Gara-Gara Kawalan Terlalu 'Ketat' di KLIA2 Seorang Kanak-Kanak 12tahun Terpaksa Ditinggalkan Bersendirian di Lapangan Terbang Skip to main content

Gara-Gara Kawalan Terlalu 'Ketat' di KLIA2 Seorang Kanak-Kanak 12tahun Terpaksa Ditinggalkan Bersendirian di Lapangan Terbang

Pengalaman berdepan dengan masalah di Lapangan Terbang bukan menjadi masalah yang asing lagi untuk mereka yang biasa travel. Salah seorang keluarga admin juga pernah lalui saat kecemasan lebih kurang seperti ini di Lapangan Terbang luar negara dan ketika itu terpaksa redho untuk beli tiket yang lain (3-4k) harganya sebab fikir dah memang SOP airport luar negara itu. Dan assume memang SOP di airport 'KETAT' sangat kot...

Bila kisah ini menjadi viral tak sangka pulak Airport kita pun se'ketat' itu SOP nya. Tetapi teringat pulak kes aBangla banyak yang lobos dari jalan udara kita yang hangat diperkatakan baru-baru ni, boleh lepas pulak kan?..PELIK ek?... ke mereka hanya boleh bertolak ansur dengan orang asing je ke macam mane? #tanyajer... tak payah nak kupas lebih jom baca kisah sadis adik 12 tahun ni...

KUCHING: Seorang penjawat awam hari ini melahirkan kekecewaannya terhadap “kebiadapan” pegawai Polis Bantuan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang menyebabkannya terpaksa mengambil risiko meninggalkan anak perempuannya yang berusia 12 tahun keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) tanpa pengawasan hampir sembilan jam hari ini.
Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Jabatan Pendidikan Negeri, Wan Fadillah Wan Ahmad berkata, kejadian berlaku pagi tadi apabila salah seorang daripada tujuh anaknya tercicir mykid ketika hendak mendaftar masuk penerbangan ke Kuching menggunakan pesawat Air Asia sekitar jam 1.40 petang.

“Apabila menyedari kehilangan MyKid itu, saya segera membuat laporan polis di KLIA2 sebelum menemui anggota keselamatan MAHB di pintu masuk pelepasan domestik untuk memaklumkan masalah yang dihadapi.

“Malangnya anggota terbabit bertegas, anak saya tidak dibenarkan melepasi pemeriksaan keselamatan biarpun ditunjukkan laporan polis , salinan pasport dalam telefon bimbit dan salinan sijil surat beranak.

Kata Wan Fadillah lagi, lebih mengecewakan, beliau didesak untuk menunjukkan mykid dan sijil beranak asal, biarpun tahu sukar baginya untuk mendapatkannya pada waktu itu.

“Saya menghubungi Pengarah Imigresen Sarawak, Ken Leben untuk membantu dan pegawai-pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan KLIA2 telah cuba menghubungi Ketua Keselamatan Pelepasan Dalam Negeri berpangkat Inspektor, namun usaha mereka gagal.

“Sebaliknya pegawai terbabit mendesak Imigresen Sarawak memgeluarkan surat pengesahan, sesuatu yang amat mustahil diusahakan dalam jangka masa terdekat.

“Saya ke KLIA2 menggunakan penerbangan pada jam 5.40 petang dan menjemput anak saya untuk terbang ke Kuching menggunakan penerbangan pada jam 10.35 malam.

Katanya, yang menjadi kekesalannya adalah tiada tindakan oleh pihak MAHB untuk menghulurkan bantuan dalam kes ini.

“Kita tahu mereka menjalankan tugas, tetapi mereka juga harus faham situasi seperti ini yang boleh berlaku kepada para penumpang, terutamanya orang luar.

“Seharusnya mereka menyediakan pegawai berautoriti yang boleh bertindak untuk menyelesaikan masalah sebegini, termasuk mempertimbangkan masalah yang dialami oleh pelanggan.

