Berlian Thought Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

[VIRAL] Perempuan Indonesia ditawarkan Hantaran 100 Juta oleh Lelaki Taiwan

JAKARTA - Seorang lelaki Taiwan mencari jodoh yang berasal dari Indonesia. Dia juga malah membuat iklan  dan menawarkan duit hantaran sebanyak 100 Juta Rupiah yang bersamaan dengan RM27000 ringgit. Ceritanya bermula apabila Novita Haidir membuat posting iklan tersebut di Facebook. Beliau yang berkhidmat bersama seorang majikan berasal daripada Taiwan menyatakan ingin menjodohkan anak buah beliau yang berumur 34 tahun dengan gadis Islam Indonesia. Tulisnya "Jadi gini, Pemuda yang berjaket biru itu adalah keponakan Boss saiia orang TAIWAN asli, dia sedang mencari istri orang indonesia" Malah keluarga mereka sanggup menanggung segala kos perkahwinan dan menawarkan wang hantaran sebanyak itu dan bahkan jika ada yang mahu, lelaki itu sanggup datang ke Indonesia bersama keluarganya untuk melangsungkan pernikahan. Beliau menyatakan anak buahnya lelaki lumpuh kaki namun masih boleh berjalan dan mempunyai harta yang banyak. Lelaki tersebut tidak kisah status bakal ister...

[TRAGEDI] di Hari Jadi!.... Bagi Sesiapa Yang Suka Sangat Sembur 'Snow Spray' atau 'Foam Spray' Ini Peringatan Untuk Anda!!

Ternyata  snow spray  atau  foam spray  yang sering digunakan ketika majlis hari jadi itu menimbulkan kesan yang bahaya dan boleh mengakibatkan kebakaran. Walaupun majlis tampak meriah namun lihatlah apa yang terjadi bila  spray i tu digunakan dekat dengan lilin atau sebarang api yang sedang menyala. Sebelum menggunakan sebarang jenis semburan, pastikan ada tertera tanda 'flammable' dipermukaan botol semburan tersebut. sebarkan info ini agar tiada mangsa yang terlibat dalam tragedi di Hari Jadi.

[PELIK] Buah Lai Indonesia...Sama Tapi Tak Serupa Dengan Buah Durian Kita! #doneclaim

Ini bukan sembarang buah berduri. Buah ini secara fizikalnya jika dilihat sekilas mirip buah durian. Kulitnya sama-sama berduri tetapi ukuran buah tidak terlalu besar. "Ini durian lai. Cuma tumbuh di Kalimantan Selatan dan Timur," kata Martina, penjual durian lai di pinggir Jalan Provinsi, Desa Api-Api, Kecamatan Waru, Kabupaten Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur, Jumat (8/5/2015). Rombongan "Jelajah Sepeda Kompas Banjarmasin-Balikpapan" menyempatkan diri untuk menyantap buah ini saat menjelang akhir Etape 5 Tanah Grogot-Waru, Jumat (8/5/2015) kemarin. Para pesepeda langsung menyergap meja dagangan yang penuh dengan buah lai itu. Martina segera membelah satu persatu buah tersebut untuk disajikan kepada para pesepeda. Para pesepeda yang berhenti mendadak terkejut ketika buah lai telah terbelah. "Wah daging buahnya beda ya. Unik. Tidak bau lagi. Mau dong coba," seloroh Endi, salah satu peserta "Jelajah Sepeda Kompas". KompasTravel...

[TERKINI] Menara Bergoyang Akibat kejadian Gempa Bumi yang berlaku di Indonesia pagi tadi

JAKARTA : Gempa bumi dengan kekuatan 6.5 skala Richter telah menggegarkan Jakarta Selatan, Indonesia hari ini,  CNN Indonesia  melaporkan. Gegaran selama 40 saat itu dirasai di Gedung Transmedia, Jalan Tendean, menyebabkan orang ramai yang berada di gedung berkenaan bertindak keluar untuk menyelamatkan diri Walau bagaimanapun tiada kerosakan mahupun kehilangan nyawa dilaporkan susulan gegaran berkenaan. Menurut laporan  Detik News , tiada amaran tsunami di sekitar Banten meskipun pusat gegaran itu berada 10 kilometer dari permukaan laut. Sumber :  Astro Awani

Safiey Illias Bergaduh Dengan Baby Ara Sebab Sebar Video Dia Menari Tak Ingat Akhirat di Langkawi??

