10 Tips Macam Mana Nak Diet Tanpa Melakukan Senaman!.. Jom amalkan! Skip to main content

10 Tips Macam Mana Nak Diet Tanpa Melakukan Senaman!.. Jom amalkan!


Impian hampir semua orang terutamanya wanita kat dunia ni untuk nak kurus tapi malas nak bersenam. Kadang kekangan masa menjadi halangan untuk kita pergi bersenam terutamanya wanita yang sudah berkeluarga.
Sekarang ni anda tak perlu risau lagi untuk turunkan berat badan yang semakin hari semakin naik.
Ini kami kongsikan 10 tip mudah untuk kurus tanpa senam. Selamat mencuba!
1. Kurangkan skala makanan
Menurut pakar pemakanan, mengurangkan makanan adalah dengan memesan dua makanan pembuka tanpa mengambil hidangan utama. Bukan dengan mengira berat makanan sahaja. 
2. Hadkan makan
Anda boleh menghadkan mengambil makanan yang terlalu banyak dengan menyediakan bekas kecil atau piring. 
3. Minum Coklat Shake
Minuman coklat ‘shake’ berbeza dengan minuman coklat biasa kerana ia mengandungi protein dan kalori yang rendah. Malah, minuman ini buatkan anda rasa kenyang.
4. Bawa buah ke mana sahaja
Simpan dan membawa buah mengelakkan anda untuk mengambil makanan ringan yang lain.
5. Berus gigi selepas makan malam
Memberus gigi selepas makan malam akan membuatkan anda malas untuk makan lagi.
6. Elakan makan makanan yang berkalori tinggi
Elakkan daripada mengambil minuman yang mengandungi kalori tinggi seperti jus, minuman bergas dan sebagainya.
7. Bergambar sebelum diet
Sebelum memulakan diet, ambil gambar yang menunjukkan bentuk badan anda supaya anda boleh nampak berbezaan dari sehari ke sehari dan jadikan gambar tersebut sebagai motivasi diri. 
8. Pakai baju yang ketat
Dengan memakai pakaian yang ketat, ia akan memberi motivasi kepada anda dari tidak mengambil snek-snek yang membuatkan anda bertambah berat badan.
9. Amalkan air campuran timun
Apabila anda rasa lapar dan ingin makan snek ringan, cubalah minum air yang dicampur dengan timun. Ia boleh membantu anda merasa sedikit kenyang.
10. Habiskan Makanan
Simpan makanan yang tidak habis dimakan ke dalam bekas makanan dan simpan di dalam peti ais. Ini adalah untuk mengelakkan anda terus makan walaupun sudah kenyang. 
P/s: Siapa yang dah cuba tips ni jangan lupa kongsikan gambar sebelum dan selepas anda mengamalkan diet ok.. kita jadikan role model pembakar semangat kepada yang lain. Pendapat admin diet terbaik mestilah penjagaan makanan bersama dengan bersenam kesannya pun lebih cepat tapi boleh je kita try tips kat atas ni untuk yang tak cukup masa untuk bersenam.

Comments

Popular posts from this blog

bawaku terbang....

dear diary.... u guys must think im going to post d lyrics or anything related to d fabulous cats song rite??..haha actuly rite now im counting out the time to go to sarawak ...weeee ^_^ my flight is going to b tomoro subuh but i will move from segamat at 2a.m tonite ...so i will not b able to post any blog for dis coming 4 days ...doakan saya selamat pergi dan balik ye kwn2!...insyallah

Lelaki Bangsat!

sekadar gambar hiasan bace dulu ni true story.... Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. FAIZUL, seorang doktor pakar jiwa...... ; Gadis : " Doktor , saya > merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya > memanggilnya lelaki > bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan > ada kalanya pula saya rasa > memang patut saya memanggil dia seperti > itu..." > > Doktor : "Hmm. > panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk > > seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab > tersendiri memangilnya > demikian. Ceritakanlah kpd > saya agar saya dapat membantu.." > > Gadis : "Ya memang > ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta > di tepi pantai.Dia pegang > tangan saya." > > Doktor : "Dia pegang > tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh. > > > Gadis : "Ya. seperti > yg doktor lakukan" ...
Lazada Malaysia