Jambatan Maut Lipis.. Kita Dengar Dulu Apa YB Nak Explain Lepastu Baru Kita KECAM Berjemaah! Skip to main content

Jambatan Maut Lipis.. Kita Dengar Dulu Apa YB Nak Explain Lepastu Baru Kita KECAM Berjemaah!


Tular dilaman media sosial seorang kanak-kanak di temani bapanya menyeberangi sebuah jambatan merintangi sungai yang dipenuhi air sungai selepas banjir semata-mata kerana ingin memulakan hari pertamanya di sekolah.

Menurut penjelasan ibu kepada kanak-kanak itu mereka terpaksa mengambil jalan singkat melalui jambatan tersebut kerana jarak yang lebih dekat disamping menjimatkan masa walaupun sedar risiko bahaya yang suami dan anaknya ambil.

Ramai netizen mengecam pemimpin kawasan tersebut yang dikatakan tidak peka dengan masalah rakyat. Namun bertindak atas tular yang disebarkan YB Wan Rosdy telah bersemuka terus dengan bapa kanak-kanak ini bagi menjelaskan situasi dan perkembangan projek Jambatan tersebut. 

(Bukan tular baru nak buat kerja tau tapi bila dah tular YB sendiri turun pandang bagi penjelasan ini #rare #respek).
Menurut pihak JKR sendiri projek tersebut telah diusulkan lebih awal dan bajet telah diluluskan jadi hanya tunggu tarikh 8hb Jan untuk projek itu dijalankan. Hatta JKR telah ambil inisiatif untuk memulakan projek tersebut berkuatkuasa serta merta bila ianya menjadi tular di media sosial.

Walaupun ramai pihak menghentam JKR dan jadikan ini isu politik tetapi ada juga netizen yang mengecam ibubapa kanak-kanak tersebut kerana berfikiran singkat dan sanggup menangung risiko keselamatan anak mereka.

Admin sendiri tengok video tu seriau kot. Kalau jambatan tu okay pun rasanya fikir dua tiga kali nak lalu sebab air sungai tengah deras, ni kan keadaan jambatan nazak macam tu. Berani betul la ibubapa kau dik!. (masa ni boleh pakai yer pepatah biar lambat asalkan selamat)..


Ibubapa kata jalan alternatif jauh dan mengambil masa. Admin nak tanya jalan alternatif tuh ambil masa sampai 3 jam ke? #tanyajer... sebab rasanya kalau 3 jam pun kalau kita fikir sayang anak, lebih baik bangun dan kuar rumah awal daripada ambil risiko macam itu...kan? (nak seribu daya taknak kasi tular sahaja?..gittew)...

Admin dulu pergi sekolah pun sebelum subuh dah keluar rumah tau dik, lalu jambatan seberang sungai jugak sampai kene flashy lagi tapi nak timba ilmu punya pasal kan tak pe...tapi tak de pulak orang nak viralkan keGIGIHan ku ketika itu (nak jugak haha)....

ke mungkin ibubapa ni fikir nak jimat petrol KOWT!..(ah sudah libatkan KPDNKK n MOF la pulok)...haha dan ada juga yang kata kemudahan bot pun ada untuk menyeberangi sungai tuh.. haa dah tu kenapa aksi stunt jugak dipilih. ANEH?

Korang bacalah penjelasan dari netizen lain pulak kat bawah ni. Kalau nak menarik sikit tengok video kat bawah tu...


1. Beberapa video tular tentang seorang bapa yang tidak bertanggungjawab membawa anaknya melalui jambatan yang rosak untuk ke sekolah.

2. Video itu pula dirakam oleh ibunya yang tidak bertanggungjawab.

3. Sebenarnya jambatan yang rosak itu sudah pun dijadualkan untuk dibaiki bermula 8hb Januari ini dan dijangkakan akan siap pada 18 Mac 2018.

4. Kerja dijadualkan bermula 8 hb Januari kerana bulan Disember adalah musim hujan, tidak sesuai dan tidak selamat untuk kerja-kerja pembaikan.

5. Padahal jalan darat alternatif sudah pun disediakan untuk kemudahan penduduk di situ.

6. Ibu bapa tersebut sebenarnya boleh sahaja mendapatkan maklumat terkini tentang jambatan itu dari pemimpin-pemimpin setempat daripada membuat posting yang menghasut.

7. Postingnya dikongsi oleh puluhan ribu manusia dan telah menjadi medan untuk khawarij-khawarij menghasut dan menghina pemerintah.

