Kerana Whassaps Badan Binasa!... Inilah Akibat Kongsikan Maklumat Tak Sahih Skip to main content

Kerana Whassaps Badan Binasa!... Inilah Akibat Kongsikan Maklumat Tak Sahih





Seorang guru bahagian teknologi maklumat (IT) telah menjadi orang pertama dalam Malaysia yang dihadapkan ke makhamah di atas pertuduhan membabitkan perkhidmatan aplikasi Whatsapp secara berkumpulan.

Tertuduh, Rafeah Buang, 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud di Makhamah Seksyen Tawau, di atas pertuduhan secara sedar semasa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi Whatsapp dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, tiga tahun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Rafeah yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Semporna, didakwa telah memulakan penghantaran komunikasi palsu kepada kumpulan Whatsapp ‘KARPET KEMAS 189-SEMPORNA’ dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 11 Disember 2014 kira-kira jam 1 tengah hari di Hospital Semporna.

Dia didakwa menghantar status berbentuk makluman agar berhati-hati dengan sebuah kereta Proton Hitam dengan nombor pendaftaran SAA6086T dipercayai pemandu kenderaan itu adalah merupakan seorang perogol dan untuk tujuan keselamatan serta sebar kepada keluarga dan rakan-rakan dalam kumpulan Whatsapp tersebut.



Mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dia didakwa melakukan kesalahan itu yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali dan denda lanjutan RM1,000 bagi setiap kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Mohd Sophian Zakaria mengendalikan kes pendakwaan.

Dia kemudiannya dibenarkan jaminan sebanyak RM2,500 berserta seorang penjamin yang memiliki alamat tetap di Semporna oleh Hakim Awang Krisnada.

Sebutan kes semula turut di tetapkan oleh Hakim pada 31 Januari 2018 untuk pengurusan kes dan lantikan peguam.

Sumber : Bernama

P/s : hati-hati dalam menyebarkan maklumat!





Comments

Popular posts from this blog

alwaysandforever~

dear diary.... i cant wait to finish the exam and back to kl... this 10th May he's going back to his country so i will send him to the airport,i was so touching by him because he willing to delay his flight ticket which suposely on 7th May (my last paper exam) just to meet me before he back to his home country bt actuly he already finish his exam today.. i know im gonna miss him a lot eventhough he just my history but he treat (dah btulkn spelling eror) me so good and give me so many unforgetable memories... p/s : thanxforbeingsuchagudfrenhubby.... i miss mr.A so much :(

shooting 4 drama + diner PGN

dear diary.... hi diary!!...long time didnt update the latest posting rite...hurm so ni aku nak cite la pasal even terbaru yg berlaku dlm idup ku selain hati pecah ...huhuhu las few days i was inviting to b an extra actress in the drama by my sis boy..woww! i was so excited cz it is opportunity 4 me to gain a new experience eventho dis not my thing actuly...the location were stated at lim kok wing U cyberjaya n it was my first time there and the place its absolutely great!! lots of hot n sexy guys n girl tho~fuhhh... i meet liyana jasmay, kamal(xkenal tp damn hot),zarina AF, hairi othman n few girl yg xtau name...actuly im 1 of liyana jasmay fan but since that day i do FUCK her..whuahuahua siyesly gedix lor pompuan ni sombong giler klu dgn crew2 lain mmg la die terggedix2 tp ngn other extra actor pandang pon x bkn nk kate senyum aisshhhh xbaek taw! i think maybe she underestimated people like 'us' o die bajet pemes(tp mmg pemes pon)hehe,1 of d extra actor degree holder ko...
Lazada Malaysia