KPDNKK Jelaskan Tren Naik Turun Harga Petrol Sejak Perlaksanaan Pengumuman Setiap Minggu! Skip to main content

KPDNKK Jelaskan Tren Naik Turun Harga Petrol Sejak Perlaksanaan Pengumuman Setiap Minggu!

Pengumuman harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel sering menerima reaksi kurang senang dalam kalangan pengguna – tidak kira harga bahan bakar itu turun mahupun naik.
Memahami keluhan orang ramai, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi laman Instagram rasmi mereka hari ini tampil memberikan penerangan yang lebih jelas mengenai kadar kenaikan harga petrol sepanjang sistem mingguan diperkenalkan.
Menurut laman sosial kementerian itu, pengguna hanya merasaikan nilai perubahan sebanyak 1 sen sahaja sepanjang 36 minggu, iaitu sejak pelaksanaannya pada Mac lepas dengan pengumuman harga dibuat pada setiap Rabu.
Jelas KPDNKK, kenaikan harga jualan petrol RON95 berlaku sebanyak 20 kali dengan nilai keseluruhan kenaikan RM0.84 manakala penurunan harga berlaku 15 kali dengan nilai keseluruhan penurunan sebanyak RM0.83.
“Dan apa yang mengejutkan lagi harga dijual sebelum pelaksanaan mekanisme baharu ialah RM2.30 dan sejarah harga selama tempoh pelaksanaan mekanisme baharu secara mingguan menunjukkan banyak kali harga dijual tidak melebihi RM2.30.
“Bukan itu sahaja! Harga dijual serendah RM1.89 juga pernah dirasai,” demikian kata KPDNKK dalam catatan tersebut, hari ini.
Mengakui bahawa harga runcit pernah mencecah sehingga RM2.38, namun KPDNKK menegaskan ia hanya berlaku sekali sahaja sepanjang tempoh tersebut.
Diharapkan dengan penerangan diberikan pihak KPDNKK ini, orang ramai telah mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai perubahan sebenar harga runcit petrol. Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman sesawang KPDNKK atau follow laman media sosial Instagram @mykpdnkk untuk kemaskini sebarang info kepenggunaan.

Sumber : @Malaysian Digest

Comments

Popular posts from this blog

alwaysandforever~

dear diary.... i cant wait to finish the exam and back to kl... this 10th May he's going back to his country so i will send him to the airport,i was so touching by him because he willing to delay his flight ticket which suposely on 7th May (my last paper exam) just to meet me before he back to his home country bt actuly he already finish his exam today.. i know im gonna miss him a lot eventhough he just my history but he treat (dah btulkn spelling eror) me so good and give me so many unforgetable memories... p/s : thanxforbeingsuchagudfrenhubby.... i miss mr.A so much :(

shooting 4 drama + diner PGN

dear diary.... hi diary!!...long time didnt update the latest posting rite...hurm so ni aku nak cite la pasal even terbaru yg berlaku dlm idup ku selain hati pecah ...huhuhu las few days i was inviting to b an extra actress in the drama by my sis boy..woww! i was so excited cz it is opportunity 4 me to gain a new experience eventho dis not my thing actuly...the location were stated at lim kok wing U cyberjaya n it was my first time there and the place its absolutely great!! lots of hot n sexy guys n girl tho~fuhhh... i meet liyana jasmay, kamal(xkenal tp damn hot),zarina AF, hairi othman n few girl yg xtau name...actuly im 1 of liyana jasmay fan but since that day i do FUCK her..whuahuahua siyesly gedix lor pompuan ni sombong giler klu dgn crew2 lain mmg la die terggedix2 tp ngn other extra actor pandang pon x bkn nk kate senyum aisshhhh xbaek taw! i think maybe she underestimated people like 'us' o die bajet pemes(tp mmg pemes pon)hehe,1 of d extra actor degree holder ko...
Lazada Malaysia