JAKARTA - Seorang lelaki Taiwan mencari jodoh yang berasal dari Indonesia. Dia juga malah membuat iklan dan menawarkan duit hantaran sebanyak 100 Juta Rupiah yang bersamaan dengan RM27000 ringgit.
Ceritanya bermula apabila Novita Haidir membuat posting iklan tersebut di Facebook. Beliau yang berkhidmat bersama seorang majikan berasal daripada Taiwan menyatakan ingin menjodohkan anak buah beliau yang berumur 34 tahun dengan gadis Islam Indonesia. Tulisnya
"Jadi gini, Pemuda yang berjaket biru itu adalah keponakan Boss saiia orang TAIWAN asli, dia sedang mencari istri orang indonesia"
Malah keluarga mereka sanggup menanggung segala kos perkahwinan dan menawarkan wang hantaran sebanyak itu dan bahkan jika ada yang mahu, lelaki itu sanggup datang ke Indonesia bersama keluarganya untuk melangsungkan pernikahan.
Beliau menyatakan anak buahnya lelaki lumpuh kaki namun masih boleh berjalan dan mempunyai harta yang banyak.
Lelaki tersebut tidak kisah status bakal isterinya samaada anak dara ataupun janda namun lebih mengutamakan perempuan yang berumur bawah 34 tahun. Malah dia juga sanggup untuk disunatkan jika ditakdirkan bertemu dengan jodohnya itu.
Posting yang menjadi viral di Indonesia ini mendapat pelbagai reaksi dan komen. Ada yang menyokong dan megalakkan tindakan lelaki tersebut yang dipercayai dapat menarik seorang lagi saudara islam baru namun ada juga yang mengecam dan menyatakan semua ini hanya prank dan jenaka sahaja.
"Jika ada dari kawan kawan fb saiia ada yang berminat bisa PM 081271551986 bisa kirim fhoto dan data diri melalui inbok Novita Haidir atas perhatian dan waktunya saiia ucapkan terima kasih." Tutup Novita
![]() |
| lelaki taiwan ini juga single dan tawarkan hantaran yang lebih mahal |
p/s : Melalui sumber lelaki tersebut telah jumpa calon yang dia berkenan..cantik dan manis sangat perempuannya... Pendapat korang layakkah dia dapat hantaran sebanyak itu atau dia layak dapat lebih??





Comments