[Video] Tahfiz Cilik 2 Tahun Hafal 42 Surah.. Ibu Bapa Adik Ziyyad Kongsikan Tips Mudah Menghafal Al-Quran!
Beberapa hari lalu tular di media sosial cerita mengenai seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang sudah menghafal al-Quran.
KUALA LUMPUR: “Bacaan al-Quran menemani hidup anak saya sejak dari kandungan hinggalah kini. Itulah penghiburnya setiap hari,” kata Nurul Shahida Lukman, 27, mengenai anaknya Ahmad Ziyyad Mohd Zahir yang berusia dua tahun lapan bulan.
Kaedahnya dan suami Mohd Zahir Mohamad Noor Sabri, 30, memberi kesan memberangsangkan apabila anak tunggal mereka itu kini mampu menghafal 42 surah termasuk semua ayat lazim Muqadam.
“Kami mula mengesan minat Ahmad Ziyyad menghafal ayat al-Quran sejak berusia 11 bulan. Ketika itu kami dapat lihat mulutnya terkumat-kamit mengikut saya membaca al-Quran walaupun sebutannya kurang jelas.
"Tips mudah yang ibubapa kanak-kanak bijak ini kongsikan ialah mereka tidak pernah mendendangkan lagu lain selain bacaan Al-Quran walau dimana sahaja, rumah, dalam kereta atau sebelum tidur juga kanak-kanak itu disenandungkan dengan alunan suci Al-quran"
MashaAllah kuasa Kalam Allah indah sungguh...
Admin kongsikan sekali Tips lain Bagaimana Mendidik Anak-Anak Mudah Menghafal Al-Quran, tips yang diamalkan oleh ibubapa penghafaz Al-Quran termuda di dunia!.
Teknik ini dilakukan oleh Dr. Rasya el-Ghayyar, ibu dari 3 orang hafiz termuda di dunia (Tabarak, Yazid, Zeenah) bermula semenajk hamil lagi.
1. Memperbanyakkan Tilawah Al-Quran
Dr. Rasya yang merupakan pensyarah di Batterje Medical College itu menjadikan kebiasaan membaca Al Qur’an sejak sebelum berkahwin lagi. Ketika beliau sedang hamil, perkara tersebut terus dilakukan. Bahkan, kekerapannya meningkat daripada biasa.
2. Menambah hafalan Al Quran
Selain memperbanyakkan tilawah al-Quran, Dr. Rasya juga berusaha menambah hafalannya ketika ia mengandung ketiga-tiga orang anaknya iaitu anak pertama (Tabarak), anak kedua (Yazeed), maupun anak ketiga (Zeenah).
3. Melazimkan Berdoa
Dr. Rasya sering memanjatkan doa khusus pada waktu hamil. Ia berdoa sepertimanaa doa isteri Imran yang mulia:
رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّي إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang ada dalam kandunganku menjadi hamba yang soleh danmemberi khidmat. Oleh kerana itu, terimalah (nazar) itu dariku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (QS. Ali Imran: 35)
Dr. Rasya juga menazarkan anaknya menjadi seorang anak yang taat kepada Allah dan berbakti untuk Al Quran.
Aljhamdulillah, berkat doa tersebut, ia kemudian dikabulkan oleh Allah. Tabarak yang lahir pada 20 Dzulhijjah 1423 H bertepatan dengan 22 Februari 2003, mulai menghafal Al Qur’an pada usia 3 tahun dan menjadi hafiz pada usia 4-5 tahun.
Beliau telah lulus ujian al Jamiyyah al Khairiyah li Tahfizh al Qur’an al Karim di Jeddah dan al Hai’ah al ‘Alamiyah li Ta’lim al Qur’an al Karim milik Rabithah al ‘Alam al Islami dengan tahap mumtaz. Dengan itu juga, Tabarak telah tercatat sebagai hafiz termuda di dunia.
Anak kedua, Yazid Tamamuddin juga hafal Al Quran 30 juz pada usia 4,5 tahun. Tahap nilai lebih tinggi dari kakaknya. Meskipun sama-sama mumtaz, Tabarak telah mendapat nilai 90 manakala Yazeed mendapat nilai 95.
Anak ketiga juga demikian. Zeenah el Laboody hafal Al Quran 30 juz pada usia kurang dari lima tahun.
Akhirnya, jadilah ketiganya menjadi 3 hafiz termuda di dunia. Masya Allah.
4. Membiasakan solat tahajud
Ketika seseorang mengeluh mengapa ia mudah lupa hafalan Al Quran, Dr. Kamil el Laboody menyarankan agar orang tersebut membiasakan solat tahajud. Solat tahajud merupakan sarana mendekat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang dahsyat dan memberi kesan kepada bersihnya hati sehingga mudah mengingat Al Quran. Sebaliknya, hafalan Al Quran sulit bersatu dengan hati yang kotor.
5. Memperbanyakkan doa
Sebab Allah-lah yang menguasai hati manusia. Dia yang menurunkan kalam-kalam sucinya sebanyak 114 surat. Dia pula yang berkehendak meletakkan hafalan kalam suci ke dalam hati hamba yang dikehendakiNya. Maka perbanyaklah doa kepada Allah, khususnya di sepertiga malam yang terakhir setelah shalat tahajud agar Allah berkenan menjadikan kita penghafal Al Quran.
6. Mengulang hafalan dalam solat sunnah
Surah atau ayat yang telah dihafal hendaklah dibiasakan dibaca saat solat sunnah. Dengan demikian, hafalan itu terjaga secara berulang-ulang dalam waktu yang lama.
7. Wirid harian
Ketika diwawancara oleh penulis buku Rahsia Sukses 3 Hafiz Quran Cilik Mengguncang Dunia, Dr. Rasya Abdul Mun’im el Ghayyar menyarankan agar penghafal Al Quran merutinkan wirid harian. Setelah ketiga anaknya hafal 30 juz, mereka bertiga rutin membaca tiga juz Al Quran setiap hari. Wirid harian dengan membaca tiga juz inilah yang menjadi muraja’ah mereka. Untuk menyelesaikan wirid harian tiga juz ini, mereka rata-rata membutuhkan waktu 2.5 jam.
Dengan 7 tips ini, terbukti Tabarak, Yazid dan Ziinah bukan hanya hafal Al Quran di usia 4,5 tahun sehingga menjadi 3 hafiz termuda di dunia, namun Allah juga menjaga hafalan mereka.
Semoga kita dipermudahkan Allah menjadi hafiz Al Quran. Semoga anak keturunan kita juga dimudahkan Allah menjadi penghafal Al Quran. Dan kita semua dijaga oleh Allah sehingga tidak lupa hafalan Al Quran serta dapat memberi manfaat kepada orang lain. Semoga admin dikurniakan zuriat yang dapat dididik seperti ini juga...InshaAllah aminnnnn




Comments