Tadi admin jalan-jalan dekat fb, nampak one of my friend share video si safiey bergaduh dengan baby ara. those yg tak kenal baby ara, dia ni selalu buat video condemn orang sambil belanja cleavage dekat ig and fb. Berdasarkan komen-komen yg iols baca, safiey ni bengang sebab baby ara recorded and viralkan video safiey menari tak ingat AKHIRAT masa dekat langkawi.  video menari tu uols boleh tengok kat youtube “safiey illias 31 Disember”. iols noob tak reti nak tepek . iols attached link video gaduh tu je lah ye. tu pun pendek je. tunggu admin tipsviral tu upload another video. admin tu kata dia ade video yg panjang siket, tp tak upload2 pulak. hihi. jemput makan popcorn dekat rumah iols Namun hal itu akhirnya senyap tanpa sebarang insiden ‘serangan balas’. 

[VIDEO]Petik Nama Zed Zaidi bila Sofi Jikan Cuba Pertahankan Tindakan Datuk Farid Kamil??

PETALING JAYA:  Pelakon Sofi Jikan memohon orang ramai tidak terus memberi tekanan kepada pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil atas kejadian yang berlaku. Sofi, 48, berkata,aktor tersebut sedang mengalami tekanan perasaan dan berhadapan dengan pelbagai masalah peribadi dan kerjaya sehingga bertindak luar kawalan. "Dia seorang yang baik dan saya adalah antara orang yang rapat dengan beliau dan boleh dianggap sebagai abangnya. Dia berdepan dengan pelbagai masalah dan sedang berada dalam depresi. "Saya sedih bila ramai yang mengecam dia dengan pelbagai tomahan sedangkan tidak tahu apa sebenarnnya terjadi, kita tidak tahu apa yang terjadi. Lebih elok tunggu dia keluar dan bagi keterangan, " ujarnya kepada  mStar Online. Terdahulu, pada Khamis pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ditahan selepas mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisio...

[VIDEO] Punca Sebenar Datuk Farid Kamil Ditahan Polis...Padan Lah Dia Buat Macam Tu

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya. "Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi '300 artis hutang ah long'. "Dia tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang awam. "Selain menampar polis dia turut menyepak dua orang awam lain," katanya ketika dihubungi  mStar Online. Dalam pada itu, Mohd Zani berkata, Farid kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis se...

[VIDEO Kisah Benar! ] Gempar!! Mayat Dah Mati Hidup Semula!...Allahuakabar~

Kecoh dengan berita tentang mayat yang hidup semula di facebook dan blog. Melalui sumber yang diperoleh, mayat di gali selepas 8jam dikebumikan. Selepas 'arwah' dikebumikan, isterinya berasa gelisah dan rasa seperti ada sesuatu yang tak kena lalu meminta untuk menggali semula kubur suaminya. Ternyata isterinya mendapat petunjuk daripada Allah bahawa suaminya masih hidup. Kejadian ini bermula apabila ' arwah ' disangka mati kerana beliau diyakini lemas di sungai  Martapura .. Setelah di mandikan, di solatkan serta dimakamkan, dengan kuasa  Allah , saudara dari mayat tadi mendapat mimpi melalui malaikat yang mengatakan bahawa ' arwah ' masih hidup.. Kejadian ini berlaku di Indonesia dan nama ' arwah ' ini dikenali sebagai  Yadi  dan kejadian ini memang berlaku di  Kalimantan Selatan  pada  Jun  lalu.. Jasadnya telah dikebumikan selama  8 jam sebelum digali semula dan bukannya enam hari seperti yang dihebohkan sesetengah pihak.. S...

[VIDEO] Iqram Dinzly 'MURTAD' Komen Seorang Ustaz Bila Dia Gelar Rasulullah s.a.w 'Che Mat'!

PELAKON Iqram Dinzly membuat permohonan maaf selepas terlepas cakap memanggil Nabi Muhammad SAW dengan gelaran Che Mat. Video Iqram menggunakan gelaran itu dirakam ketika menjadi tetamu sebuah rancangan hiburan yang disiarkan di sebuah stesen televisyen pada Ahad, dan pantas menjadi buah mulut netizen. Ia juga dikritik seorang ustaz, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary, yang melalui satu entri di Facebook, meminta agar Jabatan Agama Islam mengambil tindakan ke atas Iqram kerana gelaran itu boleh dianggap satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW. Dalam satu temu bual yang disiarkan menerusi sesi  Facebook Live  portal  Sinar Harian  selepas kejadian itu, Iqram meminta maaf sambil menjelaskan dia tidak pernah terniat untuk merendahkan apatah lagi menghina Nabi Muhammad SAW. Apa yang terjadi, kata Iqram, berpunca daripada kelalaiannya akibat kurang tidur, selain rasa gementar apabila muncul dalam program yang disiarkan secara langsung. "Sebelum program itu bermula, ...