8. Penerangan telah diberikan kepada ibu bapa yang tidak bertanggungjawab ini. Namun posting-postingnya yang menjadi fitnah kepada pemimpin masih lagi dibiarkan, tidak pula dipadam.

Harap dengan penjelasan dari YB Wan dan JKR tak ade lagi dah pihak yang menghentam kerajaan dan mainkan isu politik kat sini. 


p/s: Ibu kanak-kanak tu pun dah bagi kenyataan maaf. Admin backup sebab paham sangat dengan prosedur kewangan kerajaan, memang MAKAN MASA weiii T_T.. bertabahlah...Sebenarnya admin malas nak kupas isu ni sebab tahu cybertroopers JKR power dah, so mereka boleh counter balik dan troubleshoot kes ini tapi atas dasar #tabayyun kita kongsilah penjelasan JKR ni agar lebih ramai rakyat Malaysia yang buka minda dan ambil sikap #takpastijangankongsi hokay.... 

Sumber : Friend of JKR

Comments

Popular posts from this blog

'Jaan Punching Bag'.. Kisah Realiti atau Fantasi?? Jom Rungkaikan Misteri

Ramai sangat lah yang kongsikan cerita 'Jaan Punching Bag' lately ni. Aku antara yang terawal baca kisah ni tetapi tak habis baca pun. Baca mula-mula macam semangat jugak lah tetapi makin lama aku rasa makin mengarut jer kisah dia.   Disebabkan aku ni kaki novel aku rasa cara penceritaan budak ni macam rekaan je pun ada macam fiksyen jer pun ada. Sebab macam tak boleh diterima akal jer ada ke wujud binatang bertopeng kan manusia seperti bapa Alisha dan bekas-bekas suami Alisha tu.. hurmmm So aku decide tak habiskan pembacaan aku sebab rasa mengarut sangat kot.  Sudahnya aku tutup je lah sebab macam tak menarik untuk ambil tahu. Lagipun ada 15 part untuk cerita ini sahaja. Part 1 pun dah panjang, inikan nak habis baca sampai part 15. Memang tak lah kan. Kagum dengan mereka yang gigih membaca sampai habis cerita ni. Ada yang kata tak logik, ada juga yang menangis selepas membacanya. Tetapi pagi ni masuk je ofis buka FB-ku viral lagi rupanya kisah ni ...

'Jaan Punching Bag' Kisah Penuh! (Full Story)

Penangan 'Jaan Punching Bag' hampir menengelamkan ke-suspen-an menunggu PC FatZura. Okay hari itu aku review pasal cerita ni yang aku rasa nonsense ada berlaku kat realiti kan.  Tapi sekarang aku rasa macam tak mustahil lak semua ni berlaku cuma ofcourse lah ditokok tambah sikit oleh penulis dan di olah sesedap rasa kan. Mana lah kita tau nasib semua orang kat dunia ni, mungkin ada yang tak bernasib baik macam dalam jalan cerita ni.  Cerita ni jadi viral sangat pun aku rasa sebab penulis guna modal 'Based On True Story' kalau dia tak mention gitu atau just post sebagai satu karya novel atau cerpen mampuih lah orang tak berminat pun nak baca pun. Agaknya la kot Btw posting ni aku share Full Story yang tak berapa nak full sebab start dari Ep. 3 tapi boleh la kan sebab ramai kata cerita sebenar dari penulis telah di delete. Nak bagi credit untuk penulis pun tak jumpa dah FB nya.  So harap penulisnya halalkan la perkongsian aku ni. Aku malas nak ...

[TERKINI] Menara Bergoyang Akibat kejadian Gempa Bumi yang berlaku di Indonesia pagi tadi

JAKARTA : Gempa bumi dengan kekuatan 6.5 skala Richter telah menggegarkan Jakarta Selatan, Indonesia hari ini,  CNN Indonesia  melaporkan. Gegaran selama 40 saat itu dirasai di Gedung Transmedia, Jalan Tendean, menyebabkan orang ramai yang berada di gedung berkenaan bertindak keluar untuk menyelamatkan diri Walau bagaimanapun tiada kerosakan mahupun kehilangan nyawa dilaporkan susulan gegaran berkenaan. Menurut laporan  Detik News , tiada amaran tsunami di sekitar Banten meskipun pusat gegaran itu berada 10 kilometer dari permukaan laut. Sumber :  Astro Awani
Lazada Malaysia