Katanya, beliau kesal dengan sikap tidak profesional MAHB, termasuk kesombongan pegawai barisan hadapannya.

“Mereka malah sehingga menghalang saya berjumpa dengan pegawai atasan mereka.

“Pengalaman ini amat mengecewakan dan saya akan membuat aduan rasmi kepada pihak Menteri Pengangkutan,” tambahnya lagi.

p/s: Jangan lah kata kalau SOP longgar salah ketat pun salah...sebenarnya boleh bertindak atas budi bicara kan, haih macam ni dah jadi kes 'Kera di hutan di susukan anak ditinggalkan di KLIA'  ehhh.... 

Comments

Popular posts from this blog

'Jaan Punching Bag'.. Kisah Realiti atau Fantasi?? Jom Rungkaikan Misteri

Ramai sangat lah yang kongsikan cerita 'Jaan Punching Bag' lately ni. Aku antara yang terawal baca kisah ni tetapi tak habis baca pun. Baca mula-mula macam semangat jugak lah tetapi makin lama aku rasa makin mengarut jer kisah dia.   Disebabkan aku ni kaki novel aku rasa cara penceritaan budak ni macam rekaan je pun ada macam fiksyen jer pun ada. Sebab macam tak boleh diterima akal jer ada ke wujud binatang bertopeng kan manusia seperti bapa Alisha dan bekas-bekas suami Alisha tu.. hurmmm So aku decide tak habiskan pembacaan aku sebab rasa mengarut sangat kot.  Sudahnya aku tutup je lah sebab macam tak menarik untuk ambil tahu. Lagipun ada 15 part untuk cerita ini sahaja. Part 1 pun dah panjang, inikan nak habis baca sampai part 15. Memang tak lah kan. Kagum dengan mereka yang gigih membaca sampai habis cerita ni. Ada yang kata tak logik, ada juga yang menangis selepas membacanya. Tetapi pagi ni masuk je ofis buka FB-ku viral lagi rupanya kisah ni ...

'Jaan Punching Bag' Kisah Penuh! (Full Story)

Penangan 'Jaan Punching Bag' hampir menengelamkan ke-suspen-an menunggu PC FatZura. Okay hari itu aku review pasal cerita ni yang aku rasa nonsense ada berlaku kat realiti kan.  Tapi sekarang aku rasa macam tak mustahil lak semua ni berlaku cuma ofcourse lah ditokok tambah sikit oleh penulis dan di olah sesedap rasa kan. Mana lah kita tau nasib semua orang kat dunia ni, mungkin ada yang tak bernasib baik macam dalam jalan cerita ni.  Cerita ni jadi viral sangat pun aku rasa sebab penulis guna modal 'Based On True Story' kalau dia tak mention gitu atau just post sebagai satu karya novel atau cerpen mampuih lah orang tak berminat pun nak baca pun. Agaknya la kot Btw posting ni aku share Full Story yang tak berapa nak full sebab start dari Ep. 3 tapi boleh la kan sebab ramai kata cerita sebenar dari penulis telah di delete. Nak bagi credit untuk penulis pun tak jumpa dah FB nya.  So harap penulisnya halalkan la perkongsian aku ni. Aku malas nak ...

[TERKINI] Menara Bergoyang Akibat kejadian Gempa Bumi yang berlaku di Indonesia pagi tadi

JAKARTA : Gempa bumi dengan kekuatan 6.5 skala Richter telah menggegarkan Jakarta Selatan, Indonesia hari ini,  CNN Indonesia  melaporkan. Gegaran selama 40 saat itu dirasai di Gedung Transmedia, Jalan Tendean, menyebabkan orang ramai yang berada di gedung berkenaan bertindak keluar untuk menyelamatkan diri Walau bagaimanapun tiada kerosakan mahupun kehilangan nyawa dilaporkan susulan gegaran berkenaan. Menurut laporan  Detik News , tiada amaran tsunami di sekitar Banten meskipun pusat gegaran itu berada 10 kilometer dari permukaan laut. Sumber :  Astro Awani
Lazada Malaysia