[VIDEO] Peniaga Durian Kaki Penipu Kaki KENCING!

Jangan terima saja, sebaik-baiknya periksa hasil timbangan berat durian yang dibeli dan alat penimbang yang digunakan. Itu yang perlu dilakukan penggemar durian bagi mengelak ditipu penjual durian yang mahu mendapatkan untung berlebihan. Sabtu lalu, video berdurasi 41 saat tular menunjukkan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menimbang sebiji durian menggunakan dua penimbang berbeza di Taman Tun Dr Ismail. Berat asal sebiji durian hanya dua kilogram namun apabila ditimbang ia menjadi lebih tiga kilogram angkara kelicikan peniaga durian. Akhirnya, jualan peniaga itu disita oleh DBKL. Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur, Ummi Nasrah Othman berkata, pihaknya mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penipuan seperti itu melaporkan segera kepada KPDNKK. "Orang ramai boleh membuat aduan di eAduan atau menghubungi talian 1800-88-6800 atau terus ke pejabat KPDNKK. Jadilah pengguna bijak," katanya. Menurutnya, susulan video tular itu se...

Info Panas! Lelaki Disembelih Kerana Rebutkan Tapak Pasar Malam..

4 WARGA INDONESIA SEMBELIH SEORANG LELAKI TEMPATAN DI PASAR MALAM SHAH ALAM: Seorang lelaki tempatan maut selepas ditetak sekumpulan empat lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pasar malam di Seksyen 25, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata pihaknya dimaklumkan kira-kira jam 9.05 malam tadi, mengenai satu kejadian seorang mangsa dikelar di leher di kawasan Pasar Malam Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam. Katanya, mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Nor Syazrin Rasdi, berusia 29 tahun dan berasal dari Kupang, Kedah. "Hasil siasatan awal, kami mendapati ketika si mati bersama seorang wanita tempatan berusia 26 tahun dan dua pekerjanya dari warga asing sedang berniaga barangan kosmetik di pasar malam itu, tiba-tiba datang empat lelaki disyaki warga Indonesia. "Kumpulan itu tidak dikenali mangsa dan mereka menyerang si mati dengan menggunakan pisau sebelum melarikan diri. "Mangsa yang luka di leher, ...

[VIDEO]Pecahkan Cermin Kereta Hanya Mengunakan Garam dan Air Ludah sahaja!

PERINGATAN! untuk mereka yang gemar meninggalkan barang berharga di kereta, anda dinasihatkan tidak lagi berbuat demikian kerana telah terbongkarnya satu kaedah baru penyamun penyamun tarbus ini untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Dengan semudah ABC penyamun ini hanya menggunakan garam dan air liur sahaja untuk memecahkan cermin kereta mangsa.. Kaedah mudah ini terbongkar apabila dia ditangkap oleh polis dan perlu meng ulang tayang bagaimana dia melakukan kejadian tersebut. Admin belum cuba lagi so tak tahu lah betul sahih hanya mengunakan dua bendasing tersebut atau mungkin diselitkan juga jampi serapah.. walaubagaimanapun dari video ini rasanya kejadian berlaku di tanah seberang. Namun kita perlu juga berhati-hati zaman sekarang ini macam-macam cara ada orang gunakan untuk mendapat wang dengan cara mudah.

GEMPAK! Lelaki Selamba Bogel Bawa Motor Di Tempat Awam

TELUK INTAN : Seorang lelaki berbangsa Cina menarik perhatian orang ramai di Teluk Intan, Perak apabila menunggang motosikal dalam keadaan berbogel. Lelaki berkenaan dirakamkan menunggang di sekitar bandar berkenaan sekitar jam 2 petang tadi. Menurut laporan  Sin Chew Daily , lelaki itu berada dalam keadaan keliru dan disyaki di bawah pengaruh dadah. Lelaki berkenaan dilaporkan berlegar di sekitar Jalan Pasar dan Jalan Maharajalela . "Ada beberapa saksi melaporkan dia menunggu di hadapan lampu isyarat dengan tenang. Dia kelihatan seperti tidak sedar bahawa dia sedang berbogel," kata laporan itu. Lelaki yang menunggang motosikal secara bogel di pekan Teluk Intan, semalam telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan kerana mengalami gangguan mental. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, warga tempatan berusia 30-an itu dibawa sendiri oleh ahli keluarganya. Menurutnya, berdasarkan siasatan, lelaki itu memang...

[Video] Tahfiz Cilik 2 Tahun Hafal 42 Surah.. Ibu Bapa Adik Ziyyad Kongsikan Tips Mudah Menghafal Al-Quran!

