[VIDEO] Iqram Dinzly 'MURTAD' Komen Seorang Ustaz Bila Dia Gelar Rasulullah s.a.w 'Che Mat'! Skip to main content

[VIDEO] Iqram Dinzly 'MURTAD' Komen Seorang Ustaz Bila Dia Gelar Rasulullah s.a.w 'Che Mat'!


PELAKON Iqram Dinzly membuat permohonan maaf selepas terlepas cakap memanggil Nabi Muhammad SAW dengan gelaran Che Mat.

Video Iqram menggunakan gelaran itu dirakam ketika menjadi tetamu sebuah rancangan hiburan yang disiarkan di sebuah stesen televisyen pada Ahad, dan pantas menjadi buah mulut netizen.

Ia juga dikritik seorang ustaz, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary, yang melalui satu entri di Facebook, meminta agar Jabatan Agama Islam mengambil tindakan ke atas Iqram kerana gelaran itu boleh dianggap satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW.

Dalam satu temu bual yang disiarkan menerusi sesi Facebook Live portal Sinar Harian selepas kejadian itu, Iqram meminta maaf sambil menjelaskan dia tidak pernah terniat untuk merendahkan apatah lagi menghina Nabi Muhammad SAW.

Apa yang terjadi, kata Iqram, berpunca daripada kelalaiannya akibat kurang tidur, selain rasa gementar apabila muncul dalam program yang disiarkan secara langsung.

"Sebelum program itu bermula, memang saya agak kelam kabut. Saya bertolak dari Perak dalam keadaan tidak cukup tidur, dan sebelum sampai ke stesen televisyen itu, tayar kereta saya pula pecah.

"Perkataan itu terkeluar tanpa sengaja dan apabila sedar, saya cepat-cepat perbetulkannya semula.

"Tiada niat langsung untuk menghina junjungan besar kita yang mulia," kata Iqram.

Nama Iqram dipalit kontroversi selepas kerap tampil dengan aksi pelik di laman sosial sejak kebelakangan ini, malah turut dikaitkan dengan masalah psikologi.

tengok video ni seorang lagi ustaz 'sekolah' kan Iqram Dinzly.

Sumber : Sinar Harian.

p/s : Terlajak perahu boleh di go stand terlajak kata harap tidak diambil tindakan.





Comments

Popular posts from this blog

bawaku terbang....

dear diary.... u guys must think im going to post d lyrics or anything related to d fabulous cats song rite??..haha actuly rite now im counting out the time to go to sarawak ...weeee ^_^ my flight is going to b tomoro subuh but i will move from segamat at 2a.m tonite ...so i will not b able to post any blog for dis coming 4 days ...doakan saya selamat pergi dan balik ye kwn2!...insyallah

Lelaki Bangsat!

sekadar gambar hiasan bace dulu ni true story.... Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. FAIZUL, seorang doktor pakar jiwa...... ; Gadis : " Doktor , saya > merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya > memanggilnya lelaki > bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan > ada kalanya pula saya rasa > memang patut saya memanggil dia seperti > itu..." > > Doktor : "Hmm. > panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk > > seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab > tersendiri memangilnya > demikian. Ceritakanlah kpd > saya agar saya dapat membantu.." > > Gadis : "Ya memang > ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta > di tepi pantai.Dia pegang > tangan saya." > > Doktor : "Dia pegang > tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh. > > > Gadis : "Ya. seperti > yg doktor lakukan" ...
Lazada Malaysia