Alkisahnya, kebelakangan ni KPDNKK teruk di kecam berkaitan konflik antara Hj F dan Syarikat C****** Malaysia. KPDNKK diselar tidak mengambil tindakan untuk membela nasib pengusaha minyak ini...
So tengah lepak-lepak..
Aku tanya pendapat seorang sahabat aku dari tanah seberang...
aku tanya sebab dia ada tanah dan bangunan yang disewa oleh syarikat luar (kat kampung dia)..so dia maybe familiar dengan kes seumpama ni...
Aku tanya la pasal isu viral ni, betul ke KPDNKK salah sebab tak dapat bantu pengusaha-pengusaha ni...aku kesian dekat mereka sebab baya mak-abah kita je kan...
Boleh ke kerajaan seberang ambil apa-apa tindakan jika situasi ni berlaku kat negara seberang..
Dia jawab jika isu ini berlaku kat Negara Pasir Berdengung pun, isu ni memang hanya melibatkan PERJANJIAN yang dah dibuat antara Pengusaha Stesen Minyak dan Syarikat C****** Malaysia je. Keputusan mahkamah pun berdasarkan perjanjian yang mereka dah SETUJU dan sign...macam mana KPDNKK nak bantu isu yang mereka sendiri dah setuju dan sign.
let say KPDNKK tolong guna kuasa menteri.. haa penyalahgunaan kuasa dah berlaku.. sapa nak jawab kalau ada orang dakwa kat SPRM?? (tambahan pulak masa warta tukar sistem baru tu bukan zaman pentadbiran dan pengurusan DS HZ dan DS JS pun so acaner?) haihhh
Dia tambah lagi contohnya macam situasi yang dia sedang hadapi sekarang. (real story)
Kita namakan sahabat saya tu Mr.A = Syarikat C****** Malaysia
Pihak syarikat luar yang sewa bangunan dan tanah dia tu kita panggil Company B = Pengusaha stesen minyak.
Company B nak buat renovate (tak kisah lah sebab kerajaan yang suruh ke atau suka-suka). Company B kena mintak persetujuan Mr.A sebagai owner dulu baru boleh buat. Dan Mr.A letak syarat kalau nak renovate boleh tapi kena bagi bayaran dekat Mr.A 20% dari harga sewa tahunan dan sebagai balasan Mr.A akan naikkan sewa tu 10% je bila dah siap nanti dan Mr.A tak nak terlibat dengan apa-apa kos semasa renovate tuh.. Kalau Company B nak libatkan Mr.A dengan kos renovate,boleh tapi Mr.A akan naikkan sewa 50% tiap bulan sebab nak bare kos renovate tuh kan..Company B setuju dengan syarat pertama iaitu Company B tanggung kos renovate dan bayar 20% kepada Mr.A dan Mr.A hanya naikkan sewa 10% sahaja tiap bulan. Ok dua-dua setuju sign la PERJANJIAN depan peguam ya, bukan dalam wshatsapp atau dari calling-calling je.. So later tak boleh la kalau dah sign tiba-tiba Company B kata "ini tidak adil!" ...tiba-tiba rasa lebih banyak kos pulak kena tanggung nanti..aikk kau tak setuju tapi kau dah sign (nasib la labu)...Mr.A boleh saman Company B sebab langgar perjanjian tu. Kalau saman, mahkamah pun akan backup dan akan buat keputusan rujuk terma dalam perjanjian tu. Bukan sesuka hati berpihak pada sesiapa yang mahkamah suka
Lets say Mr.A kata tak boleh renovate sebab tu harta warisan..Company B tak puas hati Company B boleh blah lah ramai lagi nak sewa bangunan dan tanah Mr.A kot. Mr.A boleh tamatkan perjanjian (mungkin ada pampasan ) tu pun tertakluk terma dan syarat perjanjian. Company B tak boleh insist jugak kecuali ada tertera dalam terma perjanjian sebab tu harta Mr.A.
Apa-apa pun balik pada terma dan syarat perjanjian yang dah DIPERSETUJUI bersama oit...Bukan suka-hati mak abah je...
Yang jadi isu dan viral kat Malaysia sekarang ni pengusaha ambil pilihan kedua. iaitu Mr.A tanggung kos dan mereka Company B bayar bulanan lebih sikit dari sebelumnya. Dah setuju tiba-tiba terfikir tak adil pulak. Siapa yang suruh renovate tu pulak yang salah katanya...n salah kan kerajaan tak memasal sebab tak bantu backup...Upah Pihak X pulak protes dan buat bantahan (Pihak X of course la gigih..dah kata upah kan).....Aikkk
So part mana yang pihak kerajaan boleh bantu cuba bagitau sikit wahai cendekiawan se alam semesta?..
Mr.A kata kerajaan mana pun kat dunia ni akan pegang prinsip yang sama tau. Standard kot
dan tak kira la dah berapa lama pun Company B atau pengusaha minyak tu dah beroperasi ni bukan perjanjian sewa beli...sewa lama-lama smpai jadi hak milik, jadi harta sendiri...kan?...kecuali la dalam perjanjian masa awal awal dah cakap kalau kos apa apa renovate ke ape owner yang tanggung..bla bla bla...haa cmtu lain lak cita dia...
bukak la minda sikit supaya senang hadam ni semua. dah dah la tu kecam KPDNKK. sebab kadang aku rasa yang kecam ni tak tahu cita sebenar pun orang maki kau maki...orang carut kau carut...orang kecam kau kecam...orang masuk neraka kau nak follow gak ker? #tanyajer..tak tahu fakta main nak back up je... Tabayun wei tabayun~
P/s : Ada satu negara je yang aku tau boleh langgar perjanjian macam tu kat dunia ni... mula-mula menumpang pastu nak halau penduduk asal..haa korang rasa mana?... start dengan huruf I****L ...sapa tau cuba teka?



Comments