Najib Kecam Trump, Ikhlas Tak? Hipokrit Ke Apa ni?.. Baca Artikel atau Lihat Video Sampai Habis Sebelum Kecam! Skip to main content

Najib Kecam Trump, Ikhlas Tak? Hipokrit Ke Apa ni?.. Baca Artikel atau Lihat Video Sampai Habis Sebelum Kecam!

Tindakan Presiden Amerika Syarikat mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel mendapat pelbagai reaksi di seluruh dunia. Isu ini bukan hanya melibatkan keagamaan malah keamanan dan keadilan yang jelas dituntut oleh undang-undang di seluruh dunia.

Negara kita sendiri tanpa mengira latar belakang politik, bangsa, agama atau kerjaya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Presiden Amerika Syarikat itu. 

Beberapa fakta ringkas mengenai sengketa dan konflik antara Palestin dan Israel yang telah berlanjutan sejak berkurun lamanya lagi yang mungkin menjadi persoalan anda admin kongsi kan bawah ni

Bagi yang tak berapa gemar membaca artikel yang panjang admin kongsikan juga video yang diterbitkan oleh orang Jepun mengenai konflik ini tetapi diterjemahkan dalam lakonan yang santai dan bersahaja di penghujung artikel.

FAQ 

(1) "So sekarang Jerusalem/Baitulmqadis tu Israel punya kah?"

TIDAK. Bila Trump kata Jerusalem itu ibu negara Israel, bukan bermaksud secara automatik Jerusalem terus jadi hak milik Israel. Trump bukan hakim dunia. Dia hanya Presiden US. 

Di dunia kita sekarang, hanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations - UN) saja yang boleh beri kata putus bahawa wilayah ini milik siapa, wilayah itu milik siapa. US hanya salah satu daripada 5 kuasa besar dunia (selainnya ialah Rusia, China, UK dan Perancis) yang boleh membuat keputusan di UN melalui kuasa veto mereka di Majlis Keselamatan.

Sehingga sekarang, UN masih menganggap pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak sah dan Israel perlu berundur ke sempadan asalnya sebelum tahun 1967. Kalau guna bahasa undang-undang antarabangsa, Israel hanya ada kawalan "DE FACTO" ke atas Jerusalem Timur. Pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak diberi pengiktirafan "DE JURE" oleh komuniti antarabangsa. 


(2) "Ya Allah! Kiamat makin dekat! "

Baitulmaqdis tidak jatuh ke tangan Israel bermula semalam. Al-Aqsa (di Jerusalem Timur) telah pun jatuh ke tangan Israel 50 tahun yang lalu lagi, selepas kekalahan Jordan (penguasa asal Jerusalem Timur) dalam Perang Enam Hari 1967. 

Tanda kiamat dah mula pun sejak 50 tahun yang lepas. Apa yang korang buat selama 50 tahun lepas lah wey. 

(3) "Ibu negara Israel kat mana sebenarnya?"

Sejak 1950, ibu negara Israel ialah Jerusalem Barat iaitu tempat terletaknya Parlimen, Mahkamah Agung dan Pejabat PM Israel. Selepas Israel menawan Jerusalem Timur pada 1967, Israel meluluskan Jerusalem Law pada tahun 1980 yang menyatakan "the complete and united Jerusalem is the capital of Israel". Maksudnya Israel nak menyatukan Jerusalem Barat dan Jerusalem Timur sebagai ibu negaranya.

Perjanjian Oslo 1993 yang dipersetujui oleh Yitzhak Rabin (Israel) dan Yasser Arafat (Palestin) mengatakan status Jerusalem Timur harus ditentukan melalui perundingan bersama Israel-Palestin. Ini menyebabkan Rabin dibunuh oleh ekstremis Zionis kerana ia bakal menggadaikan pemilikan penuh Israel ke atas Jerusalem Timur. Perundingan damai Israel-Palestin asyik gagal disebabkan politikus right-wing di Israel seperti Netanyahu tidak mahu berkompromi dalam isu Jerusalem.

Jadi, NO, Israel tidak perlu memindahkan ibu negaranya susulan kenyataan Trump.

(4) "Kenapa Trump nak mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel?"

