10 Cara Mengatasi Rakan Sekerja yang Tikam Belakang!... Anda Ada Tak Ciri-Ciri tu? jom baca selanjutnya
Dalam zaman serba moden sekarang ini, dikhianati rakan sekerja atau politik di pejabat menjadi perkara biasa. Dimana sahaja atau apa jua bidang pekerjaan mereka berkata buruk di belakang korang atau mengkhianati kepercayaan yang telah korang berikan. Situasi paling teruk mereka mungkin menyebarkan gosip mengenai korang tentang sesuatu yang peribadi korang kongsikan dengan mereka.
'Back-stabbing Co-workers' atau Si Kaki Gosip adalah realiti dalam semua jenis bidang pekerjaan. Tak boleh lari. Lebih menonjolnya korang di tempat kerja atau lebih ramai yang menyenangi korang lebih ramai jugak lah yang akan menikam di belakang. Tindakan yang boleh korang ambil jika terkena perkara ini ialah pakai baju kalis tikaman pisau atau baju besi ehh gurau....tindakan paling bijaksana yang boleh korang lakukan sebenarnya ialah dengan tidak berbalah dengan mereka terlalu kerap dan penting untuk mengawal diri dan kemarahan korang dengan baik.
Berikut 10 Cara Mengatasi Rakan Sekerja yang 'Tikam Belakang' :-
1. Jangan Kongsikan Rasa Hati
Di tempat kerja berhati-hati dengan percakapan dan maklumat yang korang kongsikan. Jika ada rakan sekerja yang berminat terlebih dalam hal peribadi korang atau pendapat korang tentang rakan sekerja yang lain jangan jadi terlalu jujur. Malah elakkan menjawab soalan perangkap sebegitu dengan SENYUM sahaja.
2. Jangan Biarkan Diri Terjabak Dalam Kumpulan Gosip
Mereka yang bermulut manis atau yang yang cuba memulakan cerita mengenai rakan sekerja yang kurang korang gemari elakkan diri dari terjebak dan jangan pula menokok nambah cerita bak kata orang putih 'add fuel to the fire'. Kata-kata korang mungkin akan digunakan untuk mengenakan korang balik. Senang cerita elakkan mengumpat jela. Lagi banyak kita umpat sesorang tu lagi banyak la kita bagi pahala dan kebaikan kita kepada dia..kan
3. Jauhi si 'Back Stabbers'
Mereka ini mungkin akan cuba provok korang dengan berbisik antara satu sama lain sambil memandang korang atau senyum sinis seperti memerli . Taktik mengundang je semua ini jangan sampai anda terjerat mereka memang sengaja nak tengok reaksi korang dan serang balik. Keadaan tegang di pejabat sangat memudaratkan persekitaran kerja korang.
4. Jangan Putus Asa
Menyerah kalah atau berputus asa secara emosi atau fizikal tidak akan menyelesaikan masalah anda. Bertukar tempat kerja juga mungkin hanya akan memuaskan hati orang itu. Jadi, ambil langkah bijak dengan bercakap dengan ahli keluarga korang. Percayalah di dunia ini hanya keluarga tempat kita bergantung harap dan mengadu nasib. Mereka orang yang paling mudah kita percaya dan pasti akan memberi kata-kata semangat kepada diri kita. Selalu ingatkan diri yang bercakap pasal korang di belakang sebab korang dah berada setapak di 'depan' mereka. Jadi, senyum dan tak perlu kata apa-apa (macam lirik lagu tu)
5. Bergaul Dengan Rakan Sekerja Yang Positif.
Rapatkan diri dengan rakan sekerja yang baik dan mengambil berat tentang anda. Bergaul dan beborak dengan mereka tentang apa-apa topik, jauhkan gosip dan ingat 'rule no.1'. Begurau dan berseronok seperti biasa. Mereka yang dengki atau iri hati dengan korang mesti akan rasa terancam bila korang tak terkesan pun dengan apa-apa yang berlaku.
6. Jadi Pekerja Yang Cemerlang
Fokus dan lakukan tugas korang dengan baik walau macam mana sekalipun mereka cuba memperkecilkan keupayaan korang. Buktikan yang mereka salah dan korang mampu jadi yang terbaik. Percaya lah semua kerja keras pasti berbaloi jika tidak di dunia ini pun pasti di akhirat nanti. ('All Hard Work Paid')
7. Jangan Tunjuk 'Suci'
Walaupun korang tak digalakan join politik di tempat kerja tetapi ambil tahu tentang keadaan yang berlaku di sekeliling. Motif nya untuk tahu gosip yang bertebaran tetapi bukan untuk disebarkan untuk korang sentiasa alert je dengan sebarang perubahan gerak kerja. Biar lah si kaki gosip itu je yang menonjol. Nak sangat kan.. Hamekkk~
8. Jadi Rakan Yang Baik Kepada Semua Orang
Biar orang buat kita jangan kita buat orang ayat tu memang selalu kita dengar. Tetapi memang betul bantu je sesiapa yang memerlukan pertolongan korang tanpa kira dia tu siapa. Kalau dia nak jadi anjing yang kita lepaskan bila tersepit itu lantak dia la. Akhirat nanti soal jawab la dengan Yang kat ATAS tu...
9. Jangan Balas
Bila dah tahu siapa yang kaki gosip hal kita kat belakang mungkin kita terfikir nak balas balik dengan umpat atau gosip balik pasal dia kat orang lain kan.. Jangan dan tak perlu letakkan diri korang serendah mereka. Lakukan tugas korang dengan amanah dan fatonah inshaAllah maruah dan harga diri korang lagi tinggi dari beliau itu. Dunia ini berputar kan kalau bernasib baik Allah tunjuk kat depan kita sendiri kuasa Dia.
10. Kaki Gosip, Penikam Belakang atau Kaki Umpat ni Bukan Mahkluk Asing
Sesiapa juga boleh jadi orang yang mempunyai sikap-sikap di atas ni. Kita manusia biasa tak lari dari kesilapan dan mungkin kita sendiri ada buat benda yang sama dekat orang lain tanpa kita sedari. Jadi jangan mudah percaya kan sesiapa sepenuhnya kecuali diri sendiri. Jangan susah nak mohon maaf jika melakukan kesilapan sebab kesalahan kita dekat Allah Allah Maha Pengampun tetapi kesalahan kita dengan sesama manusia tak kan terampun selagi tak mohon maaf dengan orang itu. Sebab itu lah ' Al fitnahtul assyadu minnal qod' sesungguhnya fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. Dan tiap malam sebelum tidur maafkan mereka yang buat silap dengan kita semoga kita juga diberi kemaafan,
Kesimpulannya perbanykkan jelah amar makruf nahi mungkar. Semoga kita semua di lindungi Allah s.w.t dari fitnah dunia dan fitnah dajjal... InshaAllah amin..Baitulmaqdis hampir ditawan yahudi tu tandanya dah hampir sangat kita dengan Kiamat... Allahuakbar gerun T_T
Sumber rujukan dan terjemahan artikel : Forbes.com
p/s: Dont be FEAR the enemy that attacks you but be cautions with FAKE friends who hug you. Kalau berlaku kat admin tipu lah kalau tak terkesan kan tapi tetapkan fokus kita kerja bukan sebab orang itu tapi sebab Allah. Allah kan ada~ ^_^ btw artikel ni diterbitkan tidak ada kene mengena dengan mereka yang masih hidup atau yang telah arwah yer cuma perkongsian topik rawak sahaja. Tapi kalau ada yang terase tu 'Sapa makan cili dia lah terase pedasnya..kann'


Comments