dan skrin akan paparkan seperti ini :
4. Kemudian skrin akan minta korang masukkan nombor telefon yang ingin digunakan. Masukkan nombor telefon korang sendiri boleh masukkan nombor telefon orang lain juga boleh just in case korang nak transfer duit dekat sesiapa tetapi beliau itu tak da kad bank ke kan...boleh juga gunakan cara ini
5. Bila dah masukkan nombor telefon skrin akan paparkan seperti ini.
6.Kemudian cuma ikut sahaja beberapa langkah lagi anda akan terima 2 sms nombor id dan kata kunci transaksi.
7. Pengeluaran melalui aplikasi ni minima RM100 jadi pastikan baki dalam akaun korang RM120 ke atas la yer.
8. Jumlah yang dibenarkan untuk pengeluaran tanpa kad ialah RM300 untuk sehari. Hanya 2 transaksi pengeluaran dibolehkan untuk same Recipient mobile number.Dan korang akan dikenakan charge RM1 bagi setiap pengeluaran tanpa kad.
9. Bila korang dah dapat je SMS yang dihantar, cari ATM Maybank yang berdekatan. Tekan mana-mana butang. Akan keluar skrin pilih bahasa sama ada Bahasa Malaysia atau English.
10. Pilih pengeluaran tanpa kad.
11. Klik Teruskan bila korang ditanya untuk teruskan atau tidak. Kemudian, korang akan dibawa ke paparan seperti di atas. Masukkan 16 digit yang diterima melalui SMS tadi dan tekan YA. Untuk makluman, ID transaksi bukannya nombor akaun. Ia adalah nombor yang akan diterima oleh Si Penerima melalui SMS berupa 16 atau 17 digit (6 digit ID + 10/11 digit nombor HP si Penerima)
12. Sekali lagi, masukkan 6 digit yang korang terima melalui SMS juga dan tekan YA. Ambil wang korang dan penyata. Selesai. Tadaa!
Macam rumit tetapi sebenarnya mudah je. Cuma masa admin cuba pertama kali di mesin atm maybank di sebuah pusat membeli-belah tak berjaya then admin pergi mesin atm di Maybank berjaya pulak.. Tak pasti apa masalah di mesin atm 1st tu mungkin ada masalah teknikal barangkali.
So itu jelah harap bermanfaat untuk sesiapa yang ditimpa ujian macam ni.korang boleh share je artikel ni mana tahu jika berlaku kecemasan korang dah tak perlu google sangat info...kan... btw apa yang penting masa kita ditimpa musibah atau masalah seumpama ni cuba jangan panik dan fokus untuk fikirkan jalan penyelesaian. Kita nak menangis pun tak guna sebab benda dah jadi kan, so anggap je bukan rezeki kita. Dan jangan lupa buat laporan polis untuk tindakan selanjutnya seperti buat IC baru (denda hilang kali 3 RM3k beb jadi pastikan laporan anda itu dinyatakan dengan jelas kes seluk saku/samun/kebakaran mungkin akan dapat pertimbangan dari JPN), Lesen baru dan of course Kad Bank baru memerlukan IC anda.
p/s :
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا * إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Artikel berkaitan : Cara Mudah Keluarkan Duit Dari ATM Maybank Tanpa Kad (melalui website)












Comments