Nak Jimat Poket Ke Nak Tayang Jenama?.... Walhal Tag Jenama Tu Terlindung Belakang Tengkuk Anak Kita Je Pun.. Fikir-Fikir kan lah Skip to main content

Nak Jimat Poket Ke Nak Tayang Jenama?.... Walhal Tag Jenama Tu Terlindung Belakang Tengkuk Anak Kita Je Pun.. Fikir-Fikir kan lah






saja nak share..

kot mana tau bermanfaat untuk dikongsi bersama buat rakan-rakan yang anak ramai nak beli kelengkapan sekolah..

kami dah siap beli..

memang dari anak darjah 2 dulu sampai la sekarang kedai ini yang selalu kami pilih.. sebab bukan saja harga berbaloi dan murah, tapi kualiti pun bagus setanding jenama Cang**h tak pun Ki*o tak pun Pro*****r..

Cuma bezanya yang ni jenama Ure** jer.. so dah bertahun-tahun anak pakai baju uniform ni takde pulak badan anak naik kurap ker.. ruam ker..

sebab ada jugak yg tanya..
"pakai baju skolah yg murah ni elok kerrr??🙄"
"tak gatal ker badan anak pakai kain baju skolah tu??? 🙄🙄🙄"

well... ni nak cakap.. kain-kain ni adalah jenis cotton, sama jer pun dengan jenama Cang**h tak pun Pro**esor tu.. bezanya cuma jenama jer..

Dan lagi baju skolah ni sebenarnya tengok atas kelasakan anak korang pakai macam mana..

Kalau jenis lasak, pakai sehari pun dah boleh comot satu baju..

dah comot tu balik rumah sental laaa basuh macam biasa.. akan jadi putih bersih balik..

so.. terpulang atas penjagaan masing-masing la kan..

ok.. kedai ni namanya Butik Trio.. dekat shopping mall IOI city Mall ada, Setia City Mall ada, IOI puchong ada, AEON Shah Alam, Sunway City Mall ada..

Korang google laa sendiri mana nak cari butik ni yang terdekat cikmi cuma kongsi mana yang cikmi tau jer 😜

Untuk 3 helai kemeja sekolah dengan 2 helai seluar sekolah.. Total keseluruhan untuk 5 helai adalah RM75.50 jerrr..

Untuk setiap pembelian baju kemeja 2 helai atau baju kurung 2 helai, harga akan jadi RM25.00 tuk 2 helai, so tadi cikmi amik 3 helai kemeja, so harga yang ke3 pun jatuh pada RM 12.50 jugak..

Nampak tak jimat tak jimat kat situ??
5 helai uniform sekolah dengan harga RM75.50 jer..

so korang compare laa sdiri..
tepuk dahi tanya poket..😅
nak bayar RM200 tuk 5 helai uniform atau nak bayar RM 75.50 ??

the choice is in your hand..
jadilaa pembeli yang bijak😊

Sumber : Pengguna Bijak

p/s : Admin sangat la sokong dengan fakta hakak ni sebab admin pun bukan jenis orang yang kejar jenama sangat, mungkin sebab rasa diri ni rakyat marhaen jer so bagi admin asalkan cantik, selesa dipakai, saiz ngam dan paling penting MURAH dan JIMAT!... Admin SEBAT! Hangpa yang kisah sangat pasal jenama ni mesti minyak turun ke naik tak pedulik kan?? tak da gigih kecam-kecam gomen kat media sosial tiap kali minyak naik kan? #tanyajer

Comments

Popular posts from this blog

'Jaan Punching Bag'.. Kisah Realiti atau Fantasi?? Jom Rungkaikan Misteri

Ramai sangat lah yang kongsikan cerita 'Jaan Punching Bag' lately ni. Aku antara yang terawal baca kisah ni tetapi tak habis baca pun. Baca mula-mula macam semangat jugak lah tetapi makin lama aku rasa makin mengarut jer kisah dia.   Disebabkan aku ni kaki novel aku rasa cara penceritaan budak ni macam rekaan je pun ada macam fiksyen jer pun ada. Sebab macam tak boleh diterima akal jer ada ke wujud binatang bertopeng kan manusia seperti bapa Alisha dan bekas-bekas suami Alisha tu.. hurmmm So aku decide tak habiskan pembacaan aku sebab rasa mengarut sangat kot.  Sudahnya aku tutup je lah sebab macam tak menarik untuk ambil tahu. Lagipun ada 15 part untuk cerita ini sahaja. Part 1 pun dah panjang, inikan nak habis baca sampai part 15. Memang tak lah kan. Kagum dengan mereka yang gigih membaca sampai habis cerita ni. Ada yang kata tak logik, ada juga yang menangis selepas membacanya. Tetapi pagi ni masuk je ofis buka FB-ku viral lagi rupanya kisah ni ...

'Jaan Punching Bag' Kisah Penuh! (Full Story)

Penangan 'Jaan Punching Bag' hampir menengelamkan ke-suspen-an menunggu PC FatZura. Okay hari itu aku review pasal cerita ni yang aku rasa nonsense ada berlaku kat realiti kan.  Tapi sekarang aku rasa macam tak mustahil lak semua ni berlaku cuma ofcourse lah ditokok tambah sikit oleh penulis dan di olah sesedap rasa kan. Mana lah kita tau nasib semua orang kat dunia ni, mungkin ada yang tak bernasib baik macam dalam jalan cerita ni.  Cerita ni jadi viral sangat pun aku rasa sebab penulis guna modal 'Based On True Story' kalau dia tak mention gitu atau just post sebagai satu karya novel atau cerpen mampuih lah orang tak berminat pun nak baca pun. Agaknya la kot Btw posting ni aku share Full Story yang tak berapa nak full sebab start dari Ep. 3 tapi boleh la kan sebab ramai kata cerita sebenar dari penulis telah di delete. Nak bagi credit untuk penulis pun tak jumpa dah FB nya.  So harap penulisnya halalkan la perkongsian aku ni. Aku malas nak ...

Pergi Langkawi Naik Train ETS??.. Jom Cuti-Cuti Malaysia

Macam mana nak pergi trip ke Langkawi by Train ETS?. Actually sumber info daripada salah seorang kawan admin di FB, i like to share her experience tetapi dia buat posting itu for friends only so i have to re-write to share it...I pun pernah pergi Langkawi tetapi biasanya by flight so sesiapa nak cuba pengalaman baru (yang mana admin pun berminat nak) boleh lah share artikel ni tau. In the making i tengah buat travelog to East Malaysia so sementara tu kita baca perkongsian kawan FB i ok..  Ramai yang tahu Langkawi antara pulau percutian yang sangat sesuai untuk seisi keluarga, Pulau-pulau lain di Malaysia ni best jugak cuma Langkawi sinonim dengan tempat shopping jadi, kalau kita bawa isteri atau mak comfirm lah sampai ke telinga senyum mereka. Kalau dah biasa pergi Langkawi naik kapal terbang kita boleh cuba naik ETS pulak lepas ni. Jom follow macam mana  nak pi sana naik ETS!. 1.  Tambang ETS Dari KL Sentral ke Arau hanya RM73 sahaja. Jangan lupa tempah sebul...
Lazada Malaysia