Anda Layak untuk BR1M 2018?... Berikut Panduan Kemaskini Maklumat untuk Elak Permohonan Anda DITOLAK Skip to main content

Anda Layak untuk BR1M 2018?... Berikut Panduan Kemaskini Maklumat untuk Elak Permohonan Anda DITOLAK





بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Bagi yang tak tahu macam mana nak kemaskini maklumat untuk permohonan BR1M 2018 yang dibuka Disember nanti saya share kan cara-caranya dibawah ni. Tetapi sebelum itu pastikan anda semak kelayakan dahulu dan pastikan kemaskini dibuat Disember nanti untuk mengelakkan permohonan BR1M anda ditolak. 

Syarat Kelayakan: 

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia SAHAJA
    Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4, 000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4, 000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2, 000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BRIM 2018
  • Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BRIM 2018.
Borang yang lengkap mestilah dikemukakan bersama salinan dokumen, iaitu:-
  • MyKad pemohon
  • MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Passport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  • Sijil perceraian / Sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda.
  • Janda atau Duda yang tidak mempunyai tanggungan anak layak untuk mendapat BR1M 2018 bagi orang bujang. Jika mempunyai tanggungan salah seorang perlu memutuskan siapa yang perlu buat permohonan untuk kategori 2/3

Panduan Kemaskini eBRIM 2018
  1. Layari portal rasmi di https://ebr1m.hasil.gov.my
  2. Pilih menu SEMAKAN STATUS dan klik SEMAKAN STATUS
  3. Masukkan No. MyKad (12 angka) ke dalam ruangan yang disediakan
  4. Klik butang HANTAR.
Antara respons daripada portal adalah:
  • Paparan borang permohonan- jika data belum wujud (pemohon baharu)
  • Kotak mesej dengan mesej “No Pengenalan Tidak Sah. Sila hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berhampiran dengan membawa dokumen asal sijil lahir dan pengenalan tuan.”- jika No. MyKad tidak wujud dalam data JPN
  • Kotak mesej dengan mesej “Permohonan telah wujud dengan no. MyKad: XXXXXXXXXXXX. Sila ambil tindakan di menu Kemas Kini Permohonan.”- jika data telah wujud. Pemohon perlu mengemas kini maklumat peribadi di menu yang dinyatakan.
2. BORANG PERMOHONAN: 
BAHAGIAN A- MAKLUMAT PEMOHON
RUANGAN
BUTIRAN/ ARAHAN
Nama*
  • Nama penuh pemohon seperti yang tertera dalam MyKad
  • Nama pemohon akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud di JPN berdasarkan maklumat MyKad yang dimasukkan.
No. MyKad*
  • Akan dipaparkan berdasarkan maklumat MyKad.
Tarikh Lahir*
  • Akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud.
Umur*
  • Akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud
  • Jika tiada paparan, isikan umur pemohon pada Januari 2018.
Jantina*
  • Pilih dari menu dengan menekan butang anak panah
  • Akan dipaparkan secara automatik jika maklumat wujud.
Status Perkahwinan*
  • Pilih dari menu dengan menekan butang anak panah
  • Pilihan: Kahwin/Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/ Duda/Bujang.
Tarikh Perceraian/ Kematian Pasangan
  • Masukkan tarikh perceraian/kematian pasangan jika status perkahwinan pemohon adalah Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda.
  • Tarikh ini mestilah tidak melebihi tarikh semasa memohon.
No.Telefon Rumah
  • Masukkan nombor telefon rumah terkini pemohon, jika ada (contoh: 03-12345678)
No.Telefon Bimbit*
  • Masukkan nombor telefon bimbit terkini pemohon (contoh: 013-1234567)
Pekerjaan*
  • Pilih jenis pekerjaan pemohon dari menu
  • Pilihan: Bekerja Sendiri/Penggajian (Makan Gaji/Upah)/ Tidak Bekerja
Nama Bank*
  • Pilih nama bank yang dilanggani pemohon dari menu
  • Contoh: CIMB BANK BERHAD
No. Akaun Bank*
  • Masukkan nombor akaun bank pemohon di bank yang telah dipilih
Alamat e-Mel
  • Masukkan alamat e-mel pemohon yang aktif
Alamat Surat-Menyurat Terkini*
  • Masukkan alamat surat-menyurat terkini pemohon, poskod, bandar/daerah dan negeri.
  • Bandar/Daerah dan Negeri akan dipaparkan secara automatik jika poskod yang dimasukkan adalah sah.
  • Sekiranya maklumat Poskod yang dimasukkan adalah tidak sah, mesej peringatan akan dipaparkan.
Perhatian: Medan yang bertanda (*) merupakan ruangan yang WAJIB diisi.
3. BORANG PERMOHONAN:
BAHAGIAN B- MAKLUMAT SENDIRI/AHLI ISI RUMAH
Sendiri
  • Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM).
  • Jika tiada Pendapatan Kasar Bulanan (RM), sila isi “0”.
  • Jika status perkahwinan adalah kahwin, maklumat pasangan WAJIB diisi.
Pasangan
  • Pilih Jenis Pengenalan dan masukkan No. Pengenalan pasangan.
  • Nama pasangan akan terpapar secara automatik jika data wujud di JPN.
  • Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) pasangan. Jika tiada pendapatan, sila isi “0”.
Tanggungan
  • Jika mempunyai Tanggungan, sila klik simbol “+” (berwarna biru) di kanan halaman terlebih dahulu sebelum mengisi maklumat tanggungan.
  • Pilih Jenis Pengenalan dan masukkan nombor pengenalan tanggungan.
  • Nama tanggungan akan terpapar secara automatik jika data wujud di JPN.
  • Isi amaun Pendapatan Kasar Bulanan (RM) tanggungan. Jika tiada pendapatan, sila isi “0”.
  • Klik pada simbol  “x” (berwarna merah) di kanan halaman jika ingin menghapuskan maklumat tanggungan yang telah diisi.
  • Kotak mesej bagi pengesahan hapus maklumat tanggungan akan dipaparkan.
  • Klik ‘OK’ jika pasti dan MAKLUMAT SENDIRI/ISI AHLI RUMAH akan dipaparkan semula.
  • Jika klik pada ‘Cancel’, maklumat tanggungan akan dipaparkan semula dan proses hapus maklumat tanggungan batal.
  • Jika maklumat pasangan/tanggungan tidak wujud di JPN/Agensi, kotak mesej dengan mesej “Sila kemukakan salinan pengenalan ke cawangan LDNHM berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat” akan dipaparkan dan nama perlu diisi secara manual.
4. BORANG PERMOHONAN:
BAHAGIAN C – MAKLUMAT WARIS
Pilihan Waris
  • Sama ada ADA waris atau TIADA waris
Ada
  • Ruangan di Bahagian C – Maklumat Waris akan dibuka dan wajib diisi.
  • Maklumat waris akan dipaparkan secara automatik jika wujud maklumat pasangan/tanggungan di Bahagian B.
  • Pilih hubungan (contoh: Pasangan, Ibu, Bapa , Anak atau Adik-Beradik).
  • Pilih Jenis Pengenalan dan lengkapkan maklumat waris
  • Pemohon dibenarkan untuk mengemas kini maklumat waris jika ingin menggantikan dengan waris yang lain.
  • Jika tiada maklumat di ruangan ini, pemohon perlu mengisi secara manual. Nama waris akan dipaparkan secara automatik jika data wujud di JPN.
Tiada
  • Jika tiada waris, ruangan di Bahagian C tidak perlu diisi.
5. AKUAN PENGESAHAN
  1. Sila masukkan kod seperti yang dipaparkan pada ruangan Kod Pengesahan di sebelah kiri. Ini adalah untuk mengesahkan anda bukan sebuah robot atau perisian automatik.
  2. Klik butang HANTAR.
6. PAPARAN AKUAN PENGESAHAN
  1. Sebuah kotak mesej dengan akuan pengesahan dan terma dan syarat akan dibuka.
  2. Sila tandakan ruangan “Saya bersetuju dengan terma dan syarat di atas” jika bersetuju dan klik butang SETUJU & HANTAR.
  3. Paparan “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
  4. Klik butang TIDAK untuk kembali pada skrin permohonan sekiranya terdapat pindaan.
7. CETAK PERMOHONAN
  1. Klik butang CETAK untuk cetak permohonan
  2. Klik butang LAMAN UTAMA untuk kembali kepada laman utama
  3. Jika tidak mempunyai perisian Adobe Reader untuk mencetak permohonan, sila klik ikon Adobe Reader (berwarna merah) untuk memuaturunnya.
Borang permohonan BRIM 2018 boleh diperolehi secara percuma dengan:-
memuat turun di portal rasmi e-BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau http://www.treasury.gov.my; atau semua cawangan LHDN / Pusat Khidmat Hasil LHDN / Urban Transformation Centre (UTC) LHDN. Pemberian BR1M 2018 dijangka akan bermula pada 18 Februari 2018
Sumber : BR1M 2018