Beberapa hari lalu tular di media sosial cerita mengenai seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang sudah menghafal al-Quran. KUALA LUMPUR : “Bacaan al-Quran menemani hidup anak saya sejak dari kandungan hinggalah kini. Itulah penghiburnya setiap hari,” kata Nurul Shahida Lukman, 27, mengenai anaknya Ahmad Ziyyad Mohd Zahir yang berusia dua tahun lapan bulan. Kaedahnya dan suami Mohd Zahir Mohamad Noor Sabri, 30, memberi kesan memberangsangkan apabila anak tunggal mereka itu kini mampu menghafal 42 surah termasuk semua ayat lazim Muqadam. “Kami mula mengesan minat Ahmad Ziyyad menghafal ayat al-Quran sejak berusia 11 bulan. Ketika itu kami dapat lihat mulutnya terkumat-kamit mengikut saya membaca al-Quran walaupun sebutannya kurang jelas. "Tips mudah yang ibubapa kanak-kanak bijak ini kongsikan ialah mereka tidak pernah mendendangkan lagu lain selain bacaan Al-Quran walau dimana sahaja, rumah, dalam kereta atau sebelum tidur juga kanak-kanak itu disenandungkan d...

PENCERAHAN! Tular Isu Beras Jenama Jasmine Tak Cukup Berat Timbangan... Baca selanjutnya~

Tular di media sosial isu timbangan beras yang dikatakan tidak mencukupi. Bertindak pantas isu viral tersebut Penguatkuasa KPDNKK cawangan Shah Alam telah melakukan siasatan ke atas syarikat pengeluar beras tersebut. Dan berikut hasil siasatan admin kongsikan sumber daripada laman rasmi Penguatkuasa KPDNKK :  SIASATAN ISU VIRAL: BERAS JENAMA JASMINE 3.1.2018(Rabu)- KPDNKK melalui cawangan Shah Alam telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan berkenaan Aduan mengenai berat timbangan beras Jenama Jasmine Super Special Tempatan 10 kg yang dikeluarkan oleh syarikat Jasmine Food Corporation Sdn Bhd dikatakan timbangan kuantiti beras yang dibeli kurang daripada 10kg tidak seperti yang dipamerikan pada pembungkusan. Berdasarkan kenyataan daripada Pihak Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, kedua-dua pihak yang telah menularkan video tersebut membeli beras daripada penjual yang sama iaitu bukan pengedar sah daripada Pihak Jasmine Food Corporation Sdn Bhd. Pihak Jasm...

GEMPAK!! Pilot Malindo Air Rakyat Malaysia ditahan Kerana Dadah

Juruterbang ditahan memiliki syabu KUALA LUMPUR: Seorang juruterbang Malindo Air berasal dari Malaysia ditahan di Batam, Indonesia kerana didapati positif dadah jenis syabu, kelmarin. Lelaki berusia 34 tahun berasal dari Kelantan itu ditahan dalam pemeriksaan ujian saringan air kencing yang dijalankan Badan Narkotika Nasional Provinsi (BNNP) Kepulauan Riau di Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Batam. Memetik laporan Detik.com, pemeriksaan lanjut mendapati suspek turut menemui satu paket syabu seberat 1.09 gram dalam bagasi miliknya selain alat penghisap dadah atau 'bong'. "Tangkapan itu susulan ujian saringan air kencing terhadapnya yang didapati positif dadah," kata laporan itu. Sementara itu, laporan oleh Kompas.com pula menyatakan suspek sepatutnya akan melakukan penerbangan semula dari Batam ke Subang, semalam. "Suspek sedang bermalam di Batam sementara menunggu untuk melakukan penerbangan ke Subang sekitar jam 11 p...

Wanita Maut Bahana Bercakap Di Hp Ketika Sedang Dicas!

Isteri seorang anggota polis maut selepas terkena renjatan elektrik semasa membuat panggilan telefon bimbit yang sedang dicas di kediamannnya di Taman Desa Baiduri, Cheras. Wanita itu Suhana Mohamad, 30, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital susulan insiden pada 11.30 malam pada Jumaat lepas. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata suami wanita itu yang bertugas di Bukit Aman terus membawa isterinya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di sini untuk rawatan. "Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan, pada Ahad. Abdul Ghani berkata jenazah wanita itu dibawa pulang ke kampung halamannya di Gua Musang, Kelantan petang semalam dan akan dikebumikan pada pagi ini. Mangsa meninggalkan seorang anak lelaki berumur lima tahun dan seorang anak perempuan berumur dua tahun. p/s :Keja...
Lazada Malaysia