Wanita Maut Bahana Bercakap Di Hp Ketika Sedang Dicas! Skip to main content

Wanita Maut Bahana Bercakap Di Hp Ketika Sedang Dicas!



Isteri seorang anggota polis maut selepas terkena renjatan elektrik semasa membuat panggilan telefon bimbit yang sedang dicas di kediamannnya di Taman Desa Baiduri, Cheras.

Wanita itu Suhana Mohamad, 30, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital susulan insiden pada 11.30 malam pada Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata suami wanita itu yang bertugas di Bukit Aman terus membawa isterinya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di sini untuk rawatan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Abdul Ghani berkata jenazah wanita itu dibawa pulang ke kampung halamannya di Gua Musang, Kelantan petang semalam dan akan dikebumikan pada pagi ini.

Mangsa meninggalkan seorang anak lelaki berumur lima tahun dan seorang anak perempuan berumur dua tahun.
p/s :Kejadian yang berlaku tahun lepas ini diharapkan dapat memberi pengajaran kepada kita.
Kalau masih ada yang suka amalkan bercakap telefon ketika sedang di cas admin nasihatkan korang boleh teruskan amalan itu jika ingin umur pendek dan amalan dah terlalu banyak untuk dibawa bekalan. Tak jadi kes ini korang pasti tak percaya atau tak ambil peduli kan.. so dah terbukti tabiat itu bahaya korang boleh lah amalkan selalu. #sarcsm #synicaljokes

Comments

Popular posts from this blog

bawaku terbang....

dear diary.... u guys must think im going to post d lyrics or anything related to d fabulous cats song rite??..haha actuly rite now im counting out the time to go to sarawak ...weeee ^_^ my flight is going to b tomoro subuh but i will move from segamat at 2a.m tonite ...so i will not b able to post any blog for dis coming 4 days ...doakan saya selamat pergi dan balik ye kwn2!...insyallah

Lelaki Bangsat!

sekadar gambar hiasan bace dulu ni true story.... Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. FAIZUL, seorang doktor pakar jiwa...... ; Gadis : " Doktor , saya > merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya > memanggilnya lelaki > bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan > ada kalanya pula saya rasa > memang patut saya memanggil dia seperti > itu..." > > Doktor : "Hmm. > panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk > > seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab > tersendiri memangilnya > demikian. Ceritakanlah kpd > saya agar saya dapat membantu.." > > Gadis : "Ya memang > ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta > di tepi pantai.Dia pegang > tangan saya." > > Doktor : "Dia pegang > tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh. > > > Gadis : "Ya. seperti > yg doktor lakukan" ...
Lazada Malaysia