Comments

Popular posts from this blog

alwaysandforever~

dear diary.... i cant wait to finish the exam and back to kl... this 10th May he's going back to his country so i will send him to the airport,i was so touching by him because he willing to delay his flight ticket which suposely on 7th May (my last paper exam) just to meet me before he back to his home country bt actuly he already finish his exam today.. i know im gonna miss him a lot eventhough he just my history but he treat (dah btulkn spelling eror) me so good and give me so many unforgetable memories... p/s : thanxforbeingsuchagudfrenhubby.... i miss mr.A so much :(

shooting 4 drama + diner PGN

dear diary.... hi diary!!...long time didnt update the latest posting rite...hurm so ni aku nak cite la pasal even terbaru yg berlaku dlm idup ku selain hati pecah ...huhuhu las few days i was inviting to b an extra actress in the drama by my sis boy..woww! i was so excited cz it is opportunity 4 me to gain a new experience eventho dis not my thing actuly...the location were stated at lim kok wing U cyberjaya n it was my first time there and the place its absolutely great!! lots of hot n sexy guys n girl tho~fuhhh... i meet liyana jasmay, kamal(xkenal tp damn hot),zarina AF, hairi othman n few girl yg xtau name...actuly im 1 of liyana jasmay fan but since that day i do FUCK her..whuahuahua siyesly gedix lor pompuan ni sombong giler klu dgn crew2 lain mmg la die terggedix2 tp ngn other extra actor pandang pon x bkn nk kate senyum aisshhhh xbaek taw! i think maybe she underestimated people like 'us' o die bajet pemes(tp mmg pemes pon)hehe,1 of d extra actor degree holder ko...
Lazada Malaysia