Gimik politik. Mid-Term Election dah nak dekat. Trump pernah berjanji semasa kempen tahun 2016 bahawa dia akan mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel, satu strategi untuk mengambil hati Yahudi Zionis dan Kristian Evangelis (tak semua Yahudi pro Israel, jangan pukul rata). Sama seperti Obama yang pernah berucap semasa kempen tahun 2008 bahawa "Jerusalem will remain the capital of Israel, and it must remain undivided". 

Apa yang Trump buat adalah lebih kepada prosedur standard Presiden. Pada tahun 1995, Kongres US telah meluluskan Jerusalem Embassy Act yang mengiktiraf "undivided Jerusalem" (merangkumi Jerusalem Barat dan Jerusalem Timur) sebagai ibu negara Israel dan mengarahkan Department of State (Kementerian Luar) untuk memindahkan kedutaan US ke Jerusalem.  

Tapi akta tersebut turut memberi peruntukan "waiver" di mana Presiden boleh menangguhkan perpindahan tersebut. Sejak 1995, Clinton, Bush dan Obama telah pun menandatangani waiver tersebut walaupun ada di kalangan mereka yang pro-Israel. Waiver itu perlu renew setiap 6 bulan. Kali terakhir Trump menandatangani waiver adalah pada 1 Jun 2017, jadi waiver itu dah expired pada Disember 2017 dan Trump mengambil kesempatan ini untuk membuat kenyataan. 

Tak pasti Trump sudah atau belum menandatangani waiver tu. Kalau ikut sumber ini (https://www.theguardian.com/us-news/2017/dec/06/donald-trump-us-jerusalem-israel-capital) dan ini (https://www.timesofisrael.com/after-jerusalem-recognition-trump-signs-waiver-delaying-embassy-move/), Trump sebenarnya dah menandatangani waiver. Jadi kali ini Trump sekadar sembang, sebab election dah dekat. 

Pada 23 Disember 2016, Majlis Keselamatan UN 2015-2016 telah meluluskan Resolusi 2334 yang mengatakan pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak sah. Resolusi tersebut dapat diluluskan kerana US tidak menggunakan kuasa vetonya. Obama saja nak kenakan Netanyahu sebelum habis tempoh jawatannya sebagai Presiden. Kalau sekarang Israel dan US nak mengusulkan sebarang resolusi untuk menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara Israel pun, ia tetap akan diveto oleh Rusia dan China yang telah lama menyokong Palestin dalam hal ini. 

Jadi kenyataan Trump kali ini tidak akan mengubah keputusan tersebut. Ia cuma dapat menyelamatkan sedikit air muka Netanyahu. 

(5) "So kalau tak ada apa-apa effect, buat apa nak bantah?"

Sebab US sebagai penimbangtara proses perdamaian Israel-Palestin, ia harus menghormati Perjanjian Oslo 1993 dan menjaga perasaan Palestin. Kenyataan Trump seolah-olah memberi sokongan moral kepada Israel dan membelakangi resolusi-resolusi UN yang jelas mengecam klaim Israel ke atas Jerusalem Timur. 

(6) "Malaysia tiada hubungan dengan Israel, boleh bantah meh?" 

BOLEH. Sebagai ahli komuniti antarabangsa, suara dan pendirian Malaysia amat penting. Dan Malaysia selaku ahli tidak tetap Majlis Keselamatan UN 2015-2016 adalah antara 14 negara yang meluluskan Resolusi 2334. Malaysia terlibat dalam semua resolusi yang mengecam Israel, cuma korang selama ini tak ambil kisah je. 

(7) "PM kan baik dengan Trump, tak hipokrit ke buat kenyataan kecam Trump?"

Hipokrit kepala otak mung. Ada kerjasama dalam ekonomi dan counter-terrorism bukan bermaksud kita tak boleh bantah US dalam isu berkaitan Israel-Palestin. Malah semakin rapat hubungan ekonomi, semakin tinggi leverage kita untuk menekan US dalam isu ini. Kita boleh dan harus bantah tindakan Trump memberi pengiktirafan sepihak (unilateral recognition) kerana itu adalah tanggungjawab Malaysia selaku anggota komuniti antarabangsa, mempertahankan undang-undang antarabangsa. 

Kadang kala kita perlu menguasai pengetahuan asas hubungan antarabangsa sebelum meninggalkan komen-komen yang tidak matang di merata media sosial. Trump tengok komen korang pun rasa WTF. 

Kurangkan karut, satukan hati. Insya Allah, Palestine will be free. 

p/s: my brothers and sisters, the Jerusalem issue is not a religious issue. It is an universal humanitarian concern over Israel’s illegal occupation of East Jerusalem and its continued defiance of international law. Don’t let the extremists from both sides lure you into choosing side based on your faith. Know your fact before you curse our PM regards any matter or decision that he has to made. I believe he's intelligent enough to think about any consequences that occur and he's priority and concern for sure for Malaysia wellbeing. Have a goodday fellas! 

kredit FB post ayman rashdan wong




Comments

Popular posts from this blog

'Jaan Punching Bag'.. Kisah Realiti atau Fantasi?? Jom Rungkaikan Misteri

Ramai sangat lah yang kongsikan cerita 'Jaan Punching Bag' lately ni. Aku antara yang terawal baca kisah ni tetapi tak habis baca pun. Baca mula-mula macam semangat jugak lah tetapi makin lama aku rasa makin mengarut jer kisah dia.   Disebabkan aku ni kaki novel aku rasa cara penceritaan budak ni macam rekaan je pun ada macam fiksyen jer pun ada. Sebab macam tak boleh diterima akal jer ada ke wujud binatang bertopeng kan manusia seperti bapa Alisha dan bekas-bekas suami Alisha tu.. hurmmm So aku decide tak habiskan pembacaan aku sebab rasa mengarut sangat kot.  Sudahnya aku tutup je lah sebab macam tak menarik untuk ambil tahu. Lagipun ada 15 part untuk cerita ini sahaja. Part 1 pun dah panjang, inikan nak habis baca sampai part 15. Memang tak lah kan. Kagum dengan mereka yang gigih membaca sampai habis cerita ni. Ada yang kata tak logik, ada juga yang menangis selepas membacanya. Tetapi pagi ni masuk je ofis buka FB-ku viral lagi rupanya kisah ni ...

'Jaan Punching Bag' Kisah Penuh! (Full Story)

Penangan 'Jaan Punching Bag' hampir menengelamkan ke-suspen-an menunggu PC FatZura. Okay hari itu aku review pasal cerita ni yang aku rasa nonsense ada berlaku kat realiti kan.  Tapi sekarang aku rasa macam tak mustahil lak semua ni berlaku cuma ofcourse lah ditokok tambah sikit oleh penulis dan di olah sesedap rasa kan. Mana lah kita tau nasib semua orang kat dunia ni, mungkin ada yang tak bernasib baik macam dalam jalan cerita ni.  Cerita ni jadi viral sangat pun aku rasa sebab penulis guna modal 'Based On True Story' kalau dia tak mention gitu atau just post sebagai satu karya novel atau cerpen mampuih lah orang tak berminat pun nak baca pun. Agaknya la kot Btw posting ni aku share Full Story yang tak berapa nak full sebab start dari Ep. 3 tapi boleh la kan sebab ramai kata cerita sebenar dari penulis telah di delete. Nak bagi credit untuk penulis pun tak jumpa dah FB nya.  So harap penulisnya halalkan la perkongsian aku ni. Aku malas nak ...

[TERKINI] Menara Bergoyang Akibat kejadian Gempa Bumi yang berlaku di Indonesia pagi tadi

JAKARTA : Gempa bumi dengan kekuatan 6.5 skala Richter telah menggegarkan Jakarta Selatan, Indonesia hari ini,  CNN Indonesia  melaporkan. Gegaran selama 40 saat itu dirasai di Gedung Transmedia, Jalan Tendean, menyebabkan orang ramai yang berada di gedung berkenaan bertindak keluar untuk menyelamatkan diri Walau bagaimanapun tiada kerosakan mahupun kehilangan nyawa dilaporkan susulan gegaran berkenaan. Menurut laporan  Detik News , tiada amaran tsunami di sekitar Banten meskipun pusat gegaran itu berada 10 kilometer dari permukaan laut. Sumber :  Astro Awani
Lazada Malaysia